Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 12 August 2014

POLITIK : Dedah jika ada projek diminta Anwar, kroni



KUALA LUMPUR 11 Ogos - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak supaya mendedahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jumlah projek yang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kroninya minta beliau luluskan biarpun melanggar prinsip integriti serta ketelusan.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika membuat desakan itu menjelaskan, terdapat khabar angin yang kuat bahawa tindakan mahu menyingkirkan Abdul Khalid, salah satu puncanya adalah disebabkan Menteri Besar Selangor itu enggan mematuhi arahan Anwar.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, kebenaran mengenai khabar angin itu bertambah kuat apabila Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengaitkan keperluan menggugurkan Abdul Khalid dengan Projek Ternakan Babi Berpusat di Sepang.

''Mengambil kira keutamaan Abdul Khalid yang mahu membersihkan diri selepas 'dilondehkan' parti sendiri sebagaimana dinyatakan beliau selepas selesai bermesyuarat dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Abdul Khalid perlu melakukan secara lisan atau perbuatan.

"Sebab itu kita hendak tanya ada atau tidak sepanjang tempoh pemerintahan beliau, Anwar dan kroninya meminta Abdul Khalid meluluskan projek meskipun melanggar prinsip integriti dan ketelusan. Kalau ada kita cabar laporkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak tampil mendakwa salah satu punca gerakan menjatuhkan Abdul Khalid oleh pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah disebabkan Menteri Besar Selangor itu tidak akur dengan kehendak Anwar, khususnya dalam soal kelulusan projek.

Pada Rabu lalu, Tony Pua ketika berucap dalam satu forum sebagaimana dilaporkan portal propembangkang, Malaysiakini, menyifatkan Abdul Khalid tidak efisien untuk menjadi Menteri Besar Selangor kerana menghentikan Projek Ternakan Babi Berpusat bernilai RM100 juta di Sepang.

Dalam pada itu, mengulas gesaan yang sama, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Abdul Khalid harus menunjukkan ketelusan bukan sahaja dengan meminta SPRM menyiasat beliau sendiri tetapi mendedahkan sekali campur tangan pihak tertentu.

"Rakyat Selangor cukup bangga kerana Abdul Khalid merupakan satu-satunya menteri besar di Selangor yang membuat laporan kepada SPRM dan meminta disiasat, tetapi kita juga banyak mendengar terdapat campur tangan sepanjang enam tahun pentadbirannya. Beliau perlu telus dalam hal ini.

"Apakah ada campur tangan dari anak syarikat kerajaan negeri, pihak swasta mahu pun pemimpin politik dalam pentadbirannya? Kita juga hendak tahu berapa perbelanjaan terpaksa dikeluarkan sepanjang tempoh itu bagi menampung keperluan pejabat penasihat ekonomi negeri," katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, rakyat sangsi mengapa tokoh tertentu dalam pembangkang bersungguh-sungguh mahu menggulingkan Abdul Khalid, sedangkan sebelum ini mereka jugalah yang menjulang Menteri Besar Selangor tersebut.

Menurutnya, ramai percaya Menteri Besar Selangor itu mempunyai banyak perkara yang ingin diluahkan untuk dinilai rakyat Selangor kerana Abdul Khalid sendiri pernah memberitahu bahawa beliau tidak bersetuju dengan 'Langkah Kajang' tetapi hanya mampu membisu.

"Jadi inilah masanya untuk beliau luahkan. Kita hendak tahu mana satu yang betul kerana sebagai rakyat, saya melihat berlaku banyak konflik kepentingan dalam krisis di Selangor sehingga tokoh tertentu cukup ghairah mahu menjatuhkan Abdul Khalid," jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140812/po_05/Dedah-jika-ada-projek-diminta-Anwar-kroni#ixzz3A8ZZ5Jl1  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: