Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 15 August 2014

POLITIK - Pas siasat dua ADUN belot



Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB dan ISWAN SHAFIQ ISA
pengarang@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 14 Ogos - Pas akan menimbang bentuk tindakan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor daripada parti itu yang membelakangkan kepe-mimpinan parti dengan menyatakan sokongan terbuka kepada Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya bagaimanapun akan menyiasat kedudukan sebenar terlebih dahulu dalam isu yang semakin meretakkan perpaduan Pas sendiri, sebelum mengambil sebarang tindakan.

''Kita akan siasat kedudukan sebenar untuk berlaku adil dan itu sahaja yang boleh saya katakan sekarang, tunggu perkembang-an selanjutnya,'' katanya yang enggan mengulas lanjut tentang perkembangan terbaru itu ketika dihubungi hari ini.

Pemuda Pas turut dilaporkan menggesa Mustafa memanggil segera kedua-dua ADUN berke-naan bagi mendapatkan penjelasan.

Dua ADUN Pas terbabit, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) hari ini dilaporkan menyatakan sokongan mereka kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Saari dan Hasnul dilaporkan berkata, tindakan mereka berasaskan kepada pembentukan pakatan pembangkang dan sebagai langkah menamatkan kemelut politik di Selangor, malah bersedia dipecat daripada parti.

Kedua-duanya membuat pe-ngumuman itu lebih awal sebelum jawatankuasa Pas Pusat bermesyu-arat menentukan pendirian rasmi Ahad ini.

Terdapat desakan agar mereka dipecat namun langkah itu hanya akan mengecilkan lagi jumlah kerusi Pas dalam Dewan Undangan Negeri dan melemahkan penga-ruh parti itu dalam percaturan politik di Selangor.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat menyifatkan tindakan tergesa-gesa kedua-dua ADUN itu yang menyokong Wan Azizah menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor disifatkan sebagai membelakangkan parti dan jemaah.

Sehubungan itu, beliau me-minta semua ahli Pas supaya mematuhi arahan dan tidak membuat sebarang keputusan yang membelakangi parti seperti yang dinyatakan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini.

Ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Pas Parlimen Kuala Nerus di sini hari ini, beliau mengulangi sokongan Pas negeri terhadap Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada masa yang sama, beliau turut meminta Pas Pusat mengkaji semula 'tahaluf siyasi' (kerjasama politik) Pas bersama parti-parti lain dalam pakatan pembangkang.

Menurutnya, sekiranya kerjasama itu masih memberikan kebaikan kepada Pas, ia wajar diteruskan namun, parti itu harus mempertimbangkan semula ke-dudukannya dalam pakatan tersebut jika makin merugikan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140815/po_03/Pas-siasat-dua-ADUN-belot#ixzz3AQVmShwm  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: