Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 13 August 2014

PIALA MALAYSIA : JDT-Kelantan sama tempang

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

WAN Zack Haikal kembali menjalani latihan bersama Kelantan dan sedia diturunkan, malam ini.

KUALA LUMPUR - Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan juara dua kali, Kelantan bakal bertarung tanpa sebahagian tonggak utama dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia yang paling mencuri tumpuan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, malam ini.

Kedua-dua pasukan dilanda krisis kecederaan dan penggantungan.

Paling terjejas adalah tuan rumah, Harimau Selatan yang hilang enam tonggak, tambahan pula beberapa pemain mereka baru pulang dari Tajikistan bersama Harimau Malaya.

Bekas pemain Villarreal dan Genoa, Luciano Figueroa dan kapten, Mohd. Amri Yahyah tidak dapat diturunkan kerana digantung satu perlawanan, sementara Jorge Pereyra Diaz masih di Argentina kerana ayahnya tidak sihat.

Melengkapkan senarai pemain yang tidak beraksi adalah Mohd. Irfan Fazail, Amirul Hadi Zainal dan Mahali Jasuli.

Tegas pengendali JDT, Bojan Hodak, dia berdepan masalah besar untuk mengumpul semua pemain dengan hanya satu sesi latihan sahaja dapat digunakan untuk menilai dan merancang strategi selepas lapan pemain melaporkan diri, Ahad lalu.

"Memang memeningkan kepala melihat situasi sekarang dan pemergian mereka membantu skuad negara memberi kesan kepada persiapan kami.

"Saya harap semua pemain sedia menghadapi Kelantan," katanya dalam laman web rasmi JDT, JohorSouthernTigers.com.my.

Kelantan pula terus menanti pemain Mesir, Mohamed Shawky yang belum pulang ekoran masalah keluarga, selain Brendan Gan yang belum pulih daripada kecederaan sehingga menyebabkan bahagian tengah The Red Warriors tampak pincang.

Hanya satu berita baik buat Kelantan adalah bintang muda negara, Wan Zack Haikal Wan Noor bersedia beraksi dalam kempen Piala Malaysia apabila sudah mula menjalani latihan.

Melengkapkan Kumpulan C, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berdepan Pulau Pinang dengan kecederaan menghantui The Gladiators yang belum dapat menurunkan Juan Manuel Arostegui, Chrsitie Jayaseelan dan Mohd. Affize Faisal.

Bagi dua aksi Kumpulan A, Pahang diramal tidak berdepan masalah untuk mengutip tiga mata penuh di laman sendiri ke atas JDT II, walaupun beberapa aksi hambar ditampilkan dalam saingan persahabatan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140813/su_02/JDT-Kelantan-sama-tempang#ixzz3AFyjG91V  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: