Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 13 August 2014

POLITIK : Sultan Selangor enggan jumpa Azizah


SHAH ALAM 12 Ogos - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memperkenan permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menghadap baginda bagi memberikan penjelasan berhubung pemecatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti berkuat kuasa Sabtu lalu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, keputusan itu dititahkan baginda semalam selepas surat permohonan berkenaan yang ditandatangani Anwar diterima oleh pihak istana, Ahad lalu.

"Surat permohonan itu telah dipersembahkan kepada baginda semalam. Baginda menitahkan supaya saya memaklumkan kepada Anwar bahawa baginda tidak memberi perkenan menerima menghadap Wan Azizah yang juga Presiden PKR untuk memberikan penjelasan.

"Titah baginda itu dibuat atas alasan Abdul Khalid telah menghadap baginda berkaitan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Munir, baginda juga berpendapat, isu pemecatan Abdul Khalid daripada PKR merupakan isu dalaman parti dan tidak menjejaskan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Menteri Besar.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Munir menjelaskan, perkenan Sultan Selangor supaya Abdul Khalid terus kekal sebagai Menteri Besar bukan diputuskan oleh mesyuarat Dewan Diraja Selangor semalam.

Sebaliknya, kata beliau, perkenan itu diputuskan oleh Sultan Selangor setelah Abdul Khalid menghadap bagi menyembah maklum kepada baginda bahawa beliau dipecat oleh Lembaga Disiplin PKR dan beberapa perkara berkaitan kedudukan Menteri Besar sebelum Dewan Diraja Selangor bermesyuarat.

"Sultan Selangor memaklumkan kepada mesyuarat Dewan Diraja Selangor mengenai keputusan baginda untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140813/po_02/Sultan-Selangor-enggan-jumpa-Azizah#ixzz3AFou3TQk  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: