Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 12 August 2014

POLITIK : BN sokong Khalid kekal Menteri Besar





PUTRAJAYA 11 Ogos - Barisan Nasional (BN) menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor tanpa syarat dan ikhlas, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN bagi mendapatkan hala tuju berhubung kemelut kepimpinan di Selangor.

Menurutnya, BN langsung tidak melihat perbezaan fahaman politik sebagai penghalang kepada parti itu untuk menyokong Abdul Khalid kerana apa yang lebih penting adalah nasib rakyat Selangor yang kini berdepan pelbagai krisis.

"Kami tidak melihat sebarang kewajaran dalam isu pertukaran Menteri Besar di Selangor, apa yang lebih penting ketika ini adalah nasib rakyat, sebarang krisis yang berlaku juga akan memberi kesan kepada negara kerana Selangor salah satu negeri yang penting.

"Saya juga mahu memberitahu bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN akan memberi sokongan penuh kepada Abdul Khalid sekiranya terdapat unsur undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri berkenaan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan Kali Ke-11 di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Sebelum ini, Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat keahlian Abdul Khalid atas alasan enggan akur dengan keputusan parti supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor bagi memberikan laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, mengikut kewajaran, Abdul Khalid sememangnya layak dikekalkan sebagai Menteri Besar kerana beliau kini berurusan dengan Kerajaan Persekutuan terutamanya dalam projek air.

"Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, semua pihak tahu Abdul Khalid telah mengambil pendekatan yang baik berhubung penstrukturan semula industri bekalan air di Selangor termasuk bersetuju dalam hal pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

"Kita risau sekiranya berlaku pertukaran Menteri Besar di Selangor, segala perjanjian yang telah dibuat oleh Abdul Khalid akan tergendala ekoran perbezaan fahaman politik, walaupun semua ini adalah untuk kepentingan rakyat," katanya.

Menurut Muhyiddin, segala kerjasama dan perjanjian persefahaman yang telah dimeterai antara Selangor dan Kerajaan Persekutuan perlu diteruskan tetapi jika berlaku pertukaran Menteri Besar, tidak mustahil perjanjian yang telah dibuat akan dipinda atau tidak diendahkan.

"Kerajaan berharap semua pihak terutamanya pemimpin pakatan pembangkang menghormati segala perjanjian yang telah dibuat kerana semua itu adalah untuk menyelesaikan krisis bekalan air yang berlaku di Selangor dan ibu negara," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140812/po_02/BN-sokong-Khalid-kekal-Menteri-Besar#ixzz3A8VDmfgL  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Khalid mahu sertai Pas?

SHAH ALAM 11 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan akan menyertai Pas selepas disingkirkan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bagaimanapun menurutnya, beliau perlu membersihkan diri daripada tohmahan-tohmahan yang dilemparkan oleh PKR terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

"Itu akan dipertimbangkan tetapi saya mesti membersihkan diri daripada tohmahan oleh PKR sebelum buat apa-apa keputusan," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita mengenai keputusannya selepas ini sama ada mahu kekal sebagai wakil rakyat Bebas atau menerima tawaran Pas.

Semalam, Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, terpulang kepada Abdul Khalid membuat keputusan sama ada mahu menyertai Pas atau sebaliknya.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar.

Selepas menghadap Sultan Selangor, baginda berpuas hati dengan penjelasan Abdul Khalid dan memberi perkenan kepadanya untuk terus memegang jawatan Menteri Besar.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kesediaannya menyertai Pas dan bergabung dengan UMNO untuk mentadbir Selangor, Abdul Khalid menjelaskan, perkara itu sukar untuk dijawab buat masa ini.

"Sekarang kita akan menumpukan kepada mentadbir dan menguruskan pentadbiran negeri ini," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140812/po_03/Khalid-mahu-sertai-Pas#ixzz3A8WVrKIk  © Utusan Melayu (M) Bhd 




No comments: