Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 19 June 2013

Lihat, tafsir dan fikirkan.. SLOGAN INI KALI LAH

Oleh Zaini Hassan




WALAUPUN saya mahu lari daripada menulis dan menyentuh mengenai politik dan terus berjihad ekonomi, namun cakap-cakap politik masih tidak dapat dielakkan.

Minggu ini kita melihat satu tafsiran simulasi grafik yang dilakukan oleh seorang sahabat saya yang perlu dikongsi bersama.

Beliau ialah Datuk Akbar Ali, mantan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Pengarah Eksekutif MTEN Melaka dan Ahli Dewan Negara.

Ia menggambar iltizam kaum Cina untuk menegakkan kekuatan mereka, dan sebaliknya sikap kecelaruan orang Melayu yang tidak sedar hakikat sebenar.

Berikut tafsiran Akbar:

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah sebulan setengah berlalu. Keputusannya telah diketahui ramai: BN menang dengan majoriti mudah - 133 buah kerusi Parlimen; merosot 7 kerusi tetapi berjaya merampas kembali Kedah; pembangkang pula menang 89 kerusi Parlimen.

Banyak sebab telah diberikan berhubung kemerosotan itu; antaranya kesilapan memilih/meletakkan calon, kelemahan jentera dan sabotaj dari dalam parti. Apa pun, sebab yang paling besar, seperti yang diungkapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah tsunami Cina!

Agar tidak disalah-tafsirkan sebagai rasis, maka sebelum kita menulis lebih lanjut lagi, eloklah ditegaskan bahawa kaum Cina adalah pragmatis dan bijak menggunakan peluang keemasan yang ada. Adalah tidak salah mereka ‘Bersatu’ menggunakan hak demokrasi yang mereka miliki sebagai rakyat Malaysia.

Justeru adalah juga tidak salah mereka ‘Bersatu’ mahu memilih serta memangkah mana-mana parti yang mereka suka.

Orang Melayu pula di sebaliknya; kurang pragmatis dan kurang bijak serta ‘Tidak Bersatu!’ Jangan salahkan ibu mengandung.

Orang Cina telah melihat dan menyambar peluang serta tawaran yang diberikan oleh Anwar Ibrahim kepada kaum mereka.

Lantaran itu, pada hemat orang Cina, ‘Ini Kali lah’ bagi kaum mereka untuk mencapai strategi jangka panjangnya yang ketiga: Merebut Kuasa Politik. Dua strategi pertama telah pun berjaya - kerakyatan dan kuasa ekonomi.

Mereka telah menyeru supaya bersatu dalam menumbangkan kerajaan BN, sepertimana yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau pada 13 Jun 2009: http://darahtuah.wordpress.com/2010/03/08/7-ngo-cina-diseru-menumbangkan-kerajaan/

Ia boleh ditafsirkan sebagai iltizam untuk menumbangkan kerajaan yang bertunjangkan pribumi dan Islam dan menggantikan dengan sebuah kerajaan yang berteraskan bukan Islam dan orang Cina menjadi dominan.

PRU-13 telah mereka rancang sedemikian rupa daripada peringkat persiapan menyerang, pertahanan, pemilihan dan peletakan calon dan sebagainya.

Hasilnya, walaupun mereka tidak menang, tetapi komposisi calon-calon yang berjaya itu adalah manifestasi rancangan tersebut!

Natijahnya, di pihak pembangkang, bilangan Ahli Parlimen (MP) Bukan Islam adalah jauh lebih ramai iaitu 50 orang atau 56% berbanding MP Islam hanyalah 30 orang atau 44%!

MP Cina pula adalah seramai 39 orang atau hampir empat kali ganda lebih ramai jika dibandingkan dengan MP Cina dalam BN!

Dalam BN, terdapat seramai 97 MP Pribumi/Islam atau 73%, dan 21 MP lagi Pribumi Bukan Islam atau 16%. MP Cina hanyalah 11 orang atau 8%!

Lantaran itu, adalah tidak salah jika dibuat kesimpulan bahawa orang Cina telah bersatu untuk menumbangkan kerajaan yang bertunjangkan Pribumi/Islam dan menggantikan dengan kerajaan yang bertunjangkan Bukan Islam/orang Cina!

Kerana laungan “Ini Kali Lah" untuk mereka boleh merebut kuasa maka ahli-ahli MCA dan Gerakan daripada kaum Cina telah menjadi pengkhianat parti dan berduyun-duyun lari bersekongkol dengan DAP. Lalu tsunami Cina, seperti mana yang diungkapkan oleh Najib, adalah tepat sekali!

Tanpa sokongan padu Bumiputera di Sabah dan Sarawak, BN telah kalah pada tahun 2008 lagi! Ada pendokong MCA mengingatkan orang UMNO bahawa orang Cina telah menyokong BN semasa PRU 1999. Tanpa sokongan mereka, mungkin BN kehilangan lagi banyak kerusi dalam PRU berkenaan. Setuju.

Tetapi mari kita tanya soalan ini: Kalaulah orang Cina dihidangkan pada tahun 1999 itu peluang yang sama seperti tahun 2013, tidak mungkinkah orang Cina sudah merebut peluang tersebut dan menumbangkan BN pada tahun itu juga?

Melihat dan menilai sikap, pemikiran dan strategi orang Cina di Malaysia ini pada tahun 2008 dan 2013 maka jawapannya, tanpa melupakan tulisan pada tahun 2009 di atas dan PRU 1969, tidak lain dan tidak bukan tentulah Ya!

Dengan mengambil kira:

(a) Sikap dan iltizam kaum Cina sedemikian rupa,
(b) Kemasukan pemilih baru kira-kira 2.64 juta orang,
(c) Kawasan bandar akan semakin besar (dari 71% kepada 77%) dan,
(d) Penetrasi internet akan melebihi 75%, apakah pelan tindakan BN/UMNO untuk kekal menang dengan selesa dalam PRU-14 nanti?


No comments: