Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 22 May 2013

Segera hentikan permainan Anwar sebelum terlambat


SEBAHAGIAN wakil NGO membuat demonstrasi di Jalan Kampung Daik membantah perhimpunan Blackout 505 oleh pembangkang di Kuala Ibai, yang dijadualkan esok.

KUALA TERENGGANU 21 Mei - Lebih 200 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak berkuasa menghalang siri perhimpunan haram pembangkang bagi membantah keputusan pilihan raya umum lalu yang dirancang diadakan di negeri itu.

Malah, mereka turut menggesa Kementerian Dalam Negeri tidak lagi bertolak ansur dengan sikap pembangkang yang mencabar dan mengetepikan undang-undang kerana dibimbangi akan mencetuskan huru-hara.

Kumpulan NGO itu termasuk Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) cawangan Terengganu, Majlis Belia Felda Malaysia Wilayah Terengganu (MBFMWT), Pertubuhan Belia 4B Terengganu serta beberapa pertubuhan belia lain.

Mereka berhimpun selama hampir sejam bermula kira-kira pukul 3.30 petang di Jalan Kampung Daik berhampiran Pasar Besar Kedai Payang, di sini hari ini untuk membantah hasrat pembangkang itu sambil membawa poster 'Kami Bersama PM', 'Halau Pengkhianat Negara' dan 'Kami membantah Black Out 505' .

Ketua Pegawai PTCM cawangan Terengganu, Mohd. Bali Muda berkata, pembangkang cuba mengganggu keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat negeri itu selepas merancang mengadakan demonstrasi di Kuala Ibai, dekat sini Khamis ini.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya mahu pasukan keselamatan mengambil langkah drastik dengan bertindak tegas ke atas mereka yang terlibat menggerakkan perhimpunan haram itu terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami desak Anwar dan pengikutnya dikenakan tindakan segera, jangan buang masa lagi.

"Anwar dan pengikutnya sepatutnya akur dengan keputusan pilihan raya umum lalu. Kenapa terus mempersoalkannya sedangkan di negeri yang dikuasai pembangkang seperti Kelantan dan Selangor, mereka sudah mengangkat sumpah jawatan masing-masing, maknanya mereka terima keputusan itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan tersebut.

Perhimpunan itu turut disertai Bendahari Pertubuhan Belia 4B Terengganu, Apli Yusoff, Exco MBFMWT, Mohd. Laisani Dollah serta Timbalan Ketua Turus PTCM Terengganu, Sanek Awing. Menurut Mohd. Bali, mereka tetap membantah perhimpunan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini selain terbukti menyusahkan orang ramai.
 

1 comment:

Anonymous said...

ANWAR TAK STOP RATAH DAGING MENTAH BROO SELAGI DIA BELUM NAZAK...TP LAMBAT LAUN DIA AKAN RASE GAK BILA TIBE MASANYE NANTI KEHKEHKEH