Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 18 May 2011

PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Tidak salah Utusan pertahan Perlembagaan
DARI UTUSAN MALAYSIA
18.5.2011



KUALA LUMPUR 17 Mei - "Adakah usaha mempertahankan hak orang Melayu menjadi satu kesalahan yang lebih besar daripada tindakan mempertikaikan kedaulatan Perlembagaan negara ini?"

Begitulah reaksi Ketua Kluster, Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Datuk Dr. Mustafa Ishak terhadap tuduhan tidak berasas Naib Presiden MCA, Gan Ping Siew yang menyelar Utusan Malaysia kononnya akhbar itu mengamalkan agenda etnosentrik.

Jelasnya, peranan jelas akhbar tersebut sebagai pendukung Perlembagaan Persekutuan kini kerap dimanipulasikan oleh banyak pihak yang berkepentingan terutamanya golongan yang mahu menjatuhkan kedaulatan negara ini.

Tambahnya, selagi pihak seperti Utusan Malaysia membincangkan isu yang berpaksikan usaha mempertahankan Perlembagaan, ia tidak harus dianggap negatif dan sensitif oleh mana-mana pihak.

"Apa yang dilakukan oleh Utusan Malaysia dalam usaha mendaulatkan agama dan bangsa wajar diteruskan dalam usaha akhbar ini mempertahankan kedaulatan Perlembagaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga mempersoalkan kenyataan yang diutarakan Ping Siew yang menggambarkan seolah-olah usaha memperjuangkan hak istimewa orang Melayu itu adalah suatu kesalahan dan bertentangan dengan norma masyarakat di negara ini.

"Pemisahan etnik sememangnya wujud dalam pendidikan, ekonomi dan politik di seluruh dunia. Justeru, media juga tidak terkecuali.

"Dan apakah akhbar keramat seperti Utusan Malaysia perlu berdiam diri sedangkan ada pihak lain sedang berusaha untuk menggugat Perlembagaan negara? Sudah pastinya tidak sesekali," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin pula berkata, kenyataan Ping Siew itu membuktikan bahawa sifat beliau seiras dengan perjuangan DAP yang telah lama mempersoalkan perkara yang sama.

"MCA harus menari dengan tariannya sendiri, bukan dibayangi nilai-nilai perjuangan DAP yang kononnya menolak perkauman namun sebenarnya merekalah yang kuat dengan sentimen perkauman," katanya.

KOMEN : KATAKANLAH YANG BENAR WALAUPUN PAHIT. REALITINYA MCA SEPERTI MENGALAMI KELAHIRAN SEMULA PARTI DAP. SEGALA TINGKAH LAKU DAN KATA-KATA YANG KELUAR DARI MULUT PEMIMPIN MCA KEBELAKANGAN INI UMPAMA BAYANG-BAYANG PARTI CINA DAP YANG RASIS... SUKA ATAU TIDAK ITULAH KENYATAAN YANG PATUT DITELAN OLEH UMNO DALAM MENJAGA HATI KAUM CINA YANG SERINGKALI MEMBERIKAN UNDI MEREKA PADA DAP....

No comments: