Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 15 August 2014

POLITIK - Buktikan disokong - Khalid


SHAH ALAM 14 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu menterjemahkan dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendapat sokongan 30 wakil rakyat melalui proses undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam satu kenyataan di sini, hari ini Abdul Khalid menyifatkan pengumuman Wan Azizah merupakan satu dakwaan semata-mata dan tidak boleh dikira sebagai sah dari segi undang-undang.

"Saya maklum tentang pengumuman Datin Seri Wan Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti ADUN Selangor. Dakwaan ini perlu diterjemah melalui proses undi tidak percaya dalam DUN sebagaimana yang telah termaktub mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri," katanya.

Tambah Abdul Khalid, proses undi tidak percaya itu penting memandangkan Selangor sebuah kerajaan negeri yang mempunyai peraturan, undang-undang serta proses perundangan yang perlu dipatuhi oleh semua pihak sama termasuk pemimpin dan pentadbir negeri.

Malah, beliau turut menegaskan selagi proses undi tidak percaya itu tidak diadakan, urusan pentadbiran kerajaan negeri tetap dan masih berjalan seperti biasa.

Kenyataan Abdul Khalid itu sebagai reaksi sidang akhbar oleh Wan Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti DUN Selangor untuk memaksa Abdul Khalid meletak jawatan Menteri Besar apabila 29 ADUN pakatan pembangkang menyokong beliau untuk peralihan itu.

Wan Azizah yang juga ADUN Kajang berkata, sokongan 13 ADUN daripada PKR, 15 (DAP) dan dua (Pas) itu dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani mereka.

Beliau turut menyatakan telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti ADUN itu bagi mendapat perkenan baginda selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140815/po_02/Buktikan-disokong---Khalid#ixzz3AQUYlX3a  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: