Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 11 August 2014

POLITIK : Dewan Diraja Selangor penentu

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

Abdul Khalid Ibrahim menjawab soalan pemberita dalam majlis penutupan Kursus Perdana Haji 1435H Peringkat Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Mohd Shaharani Saibi

SHAH ALAM 10 Ogos - Kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor akan ditentukan esok, selepas Majlis Dewan Diraja Selangor mengadakan mesyuarat di Istana Bukit Kayangan, di sini.

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Abdul Khalid berkata, mesyuarat yang disertai Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu akan membincangkan mengenai kedudukan jawatannya susulan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak memecat keahliannya dalam parti berkuat kuasa serta-merta semalam.

Selain itu beliau berkata, mesyuarat berkenaan dijangka turut menyentuh langkah-langkah yang perlu dilaksanakan melibatkan pentadbiran di negeri ini termasuk kemungkinan melakukan rombakan atau menggugurkan barisan Exco kerajaan negeri.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak boleh memberikan sebarang ulasan lanjut perkara yang akan dibincangkan itu sehinggalah Majlis Dewan Diraja Selangor selesai mengadakan mesyuarat dan menghadap Sultan Selangor.

"Apa pun kenyataan, saya akan buat selepas perjumpaan Majlis Dewan Diraja Selangor tersebut," katanya.

Hari ini, Abdul Khalid terus menjalankan tugas beliau sebagai Menteri Besar dengan mengiringi Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis Penutupan Kursus Perdana Haji 1435 Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Beliau yang memakai baju Melayu berwarna hijau firus, dilihat ceria dan berbual mesra dengan bakal-bakal haji serta tetamu kehormat.

Jawatankuasa Disiplin PKR memecat keahlian Abdul Khalid atas alasan enggan akur dengan keputusan parti supaya beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor bagi memberikan laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, Abdul Khalid menyatakan meskipun beliau menerima keputusan pemecatan tersebut, namun beliau menyifatkannya ia sebagai 'salah dan cacat' daripada segi undang-undang.

Mengulas lanjut berhubung tindakan PKR itu, Abdul Khalid membayangkan tidak akan membuat rayuan sebaliknya akan terus menumpukan perhatian kepada urusan pentadbiran negeri.

"Saya tidak fikirkan (untuk membuat rayuan) itu. Sebaliknya, saya akan pentingkan jawatan Menteri Besar dan pentadbiran Selangor," katanya.

Penegasan Abdul Khalid itu senada dengan kenyataan beliau yang diedarkan kepada wartawan pada majlis tersebut yang antara lain sekali lagi menegaskan, "Saya menerima keputusan PKR walaupun tindakan itu salah dan tidak menurut undang-undang serta bertentangan dengan Perlembagaan parti. Saya akan meneruskan tugas seperti biasa".

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140811/po_04/Dewan-Diraja-Selangor-penentu#ixzz3A3HZdjvw  © Utusan Melayu (M) Bhd



No comments: