Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 12 August 2014

POLITIK : PKR guna 'peraturan rimba' untuk jatuhkan Khalid


ALOR SETAR 11 Ogos - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat keahlian Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disifatkan sebagai terburu-buru demi kepuasan pihak tertentu dalam parti.

Pengasas PKR Kedah, Ishak Man berkata, undang-undang rimba digunakan untuk menghukum Abdul Khalid dengan tergesa-gesa tanpa memberi peluang kepada beliau untuk membela diri.

''Undang-undang apakah yang PKR guna melainkan undang-undang rimba? Jatuh hukum terhadap beliau sebelum pertuduhan dibuat, itu adalah undang-undang rimba.

''Negara kita ada landasan undang-undang, sebelum dijatuhi hukum beliau perlu diadili dan membela diri tetapi kini terus dijatuhkan hukum.

''Hukuman terhadap Abdul Khalid dilakukan secara terburu-buru oleh Lembaga Disiplin parti yang dipengerusikan oleh siapa? Siapakah yang mempengaruhi parti untuk berbuat demikian,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sabtu lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr. Tan Kee Kwong mengumumkan pemecatan Abdul Khalid yang dikatakan mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Abdul Khalid juga didakwa telah mengingkari beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang termasuk menangguhkan proses dan perbincangan projek Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan ADUN Selangor.

Ishak menambah, tindakan PKR secara tidak langsung menghakis kepercayaan rakyat negeri Selangor serta ahli terhadap parti yang diberi mandat mentadbir negeri itu.

''PKR akan hilang kepercayaan dan keyakinan ahli terhadap parti terutama kepada kepimpinannya. Banyak yang tertanya-tanya tentang kesahihan pemecatan Abdul Khalid walaupun dilakukan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

''Apa yang berlaku sangat mengelirukan kerana pelbagai kemelut melibatkan pemilihan dalam parti belum lagi selesai termasuk dakwaan terdapat salah guna kuasa di bahagian tertentu, itu pun belum selesai dan kini kemelut menteri besar pula,'' katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140812/po_06/PKR-guna-peraturan-rimba-untuk-jatuhkan-Khalid#ixzz3A8b26ZTp  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Abdul Khalid saman The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap portal propembangkang, The Malaysian Insider berhubung dua artikel terbitan portal tersebut bertajuk Going by Selangor ruler's criteria, Khalid should quit as MB dan artikel sama dalam bahasa Melayu bertajuk 'Berasaskan criteria Sultan Selangor, Khalid wajar berundur sebagai MB'.

Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan peguam beliau, New Sin Yew, Abdul Khalid menamakan Ketua Pegawai Eksekutif laman sesawang www.themalaysianinsider.com, K.A. Jahabar Sadiq sebagai defendan pertama serta penyunting Bahasa Melayu laman tersebut, Amin Shah Iskandar sebagai defendan kedua.

Melalui tuntutan itu, beliau mendakwa kedua-dua artikel yang disiarkan pada 24 Julai lalu yang berniat jahat telah menjatuhkan reputasinya dan turut menamakan pentadbir Malaysian Insider, The Edge Communications Sdn. Bhd. dan Tmidotcom Sdn. Bhd. masing-masing sebagai defendan ketiga dan keempat.

Abdul Khalid yang memfailkan saman tersebut atas kapasitinya sebagai Menteri Besar Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan ahli korporat mendakwa, melalui artikel bahasa Inggeris itu, defendan telah cuba menyatakan beliau sebagai seorang yang tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah dan terlibat dalam kegiatan rasuah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140812/po_08/Abdul-Khalid-saman-The-Malaysian-Insider#ixzz3A8bp0gMh  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: