Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 8 May 2013

DAP hasut penyokong mereka melalui SMS






KUALA LUMPUR 7 Mei - Pemimpin DAP dilihat semakin agresif membakar sentimen penyokong mereka supaya melakukan bantahan berterusan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) seorang pemimpin kanan DAP yang kini disebarkan secara meluas, pemimpin berkenaan menghasut penyokong parti itu kononnya berlaku penipuan dalam keputusan pilihan raya umum tersebut.

Antara pembohongan yang terkandung dalam SMS itu kononnya keseluruhan undi dalam pilihan raya umum kali ini berjumlah 18 juta, sedangkan rakyat Malaysia yang layak mengundi hanya 12 juta orang.

SMS itu turut mempertikai peratusan keluar mengundi yang melebihi 80 peratus kerana kononnya peratusan tersebut sepatutnya lebih rendah.

Pemimpin berkenaan turut mendakwa sesetengah pusat pengiraan undi tidak mempunyai wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pembantu di pusat itu ditempatkan bagi meningkatkan jumlah undian kepada Barisan Nasional (BN) ketika waktu rehat dan sewaktu kejadian terputus bekalan elektrik.

Malah, pemimpin berkenaan turut mendakwa pemimpin BN korup dan mengoyakkan borang 14 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali gus menyebabkan beberapa kerusi yang sepatutnya dimenangi pembangkang menjadi milik BN.

Sementara itu, satu lagi SMS dalam bahasa Mandarin dikesan disebar secara meluas menghasut penyokong pembangkang supaya bangkit memberi sokongan kepada pemimpin mereka.

SMS itu mendakwa, akhbar Singapura melaporkan, keputusan kemenangan BN dalam PRU-13 masih belum berakhir dan bakal ada perbalahan pusingan kedua yang merisaukan.

SMS itu turut memetik kenyataan seorang pemimpin pembangkang berbunyi: "Para penyokong kami semua jangan risau, mereka (BN) masih belum menang, dan kita (PR) akan masuk perlawanan pusingan kedua."

SMS sama menyebut: "Seterusnya bakal Perdana Menteri kita Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan adakan sidang media untuk dedahkan bukti bahawa UMNO menipu dalam PRU-13 dan melanggar syarat."

Dalam masa sama, SMS itu mengajak penyokong pembangkang memberi semangat kepada pemimpin mereka dan kononnya ini adalah harapan terakhir selain berharap menjadi pergerakan terakhir.

Dalam SMS yang dipercayai berasingan pula, pemimpin pembangkang menyeru penyokong mereka tidak berputus asa kerana membayangkan mereka masih mempunyai tempoh 21 hari bagi membantah keputusan PRU-13.

SMS yang disasarkan kepada kaum Cina itu menimbulkan persoalan besar berhubung tindak-tanduk pemimpin pembangkang yang seolah-olah mengajak penyokong mereka mencetuskan gelombang bantahan yang boleh menimbulkan ketegangan.

Tindakan menyebarkan SMS itu juga dilihat tidak wajar kerana selain memenangi kesemua kerusi yang ditandingi dalam pilihan raya umum lalu, DAP juga mendapat majoriti cukup besar sekali gus membuktikan dakwaan berlakunya manipulasi dalam pilihan raya umum lalu adalah fitnah semata-mata.


No comments: