Namun, hinaan demi hinaan terhadap agama Islam semakin kerap dan
banyak berlaku sama ada dalam kalangan rakyat biasa, pemimpin komuniti
atau politik dan terkini oleh orang luar.
Kenyataan celupar Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino
menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini
menyebabkan isu yang hampir reda itu kembali panas.
Ditambah pula sepasang kekasih berbangsa Cina menghina bulan Ramadan
menyebabkan semakin ramai yang mempersoalkan apa yang akan dilakukan
pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Walaupun bilangan orang bukan Melayu yang berterusan menghina Islam
kecil sahaja, tetapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga, janganlah
berterusan amaran demi amaran tanpa hukuman untuk mengingatkan orang
biasa, pemimpin mahupun orang luar kedudukan Islam di negara ini.
Penghinaan beberapa individu ini boleh menyebabkan perbalahan besar
antara kaum, masyarakat Islam juga dikhuatiri melihat kerajaan terlalu
lemah dalam mempertahankan agama mereka sementara orang luar akan
berterusan mempermainkan kedudukan Islam di negara ini.
Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Biro Sosiobudaya dan Warisan,
Dunia Melayu Dunia Islam, Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar
membantah keras campur tangan orang luar dalam hal-hal berkaitan agama
Islam, khususnya oleh seorang wakil diplomatik.
Marino itu duta, patut utamakan hubungan diplomatik, bukannya jaga
kepentingan agama dia sahaja. Perlu hormati keadaan di sini, Islam agama
rasmi dan telah ditetapkan kalimah Allah tidak dibenarkan untuk orang
Kristian.
Saya setuju dengan beberapa cadangan dikemukakan pihak-pihak yang
turut membantah sebelum ini, perlu bertindak tegas sama ada batalkan
statusnya ataupun hantar balik sahaja," tegasnya.
Tambah Abdul Latiff, jika dibiarkan perbuatan kurang ajar
sedemikian, orang lain akan melihatnya sebagai lesen besar untuk
bermaharajalela menghina Islam tanpa pedulikan ia sensitif dan menyakiti
umat Islam di seluruh negara.
Beliau berharap KDN akan betul-betul bertegas kali ini dan jangan
terus bermain amaran dengan pihak-pihak yang mempermainkan kesucian
Islam sama ada rakyat biasa, pemimpin komuniti atau politik mahupun
warga asing.
Perkara ini boleh menjejaskan pandangan orang di dalam dan luar
negara terhadap usaha mempertahankan Islam iaitu agama Persekutuan yang
perlu dilindungi kerajaan.
Walaupun pelbagai peringkat telah tetapkan kalimah Allah eksklusif,
tetapi masih ada mempermain isu ini tanpa mempedulikan bahaya apabila
rasa tidak puas hati membuak dalam kalangan umat Islam," katanya.
Menurut Abdul Latiff, negara lain seperti China dan Singapura tidak
pernah berkompromi dengan isu sensitif seperti mempermainkan agama
tetapi di Malaysia sudah ada yang berani hina Islam, apatah lagi orang
itu bukan Islam yang bangkit dengan angkuh dan berani.
Beliau sedih melihatkan terlalu ramai yang mempersenda agama Islam
tanpa provokasi kebelakangan ini dan dikhuatiri boleh membawa kepada
pergaduhan antara kaum dan agama.
Ini bukan soal hak asasi, liberalisme dan kebebasan bersuara mereka
untuk menghina Islam. Jangan ganggu dan permainkan agama kami kerana ia
juga satu kesalahan dari segi undang-undang.
Penguatkuasaan perlu kuat, jangan biarkan orang lain dengan mudah
permainkan agama kita. Kes rogol atlet baru-baru ini dalam satu minggu
sudah ditangkap, tetapi bila kes perkecilkan Islam lambat pula didakwa,"
ujarnya.
Abdul Latiff turut mengingatkan pihak berkuasa khususnya KDN agar
bertindak tanpa mengira kedudukan pihak yang menghina Islam itu atau
hukuman berbeza-beza memandangkan undang-undang sudah ada untuk
menyekatnya.
Tegasnya lagi, penguatkuasaan terhadap pihak yang menghina Islam
setakat ini sangat lemah walaupun heboh didebatkan tetapi tindakannya
lambat, kerap kali berterusan dalam siasatan dan akhirnya tiada yang
dibawa ke muka pengadilan.
Jika terus dibiarkan, makin lama semakin teruk mereka akan hina
Islam. Jika rasa undang-undang yang ada lemah, gubal akta baharu tetapi
pastikan siapa pun yang tidak patuh dan mempermainkan agama diambil
tindakan segera.
Ini sangat sensitif, jika terus-menerus senyap sahaja, lama kelamaan
dikhuatiri kesabaran orang Melayu dan Islam akan meletup seperti gunung
berapi," katanya.
Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) yang juga Pengerusi Khairul
Group, Datuk Khairul Anwar Rahmat pula menegaskan hubungan diplomatik
mempunyai hadnya dan seorang duta tidak patut mencabar keimanan orang
Melayu.
Zahirnya memang lemah lembut tetapi keimanan Melayu tebal dalam
mempertahankan maruah agama, kita tidak akan benarkan kalimah Allah
digunakan sewenang-wenangnya.
Dalam kes ini, kita boleh usir duta itu, gantung taraf diplomatik
dengan negaranya ataupun memutuskan terus hubungan. Bukannya Malaysia
tidak pernah putuskan hubungan diplomatik dengan negara yang tidak
hormati kita lebih-lebih lagi dalam bab agama," tegasnya.
Jika secara suka-suka mempermainkan Islam, boleh juga diambil
tindakan bawah Akta Hasutan kerana mencemar kesucian agama Islam, atau
atas tuduhan menghina Raja-Raja Melayu yang memayungi Islam. Mereka juga
boleh dituduh menghasut perpecahan kaum kerana jelas ini satu tindakan
provokasi yang mahu umat Islam bertindak balas, jika orang Melayu
bertindak kasar tentu mereka juga akan balas sama," ujarnya.
Beliau melihat soal buta sejarah termasuk Keluhuran Perlembagaan
dalam Rukun Negara dalam kalangan orang bukan Melayu yang gagal
menghayatinya menyebabkan pengorbanan orang Melayu memberi kerakyatan
kepada mereka tidak dibalas seperti dijanjikan.
Muafakat antara kaum juga semakin terhakis apabila bukan Melayu mula
menolak Islam sebagai agama Persekutuan, hak istimewa Melayu bumiputera
dan asas kontrak sosial lain seperti yang dijanjikan sebelum merdeka.
Sistem pendidikan kita sememangnya gagal didik orang bukan Melayu
mengenai asas-asas ini khususnya toleransi, muafakat dan pengorbanan
antara kedua-dua belah pihak," dakwanya.
Khairul Anwar melihat penghinaan terhadap Islam, khususnya oleh
golongan muda satu cerminan sikap kurang ajar untuk menafikan siapa tuan
punya bumi bertuah ini, apatah lagi selepas Melayu gagal dijatuhkan
pada pilihan raya lalu.
KOMEN : BILA PEMIMPIN ATASAN KERAJAAN TERLALU NAK MENJAGA HATI KAUM LAIN HINGGAKAN HATI UMAT ISLAM DI PERLECEHKAN SESUKA HATI... ADAKAH PEMIMPIN2 KITA YANG MENGAKU ISLAM NI JENIAS MANUSIA YANG TAK ADA TELUR... ADA KUASA TAPI DENGAR ARAHAN ORANG LAIN... SIAPA MEREKA? BANYAK DAH CONTOH MENTERI YANG DAH TAK SUDI MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM... CARILAH MEREKA?
2 comments:
Ikutkan Konvensyen Geneva seseorang Duta atau perwakilan dari sesebuah negara asing tidak boleh campur tangan urusan dalam sesebuah negara apatah lagi jika ia melibatkan isu sensitif. Pihak negara tuan rumah boleh mengenakan atau mengambil tindakan tegas termasuk mengusir Duta atau perwakilan tersebut!
Persoalannya adakah konvensyen ini akan diguna pakai oleh Wisma Putra dan Menteri berkenaan???
Assalam Anon
Masalahnya dan segala punca adalah arahan dari yang diatas.. kalau lembik memanjang nak buat macamana... Kenapa sebagai ketua kerajaan dia diam seribu bahasa... Kenapa rakyat yang bersuara dahulu dari dia? Fikir-fikirlah sendiri...
Post a Comment