Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 9 May 2011

2011 belum masa PRU-13


Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my




KUALA LUMPUR 8 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak sepatutnya diadakan pada tahun ini memandangkan sokongan rakyat dilihat masih berbelah-bahagi.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, sikap perkauman yang cukup menebal ketika ini turut menjadi faktor beliau berpendapat demikian.

Beliau bagaimanapun memulangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

“Saya dapati rakyat masih berbelah-bahagi malah sikap perkauman cukup tebal. Kalau dulu, orang Cina tiada masalah untuk sokong Perdana Menteri.

“Sebagai contoh pada 1999, walaupun kejadian mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan Melayu tidak bagi sokongan pada Barisan Nasional (BN), tetapi Cina tetap kuat menyokong. Sebab itu kita dapat majoriti dua pertiga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Cheras 2011 di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Habshee serta timbalannya, Datuk Mahadi Shukor.

Mengulas sokongan kaum Cina yang dilihat tidak menyebelahi BN ketika ini termasuk pada Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu, beliau berkata, ia bukan bermakna BN gagal memenuhi kehendak golongan itu.

“Tengok di sekeliling Kuala Lumpur ini siapa punya (bangunan dan ekonomi)? Orang Melayu punya semua ini? Berapa banyak Melayu ada?

“BN bagi cukup banyak pada kaum Cina. Kalau nak kata kita tidak bagi, itu tidak benar. Cumanya bila kita dah bagi, kita ambil bahagian kita (bumiputera) sedikit. Kita minta pun tak banyak,” ujarnya.

Beliau menambah, pengurangan sokongan itu berkemungkinan disebabkan sesetengah kaum Cina yang bersifat ekstremis mahu menjadi dominan melalui kuasa dan menjadikan Pulau Pinang sebagai contoh.

“Bukan semua kaum Cina tetapi sesetengah daripadanya. Tetapi biasalah, kalau Melayu di negara ini pun apabila puak ekstremis bercakap, mereka tak mahu menentang kerana bimbang mendapat masalah. Akhirnya, ikut sajalah,” katanya.

KOMEN : PELIK SUNGGUH BILA PEMIMPIN UMNO SEKARANG TERMASUK PM SUKA SANGAT BERMAIN DENGAN NOMBOR. APA SANGATLAH YANG ADA DENGAN NOMBOR? TERINGAT PRU YANG LALU BILA PRESIDEN UMNO TU TERUJAH DENGAN NO. DAN ANWAR DENGAN NO. 16. APA KESUDAHANNYA MELAYU/ISLAM TERUS BERPECAHBELAH...

No comments: