Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 11 August 2014

POLITIK : Parti tentukan nasib MB Selangor

Oleh FITRI AFFENDI MUSTAFA
pengarang@utusan.com.my

Anwar Ibrahim

PETALING JAYA 8 Ogos - Keputusan Majlis Syura Ulama Pas supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor tidak akan mengikat pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menyelesaikan kemelut politik di negeri ini.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama Pas itu mungkin akan dirujuk sebagai cadangan atau pandangan sahaja.

"Pas merupakan parti komponen pakatan pembangkang yang penting, kita ambil maklum semua pandangan tersebut tetapi ada yang kita perlu bagi penjelasan lagi. Nampaknya, mereka perlu diberi penjelasan lanjut yang mungkin kita tidak dedahkan atau maklum seperti ini.

"Kita mengikuti semua pandangan Pas tetapi keputusan itu tidak akan mengikat PKR. Itu Majlis Syura Pas dan bukan Majlis Syura pakatan. Bagaimanapun, sebagai parti sahabat kita ambil kira dan hormat pandangan mereka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Anwar berkata, segala keputusan yang akan dibuat mengenai kedudukan Abdul Khalid akan melalui proses dalam parti termasuk hasil Mesyuarat Lembaga Disiplin PKR yang berlangsung petang ini dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang akan berlangsung esok.

"Kita sudah lama menerima desakan daripada parti. Malah, kita sudah putuskan untuk adakan peralihan kepimpinan sejak 5 Januari lalu tetapi kita hanya diputuskan dalam tempoh dua atau tiga minggu lalu.

"Keputusan parti telah dibuat tetapi ia tidak didedahkan sebelum ini kerana ia merupakan masalah dalaman parti," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan surat akuan sumpah yang perlu ditandatangani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, Anwar mengakui menerima cadangan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, perkara tersebut perlu mengikut proses parti terlebih dahulu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140809/po_01/Parti-tentukan-nasib-MB-Selangor#ixzz3A2pOwFoX  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: