Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 23 May 2013

Tidakkah ini rasis namanya?





Seruan memboikot barangan dan perkhidmatan sebagai tindakan terhadap keputusan pilihan raya lalu nampaknya bukan sahaja mendapat perhatian media siber tetapi juga akhbar-akhbar utama. 'Buy Malay First' atau 'Buy Chinese Last' adalah antara seruan yang berlegar.

Keputusan pilihan raya begitu jelas terbahagi dua Pengundi Cina melakukan tsunami Cina dengan menyokong Pakatan Pembangkang di satu pihak dan Barisan Nasional (BN) yang menang dengan rata-rata disokong kuat oleh pengundi-pengundi Melayu dengan bantuan pengundi India di satu pihak lagi.

Satu hasil besar daripada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah ia menyedarkan orang-orang Melayu betapa orang-orang Cina yang telah pun menguasai ekonomi, kini mahu kuasa politik daripada tangan orang Melayu walaupun sebenarnya ia dikongsi bersama dengan pelbagai kaum lain dalam BN.

Kerakusan mereka kini semakin jelas apabila ramai yang menghadiri perhimpunan haram membantah keputusan pilihan raya terdiri daripada orang-orang Cina yang menyokong DAP dan PKR. Pas tidak mahu terlibat dalam himpunan protes tersebut. Setelah gagal melalui proses demokrasi, kini penyokong pembangkang mahu menjatuhkan kerajaan BN melalui kekerasan.

Seruan membeli barangan Melayu terlebih dahulu atau pun membeli barangan Cina sebagai langkah terakhir sudah tentu dilihat sebagai tindakan rasis.

Namun sedarkah kita betapa orang-orang Cina telah lama melakukan tindakan rasis dalam perniagaan?

Tanyalah kepada peniaga-peniaga Melayu, mereka akan memberitahu betapa terdapat dua paras harga apabila mereka membeli barangan daripada pembekal Cina.

Satu harga untuk orang Melayu yang jauh lebih tinggi dan satu harga lagi untuk orang-orang Cina yang jauh lebih murah.

Tindakan ini adalah untuk memastikan orang-orang Melayu akan gagal dalam perniagaan mereka. Apa tidaknya, peniaga Melayu tidak akan dapat bersaing dengan peniaga Cina. Ini kerana harga bekalan yang mereka beli sudah tinggi berbanding peniaga Cina.

Malangnya orang-orang Melayu tidak sedar akan hakikat ini. Di sebalik pembekal-pembekal Cina melakukan tindakan rasis terhadap orang-orang Melayu, bilangan pembeli paling ramai di kedai-kedai Cina adalah orang-orang Melayu!

Perkara ini berlaku dalam semua jenis perniagaan. Bengkel kereta ataupun motosikal Melayu membeli barang gantian (spare parts) daripada pembekal Cina dengan harga yang lebih tinggi berbanding pengusaha bengkel yang sama di kalangan orang Cina. Bagaimana mungkin pengusaha bengkel Melayu boleh hidup?

Sebut saja apa bidang - hardware, makanan, jahitan, elektrik dan elekronik serta bahan binaan - semua pembekal dimonopoli oleh orang-orang Cina. Mereka telah bertahun-tahun mengamalkan penindasan terhadap orang-orang Melayu melalui peniagaan. Tidakkah ini rasis namanya?
 
KOMEN : ITU BELUM MASUK KES TIPU LAGI....

No comments: