Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 19 May 2011

KEBEBASAN DI AMERIKA


Strauss-Kahn digesa letak jawatan




Dominique Strauss-Kahn (kanan) kelihatan murung semasa menanti kesnya disebut di Mahkamah Jenayah Manhattan di New York, Isnin lalu. – AFP


NEW YORK 18 Mei – Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn menghadapi tekanan semakin meningkat hari ini untuk meletakkan jawatan selepas Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Timothy Geithner melahirkan kesangsian mengenai keupayaan beliau untuk memimpin badan dunia itu.

Strauss-Kahn yang menafikan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang pekerja hotel menghabiskan malam kedua di penjara Rikers Island di sini, malam tadi.

“Beliau ternyata tidak lagi berada dalam kedudukan untuk mengetuai IMF,” kata Geithner dalam kenyataan terbuka pertamanya mengenai kes itu.

Jurucakap IMF, William Murray berkata, agensi berpangkalan di Washington itu belum berhubung dengan Strauss-Kahn sejak beliau ditangkap di bahagian kelas pertama sebuah jet penumpang Air France pada petang Sabtu lalu.

“Kami sedar tentang spekulasi meluas mengenai status Pengarah Urusan,” katanya.

Strauss-Kahn, 62, dituduh melakukan serangan seksual ke atas seorang pengemas bilik yang masuk ke biliknya di hotel mewah Sofitel.

Ketua IMF itu didakwa muncul dari bilik mandi dalam keadaan bogel lalu cuba merogol wanita tersebut yang akhirnya dapat menangkis serangan dan sempat melarikan diri.

Identiti wanita berusia 32 tahun itu belum didedahkan tetapi peguamnya, Jeff Shapiro memberitahu CNN, anak guamnya, seorang pendatang yang memiliki visa kerja dari Guinea, Afrika Barat kini mengalami trauma ‘luar biasa’.

Kelmarin seorang hakim enggan membenarkan ikat jamin untuk Strauss-Kahn dan menetapkan kes itu didengar semula pada Jumaat ini.

Sebuah juri agung dijadual bersidang bagi memutuskan sama ada terdapat cukup bukti dalam pertuduhan untuk membolehkan kes itu dibicarakan. – AFP

KOMEN : ALANGKAH BEBASNYA NEGARA MALAYSIA... INGATKAN AMERIKA LEBIH BEBAS DARI MALAYSIA? AWAS MEREKA TIDAK PEDULI ANDA SIAPA JIKA JENAYAH TELAH DILAKUKAN, BERSEDIALAH UNTUK DITAHAH DILOKAP/PENJARA. BARU DITUDUH SUDAH DISURUH MELETAKAN JAWATAN YANG DIPEGANG. KALAU KAT MALAYSIA WALAUPUN SUDAH DI ARAH MEMBELA DIRI OLEH MAHKAMAH, TERTUDUH BEBAS KEMANA-MANA TANPA SEKATAN DAN BEBAS MEMBURUK-BURUKAN KERAJAAN DILUAR NEGARA... NEGARA MANA YANG LEBIH BEBAS? MALAYSIA KE ATAU AMERIKA? LUPA PULAK INDONESIA PALING BEBAS... KATA ANWAR

No comments: