Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 10 May 2011

Memohon bantuan Nabi Muhammad SAW


DARI UTUSAN MALAYSIA
10.5.2011


TELAH disebutkan dalam perbahasan lalu, sesungguhnya kita mempercayai dengan keyakinan yang kuat, tanpa syak dan ragu bahawa asal atau dasar dalam memohon suatu pertolongan, permohonan, doa dan permintaan ialah ditujukan hanya kepada Allah SWT. Dialah Maha Penolong, Maha Pembantu dan Mengkabulkan sesuatu permintaan.

Allah SWT berfirman: Dan Tuhan kamu berfirman, "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (al-Mukmin: 60)

Daripada ayat ini dapat difahami, bahawa sesiapa yang meminta pertolongan daripada seseorang makhluk atau menyerunya atau memohon kepadanya atau meminta kepadanya, sama ada makhluk itu masih hidup atau telah mati dengan keyakinan bahawa makhluk itu mampu memberikan manfaat atau menolak kemudaratan dengan kekuatannya sendiri, tanpa ada kaitan dengan Allah maka dia dikira telah menyekutukan Allah SWT.

Meskipun demikian, harus diketahui bahawa Allah SWT juga mengharuskan makhluk-Nya untuk saling meminta pertolongan dan bantuan.

Bahkan, Allah juga memerintahkan sesiapa yang diminta pertolongan supaya memberikan pertolongan dan sesiapa yang diseru atau dipanggil supaya menyahut seruan atau panggilan.

Hadis-hadis mengenainya amat banyak. Semuanya menunjukkan kepada suruhan dan galakan membantu orang yang memerlukan bantuan. Menolong orang yang berhajat dan melepaskan kesulitan orang lain.

Nabi Muhammad SAW adalah makhluk yang paling agung dan layak untuk diminta pertolongan sebagai perantaraan kepada Allah SWT bagi melepaskan suatu kesulitan dan menunaikan hajat.

Justeru, apakah kedahsyatan dan keperitan yang lebih dahsyat daripada keperitan pada hari Kiamat? Ketika menghadapi keperitan terlalu lama tempohnya berada di Padang Mahsyar, dalam keadaan bersesak-sesak menghadapi keperitan panas yang berlipat kali ganda bahangnya dan ditenggelami peluh bagi sesiapa yang dikehendaki oleh Allah?

Dalam keperitan yang terlalu getir dan bersangatan ini, maka manusia memohon pertolongan kepada Allah melalui sebaik-baik makhluk-Nya.

Hal ini telah disabdakan oleh Rasulullah SAW: Ketika mereka berada dalam keadaan demikian, mereka memohon pertolongan (istighathah) kepada Nabi Adam AS…(sebagaimana yang disebut di dalam hadis).

Dalam hadis tersebut, Rasulullah menggunakan perkataan istighathah. Hadis tersebut diriwayatkan dengan lafaz ini sebagaimana terdapat dalam Sahih al-Bukhari.

Para sahabat juga memohon pertolongan dengan Rasulullah dan meminta syafaat daripada baginda. Mereka sering mengadu keadaan mereka kepada baginda kefakiran, kesakitan, bala bencana, hutang-piutang dan kedaifan mereka.

Mereka memohon perlindungan kepada baginda ketika menghadapi pelbagai keperitan dan bala bencana di samping meyakini bahawa Nabi Muhammad yang diminta pertolongan dan bantuan itu hanya perantara dan penyebab mereka meraih suatu kebaikan dan melepaskan diri daripada suatu bencana dan kemudaratan.

Sedangkan hakikat yang melakukan semua itu adalah Dia (Allah SWT).

No comments: