Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 28 May 2013

SPESIS MEREKA BETUL, UMNO YANG SALAH... BENGONG...

Enam mengaku tidak bersalah
ONG Eu Leong, Thomas Su Keong Siong, R. Yuneswaran

KUALA LUMPUR 27 Mei - Enam pemimpin pembangkang di lima buah negeri hari ini dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012. Kesemua mereka didakwa gagal memaklumkan kepada ketua polis di daerah masing-masing mengenai perhimpunan yang bakal diadakan dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh program.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.

Pada 17 Mei lalu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan serupa berhubung perhimpunan di sebuah stadium di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu.

DI IPOH, dua pemimpin pembangkang di negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 ketika menganjurkan dua perhimpunan di bandar raya ini pada 9 dan 12 Mei lalu.

Dua pemimpin terbabit ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su Keong Siong, 47, daripada DAP dan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Mohammad Anuar Zakaria, 46. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka secara berasingan di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.

Keong Siong yang juga bekas Ahli Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 7.30 malam, 9 Mei lalu di Wisma Chin Woo.

Mohammad Anuar pula didakwa melakukan kesalahan serupa pada masa sama, 12 Mei lalu di perkarangan Ibu Pejabat PKR Perak, dekat Medan Istana, Bandar Ipoh Raya.

Mereka berdua yang memakai suit hitam didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.

Keong Siong diwakili barisan 10 peguam diketuai oleh Gobind Singh Deo sementara Baldip Singh mengetuai tiga peguam yang mewakili Mohammad Anuar.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fadhi Abdul Wahab yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan jaminan RM5,000 terhadap kedua-dua pemimpin pembangkang itu bagi menjamin kehadiran mereka di mahkamah.

Gobind bagaimanapun membantah cadangan itu dengan alasan anak guamnya hanya merupakan orang kena saman (OKS) dan kes itu tidak melibatkan sebarang kekerasan.

Julie kemudian membenarkan Keong Siong dan Mohammad Anuar masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 berserta seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 19 Julai ini.

DI BUTTERWORTH, Setiausaha Eksekutif Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Ong Eu Leong dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran di Stadium Negeri Batu Kawan pada malam 11 Mei lalu.

Eu Leong yang merupakan penganjur perhimpunan tersebut sehingga menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang jalan menuju ke stadium berkenaan didakwa di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Eu Leong, 44, yang didakwa sebagai orang kena saman (OKS), mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan itu.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi kemudian membenarkan Eu Leong dibebaskan tanpa sebarang jaminan sementara menunggu sebutan kes yang ditetapkan pada 27 Jun ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amir Hamdzah Othman manakala Eu Leong diwakili sekumpulan lapan peguam diketuai R.S.N. Rayer.

DI SEREMBAN, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Mohd. Nazree Mohd. Yunus dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kerana didakwa gagal memberitahu Ketua Polis Daerah Seremban dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan diadakan pada pertengahan bulan ini. Mohd. Nazree, 29, sebagai penganjur program Ceramah Umum Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di negeri ini didakwa melakukan kesalahan itu di tapak tempat letak kenderaan di sebelah Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland di sini pada pukul 8.30 malam, 17 Mei lalu.

Mohd. Nazree selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh. Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan negeri, Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh dan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib manakala Mohd. Nazree diwakili peguam Tang Jayson, Cha Kee Chin, dan Hanif Hasan.

Jagjit kemudian memutuskan untuk membebaskan Mohd. Nazree dengan ikat jamin RM5,000 berserta seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 25 Jun ini.

DI JOHOR BAHRU, Setiausaha Eksekutif Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, R. Yuneswaran didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 semasa menganjurkan perhimpunan pada 15 Mei lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad yang mengendalikan pendakwaan menawarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Hakim Muhammad Jamil Hussin kemudian memutuskan bahawa Yuneswaran tidak perlu diikat jamin dan menetapkan sebutan kes pada 10 Jun ini.

DI KUANTAN, Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Kamarzaman Mohamed Yunus dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 ketika menganjurkan perhimpunan di Jalan Beserah pada 14 Mei lalu. Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 8.30 malam, 14 Mei lalu di kawasan Pejabat Perhubungan Negeri PKR Pahang, Lot 1051, Kilometer 8, Jalan Beserah di sini.

Hakim Fathiyah Idris membenarkan Kamarzaman diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 27 Jun ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib @ Hamid manakala Kamarzaman diwakili peguam, Mohd. Nizam Hamid.
 

No comments: