Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 4 May 2011

DAP MEMERINTAH MALAYSIA


Papan iklan memalukan
WARGA MERDEKA
Puchong, Selangor

DI mana-mana kita boleh lihat pemandangan yang menyakitkan mata seolah-olah rakyat Malaysia tiada identiti kebangsaan. Kebanyakan papan tanda perniagaan bukan dalam bahasa Malaysia. Rata-rata menggunakan bahasa Cina dan asing. Ini sungguh memalukan bagi bangsa berdaulat seperti bangsa Malaysia.

Pemandangan sebegini adalah lebih teruk di papan tanda perniagaan di Sarawak dan Pulau Pinang. Jika berkunjung di Batu Kawa atau Pending di Kuching, Sibu dan Miri di Sarawak, Pulau Pinang, Ipoh serta kebanyakan tempat di bandar besar di seluruh negara, keadaan ini dapat dilihat.

Bahasa Cina menjadi 'bahasa kebangsaan' bagi semua papan perniagaan. Amat jarang kita melihat papan perniagaan ditulis dalam bahasa Malaysia. Apa sudah jadi dengan bahasa kebangsaan? Kalau rakyat tidak mendaulatkannya, siapa lagi? Ini menyebabkan rakyat Malaysia tiada jati diri dan tiada identiti.

Pihak kerajaan terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) patut mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan sahaja di papan tanda di seluruh negara. Jika perlu selitkan bahasa Inggeris. Langkah ini dapat dilihat akan memartabatkan bahasa kebangsaan kita yang semakin hari semakin dilupakan.

Tiada alasan untuk tidak menggunakan bahasa kebangsaan atau sedikit bahasa Inggeris sebagai bahasa pada papan iklan kerana ia identiti bangsa dan difahami oleh semua kaum dan warga asing.

Kerajaan mesti serius dalam perkara ini dan tidak boleh bersikap 'tidak kisah atau tidak apa'. Ia boleh membawa implikasi buruk kepada konsep 1Malaysia. Saya amat berbangga dengan kerajaan Indonesia yang tegas dalam mendokong bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi.

Tindakan tegas sepatutnya dilaksanakan sejak dahulu. Namun begitu masih belum terlambat untuk melaksanakannya. Tanpa penggunaan bahasa kebangsaan, pihak kerajaan atau PBT boleh membatalkan kelulusan papan iklan dan mengarahkan ia diturunkan. Mengenakan denda tidak memadai dan pemantauan tegas dalam kelulusan merupakan langkah yang lebih efektif.

Bahasa adalah identiti negara dan menyatukan bangsa. Justeru bertindaklah sebelum terlambat.

KOMEN : MANA PERGI PERJUANG BAHASA KEBANGSAAN? INI GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK, KUMAN DISEKOLAH TERJOJOL MATA MARAHKAN PPSMI ANAK MELAYU JUGA YANG TERKEBELAKANG. NAK TANYA DENGAN PERJUANG BAHASA, BAHASA CINA TU BAHASA KEBANGSAAN SIAPA?

2 comments:

Onna said...

Assalam Sayang Daddy,

yang sebenarnya dorang ni berlumba2 mencari2 idea2 untuk ditunjukkan kepada rakyat ingati satu hari nanti...oleh itu timbullah 1Malaysia oleh Najib dan batal PPSMI oleh Muhyiddin...very simple...yang merananya anak2 kitalah... kalau tak caya, tengoklah menteri2 yang baru naik...ada ajer benda2 baru yang dorang nak perkenalkan atau benda2 lama yang bagus yang dorang nak batalkan....sebab masing2 nak tunjuk saper yang bagus...tapi sampai bila2pun PPSMI tetap bagus.. sbab itulah asas kepada pembelajaran bahasa inggeris untuk anak2 kita...dan dorang masih bercakap melayu ngan kita...
yang papan2 tanda bahasa lain tu.. soh muhyiddin tanggalkan.. dia yang beria sangat bahasa kebangsaan kan... ha nah amek...pergilah ckp ngan kaum tu soh martabatkan bahasa melayu...belum tentu reti pun apa yang muhyidin ckp nanti...kena ada translator silap2 haribulan...

AJAI62 said...

Assalam Syg Mum

Tak lama lagi pendidikan sejarah pun ikut acuan 1Malaysia. Semuga perkara 153 Perlembagaan Malaysia di tekankan. Tak kira sekolah mana pun Sudjek Sejarah mesti lulus untuk dapat sijil peringkat SPM atau masuk Universiti dan kerja dengan kerajaan.
Kalau dah cina tu menyokong komunis nyatakan dengan nyata, jangan jadi macam interlok....