Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 12 August 2014

POLITIK : PKR, DAP gesa buktikan sokongan majoriti ADUN



KUALA LUMPUR 11 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan segera bagi membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Setiausaha PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dalam kenyataan bersama berkata, Abdul Khalid kini telah hilang kepercayaan 28 ADUN apabila kedua-dua parti itu secara terbuka tidak menyokong ADUN Pelabuhan Klang itu.

Tambahan kata mereka, ini berikutan PKR dan DAP sudah menyatakan pendirian mereka terhadap keputusan sebelum ini dan hanya tinggal satu lagi rakan komponen pakatan pembangkang, Pas yang akan membuat keputusan pada 17 Ogos ini.

Sekali gus kedua-dua parti itu menyifatkan kenyataan Abdul Khalid kepada pihak istana bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti DUN itu adalah meragukan.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu membuktikan kepada rakyat jelata sokongan majoriti yang diperolehi oleh beliau itu seperti mana yang beliau dakwa.

"Ini termasuklah memanggil sidang DUN untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan daripada ADUN Pas dan UMNO," kata kenyataan tersebut.

Malah Khalid turut digesa untuk menjelaskan lebih lanjut sokongan yang diterimanya daripada setiap ADUN UMNO.

"UMNO perlu menyatakan secara terbuka bahawa 12 ADUN UMNO menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti mana yang didakwa oleh beliau.

"Jika 12 ADUN UMNO tidak menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, maka jelaslah beliau telah mempersembahkan maklumat palsu kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Selangor," kata kenyataan itu.

Kedua-dua parti itu turut menegaskan akan menggunakan segala pendekatan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan hasrat parti tercapai berlandaskan kepercayaan rakyat kepada tampuk pemerintahan.

"PKR dan DAP akan terus menggunakan segala kaedah mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan kerajaan Selangor kepada pakatan pembangkang yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu," tambah kenyataan itu.

"Langkah seterusnya mengikut Undang-undang Tubuh Negeri akan dimaklumkan selepas pimpinan pakatan pembangkang terus bermesyuarat mencari muafakat menyelesaikan perkara ini dengan baik," kata kenyataan itu.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai menteri besar setelah berpuas hati dengan penjelasan, beliau masih mendapat sokongan majoriti di DUN.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140812/po_04/PKR-DAP-gesa-buktikan-sokongan-majoriti-ADUN#ixzz3A8Xbj4Rz  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: