Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 6 May 2011

JALAN MUDAH CARI DUIT


Cukai tanah UUM kekal RM1.74 juta setahun


BALING 5 Mei - Cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) kekal sebanyak RM1.74 juta setahun dan jika tidak dibayar sebelum Jun ini, penalti hampir RM100,000 akan dikenakan terhadap universiti itu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, rayuan UUM untuk menyambung rebat cukai tanah telah ditolak oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah dan tiada sebarang rebat diberikan kepada universiti itu.

"Pihak PTG sudah mengkaji perkara ini dan mereka memutuskan cukai tanah UUM kekal macam lama iaitu RM1.74 juta.

"Pihak UUM perlu menjelaskan cukai itu sebelum 1 Jun ini. Kalau mereka tak bayar, penalti akan dikenakan dan jika mereka masih enggan tanah tersebut akan dirampas," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil di sini semalam.

Sebelum ini, UUM menghantar rayuan buat kali keenam pada 19 April lalu setelah lima rayuannya untuk menyambung semula pemberian rebat cukai di kampus sebelum ini ditolak.

UUM juga pernah membuat lima kali rayuan berhubung lanjutan rebat itu masing-masing sebanyak dua kali pada 2009 dan tiga kali pada 2010, namun rayuan tersebut tidak dilayan.

Permohonan itu meminta kerajaan negeri mempertimbangkan agar cukai tanah RM100,000 setahun yang berakhir pada 2008 dilanjutkan lagi.

Menurut Azizan, pihak PTG mendapati jika pemberian rebat itu diteruskan kerajaan negeri akan mengalami kerugian sebanyak RM1.6 juta setahun.

"Jika kita beri rebat selama lima tahun, kerajaan negeri akan rugi sebanyak RM8 juta.

"Duit tersebut akan digunakan untuk pembangunan negeri ini seperti membangunkan Kuin dan saya pasti UUM ada duit untuk menjelaskannya," kata beliau.

Tambah Azizan, jumlah cukai tanah yang dikenakan kepada UUM adalah rendah iaitu 20 sen semeter persegi berbanding RM2.50 bagi Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok iaitu 45 sen bagi satu meter persegi.

Sementara itu, Azizan berkata, jika UUM ingin memiliki kawasan bebas cukai di dalam kampus berkenaan kerajaan negeri akan mempertimbang untuk mengenakan caj cukai tanah yang lain.

KOMEN : JALAN MUDAH KERAJAAN PAS KEDAH MENCARI UNTUNG DENGAN MEMPOLITIKAN PENDIDIKAN ANAK BANGSA. DAHLAH TAK TAHU BAGIMANA NAK MEMBANGUNKAN EKONOMI NEGERI, INI HABIS SEMUA ENTITI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN ANAK BANGSA DI GANGGU GUGAT. DAHLAH PENERANGAN YANG DIBERIKAN BERBELIT-BELIT, PUSING SANA PUSING SINI, SATU APA PUN DIA SENDIRI TAK FAHAM. KEDAH DIPERINTAH OLEH SIAPA? PTG LAGI BERKUASA DARI MENTERI BESAR KEDAH... ? BAYAR AJELAH SUPAYA ANAK BANGSA TAK DIANIAYA UNTUK MENDAPAT PENDIDIKAN YANG BERKUALITI. DUIT BOLEH DICARI KATA MB KEDAH.

No comments: