Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 9 May 2011

BIJAKNYA PEMIMPIN PAKATAN


Pemimpin Pakatan pendek akal
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my





KUALA LUMPUR 8 Mei - Para pemimpin pembangkang dari DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas disifatkan pendek akal dan fobia dengan laporan Utusan Malaysia apabila bertindak 'menghentam' akhbar itu secara berterusan sejak sekian lama.

Terbaru, para pemimpin dari ketiga-tiga parti tersebut dilihat menyalahkan akhbar itu dengan sewenang-wenang ekoran laporan yang mempersoalkan kemungkinan terdapat usaha pihak tertentu untuk menukarkan Kristian sebagai agama Persekutuan bagi menggantikan Islam.

Menurut portal berita Selangordaily, tindakan pemimpin seperti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu menunjukkan mereka fobia terhadap akhbar berkenaan serta 'pendek akal'.

"Bagi mereka (pemimpin pembangkang), Utusan Malaysia adalah penghalang besar untuk mereka mencapai kuasa dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

"Apa sahaja isu yang timbul tidak kira daripada mana puncanya, maka mereka akan putar belit untuk menyalahkan Utusan. Pada mereka Utusan harus dihentam habis-habisan sekarang kerana tidak mahu ia menjadi penghalang kepada mereka dalam Pilihan Raya Umum akan datang," kata laporan itu.

Portal tersebut menjelaskan, berita Utusan Malaysia mengenai isu itu hanyalah bersifat persoalan yang memetik laporan daripada dua blog iaitu 'BigDog' dan 'Marahku' mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, Utusan Malaysia juga bersikap adil dengan menyiarkan penafian Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi mengenai perkara tersebut pada peringkat awal berita itu.

"Sepatutnya Utusan Malaysia dipuji kerana bertindak adil melaporkan berita dari kedua-dua belah pihak.

"Jika benar Utusan hendak menimbulkan perasaan benci orang Islam kepada orang Kristian atau hendak meniupkan sentimen keagamaan, mereka tidak perlu menyiarkan apa yang dikatakan oleh Jeff Ooi dan tidak perlu untuk meletakkan tanda soal pada tajuk itu," kata portal tersebut.

Untuk rekod, tajuk berita yang disiarkan muka depan akhbar ini semalam ialah "Kristian agama rasmi?"

KOMEN : BIJAKNYA PEMIMPIN PAKATAN DALAM MEMANIPULASIKAN LAPORAN UTUSAN MALAYSIA. BILA MEMBACA PUN SEPARUH JALAN, ULASAN YANG DIBERIPUN SETENGAH MASAK. PUNCA BERITA DARI BLOG, UTUSAN YANG DIHENTAM BERHABISAN... ADA AKAL KE?

No comments: