Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 15 August 2014

MH17 - Khalid, Gani ke Amsterdam urus siasatan


Abdul Gani Patail

PUTRAJAYA 14 Ogos - Kerajaan akan menghantar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bersama Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ke Amsterdam, Belanda esok bagi menguruskan kes siasatan dan perundangan insiden nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh pada bulan lalu di timur Ukraine.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa yang sama pihaknya juga akan menghantar semula pasukan siasatan mengenai pesawat MH17 ke Ukraine selepas gencatan senjata antara pihak tentera Ukraine dan puak pemisah dijalankan.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi 

"Setakat ini, operasi yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah di bawah nakhoda pasukan Belanda dan dalam perjanjian itu kita dibenarkan menghantar sehingga 90 anggota dan pegawai siasatan di tempat berkenaan.

"Kita amat komited untuk membantu siasatan ini dan esok Ketua Polis Negara bersama Peguam Negara akan bertolak ke Amsterdam bagi menyelesaikan siasatan serta tugas mengenai permasalahan perundangan sekiranya ada," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan beliau, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut Ahmad Zahid, pihaknya telah dimaklumkan bahawa perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan Ukraine oleh Duta Malaysia ke Ukraine, Chuah Teong Ban telah disahkan oleh Parlimen negara itu kelmarin.

Beliau berkata, menerusi perjanjian itu kerajaan Ukraine mengesahkan penglibatan Malaysia dalam membantu proses siasatan pesawat MH17 bersama Belanda dan Australia.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan penghargaan kepada Ketua Polis Negara, Ketua Forensik pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Malaysia, Asisten Komisioner Hussein Omar Khan dan pegawai serta anggota polis yang terlibat dalam proses siasatan nahas pesawat MH17.

"Saya secara rasmi akan meminta kepada kerajaan dan Jemaah Menteri untuk memberikan pengiktirafan tertinggi kepada Ketua Polis Negara di atas komitmen tinggi beliau ketika mengetuai pasukan siasatan ke tempat nahas bersama pegawai serta anggota polis lain.

"Selain itu, saya juga mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Asisten Komisioner Hussein yang mengetuai 12 anggota polis bagi menjalankan proses forensik terhadap mayat mangsa nahas pesawat MH17," katanya

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140815/dn_02/Khalid-Gani-ke-Amsterdam-urus-siasatan#ixzz3AQSe5z2A  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: