Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 5 June 2013

Fahami isi Raja Berpelembagaan



Shamrahayu A Aziz 
 
 
 
Kita sudah maklum mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam sistem pemerintahan dan sistem perundangan negara. Paling utama, kita memahami bahawa kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.

Namun begitu, beberapa perkara di sebalik istilah ‘Raja Berperlembagaan’ itu harus difahami dengan lebih mendalam. Walaupun istilah ini kerap digunakan di banyak negara serta disandarkan kepada pemahaman ‘raja berperlembagaan’ dalam konteks model perlembagaan Westminster, kita hendaklah memahami istilah ini menurut acuan sejarah, budaya, amalan dan juga peruntukan perundangan, terutama Perlembagaan kita sendiri.
 
Model Westminster yang dibawa dari Britain itu tidak semuanya dituruti atau diterima pakai sepenuhnya dalam model eksportnya. Negara Komanwel yang mengimport model ini tidak sepenuhnya menceduk semua prinsip. Sebagai contoh, Perlembagaan Westminster yang bersifat tidak bertulis itu hanya diterima pakai di New Zealand. Negara Komanwel yang lain semuanya mempunyai Perlembagaan bertulis.

Maksud saya di sini, model Westminster yang dieksport keluar Britain itu tidak semestinya sama dengan model asalnya. Setiap Perlembagaan dan sistem itu walaupun seakan-akan sama pada prinsip asas, pemakaian prinsip itu secara terperinci mempunyai banyak berbeza. Menyamakan semuanya adalah mustahil. Prinsip Perlembagaan bukanlah jatuh dari langit atau boleh dibawa terbang dari mana-mana tempat. Perlembagaan tidak boleh mengandungi prinsip terasing daripada nilai sejarah dan budaya setempat.

Oleh itu Perlembagaan hendaklah mempunyai kandungan dan pengisian yang bercambah dari bumi yang seharusnya mengandungi nilai sejarah, nilai budaya dan amalan yang diterima dan berasal daripada masyarakat setempat.

Bersandar kefahaman kita

Raja berperlembagaan di negara kita juga hendaklah difahami dalam konteks ini. Raja Berperlembagaan kita bersandarkan kefahaman dan penerimaan kita. Benar jika dikatakan kita mengambil dan mengamal prinsip Raja Berperlembagaan Westminster dalam konteks Raja Berperlembagaan sebagai raja yang memerintah menurut peraturan atau kekangan undang-undang atau Raja yang memerintah atas nasihat jemaah menteri walaupun mempunyai beberapa kuasa budi bicara yang dinyatakan dalam Perlembagaan.
 
Prinsip Raja Berperlembagaan seperti dimaksudkan dalam Perlembagaan Persekutuan kita adalah Raja yang menjadi payung atau simbol perpaduan semua kaum. Raja Berperlembagaan juga simbol perpaduan antara agama. Raja Berperlembagaan kita juga tonggak kepada perpaduan dan integrasi antara negeri yang membentuk Malaysia. Kesan daripada itu, Raja Berperlembagaan kita juga bermaksud menjadi pengimbang antara semua institusi demokrasi, seperti parlimen dan mana-mana suruhanjaya bebas.

Pengalaman beberapa negara di Afrika yang menggunakan Raja Berperlembagaan model Westminster telah gagal kerana sukar membuat acuan sendiri. Mereka menerima acuan Westminster tanpa mengambil kira perbezaan pola sosial masyarakat yang berbilang etnik dan keadaan lain yang berbeza daripada prinsip asal Westminster.

Penerimaan amalan

Dalam beberapa keadaan, terutama dalam penerimaan amalan atau konvensyen Perlembagaan Westminster yang tidak bertulis, kita juga mengalami kesukaran.

Namun begitu, kita lebih bersedia menghadapi kemungkinan cabaran berkaitan peranan dan fungsi Raja Berperlembagaan. Dalam proses penggubalan Perlembagaan, Suruhanjaya Reid berkali-kali cuba mendapatkan kepastian daripada Raja-Raja Melayu mengenai kesediaan untuk menjadi Raja Berperlembagaan. Ini dapat dilihat dalam proses perbicaraan memorandum yang diserahkan oleh Raja-Raja Melayu kepada Suruhanjaya terbabit. Kepastian ini amat penting bagi Suruhanjaya Reid kerana persetujuan Raja-Raja Melayu menyerahkan negeri dan jajahan takluk kepada prinsip demokrasi bukanlah sesuatu yang mudah.

Kepastian itu juga diperlukan bagi membantu Suruhanjaya membuat deraf prinsip Raja Berperlembagaan dalam Perlembagaan Persekutuan yang bertepatan dengan prinsip demokrasi berparlimen. Raja Berperlembagaan akan menjadikan institusi raja sebagai institusi di luar demokrasi, tetapi masih mempunyai fungsi dan peranan yang efektif dalam kerangka Perlembagaan atau dalam kerangka sistem demokrasi.

Sudah tentu perkara ini bukan sesuatu yang mudah. Sekiranya kita perhatikan susur sejarah mengenai Raja Berperlembagaan ini, sesungguhnya menjadi Raja Berperlembagaan adalah sebesar-besar pengorbanan Raja-Raja Melayu kepada negara ini. Raja-Raja Melayu menyerahkan negeri jajahan, kuasa dan peranan kepada institusi kerajaan yang dipilih menerusi proses demokrasi.

Walau apapun, kita perlulah sentiasa faham bahawa institusi Raja mempunyai pelbagai sokongan undang-undang untuk menjadi mekanisme yang bersesuaian dengan prinsip demokrasi dan juga faham Perlembagaan.
 

Perjalanan Israk dan Mikraj



Pada peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW menunggang Buraq menuju Masjidil Aqsa di mana kemudiannya baginda mendirikan solat tahiyatul masjid dua rakaat.

BULAN Rejab selalu dikaitkan dengan peristiwa Israk dan Mikraj. Para ulama berbeza pendapat menentukan tarikh pasti terjadinya peristiwa tersebut. Imam Al-Nawawi sendiri memiliki dua pendapat yang berlainan. Dalam kitab al-Raudah, beliau menegaskan bahawa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab. Sementara dalam kitab Fatawanya, beliau mengatakan peristiwa itu berlaku pada 27 Rabiulawal.

Israk dan Mikraj diriwayatkan dalam pelbagai hadis. Sebahagiannya sahih dan ada juga yang lemah. Berdasarkan hadis-hadis sahih, peristiwa ini berlaku sebelum hijrah ke Madinah.

Malam itu, baginda berada di rumahnya di Mekah. Jibril AS dan dua orang malaikat lainnya membangunkan baginda. Mereka membawa Buraq, iaitu seekor haiwan yang lebih kecil daripada kuda, lebih besar daripada keldai. Satu langkahnya sejauh mata memandang.

Rasulullah SAW menunggangi Buraq menuju Masjidil Aqsa. Setibanya di masjid, baginda mengikatnya di pintu masjid. Seterusnya baginda masuk ke dalam masjid dan melakukan solat tahiyatul masjid dua rakaat.

Tidak lama kemudian, sebuah mikraj (tangga) di turunkan dari langit. Lalu baginda menaikinya dan terangkat ke langit pertama, kedua dan seterusnya hingga ke langit ketujuh. Di tiap-tiap langit, Rasulullah SAW berjumpa dengan nabi-nabi terdahulu. Antaranya: Adam, Yahya, Isa, Yusuf, Idris, Harun, Musa dan Ibrahim.

Adapun kisah yang mengatakan bahawa Nabi SAW menginjak batu Sakhrah pada masa itu, maka riwayat ini tidak sahih. Demikian penjelasan Syeikh Zahid al-Kauthari dalam Maqalat al-Kauthari.
Rasulullah terus terangkat hingga ke tempat yang sangat tinggi. Beliau diperlihatkan banyak sekali keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah SWT.

Antaranya Sidratul Muntaha, sebuah pokok besar yang ditutupi oleh warna-warni yang sangat indah. Daun-daunnya sebesar telinga gajah dan buahnya seperti kendi Hajar.

Rasulullah turut diperlihatkan Baitul Makmur iaitu kiblat hamba Allah di langit sebagaimana Kaabah yang menjadi kiblat manusia di bumi. Setiap hari 70,000 malaikat masuk ke dalamnya dan tidak keluar lagi. Baginda juga diperlihatkan syurga dan neraka.

Kemuncak perjalanan itu, baginda mengadap Allah SWT. Para ulama berbeza pandangan adakah baginda melihat Allah pada saat itu atau tidak. Lalu Allah menurunkan kewajipan solat 50 waktu. Baginda menerimanya dengan patuh.

Apabila turun, baginda kembali berjumpa dengan Nabi Musa AS di langit kelima. Nabi Musa menyarankan agar baginda meminta keringanan bagi umatnya. Beliau khuatir umat Islam tidak akan mampu melaksanakan kewajipan itu.

Baginda setuju dengan saranan itu, lalu kembali kepada Allah untuk tujuan tersebut.

Setelah lima kali turun naik, Allah SWT mewajibkan solat hanya lima waktu sahaja.

Rasulullah SAW turun kembali ke Masjidil Aqsa, lalu menaiki Buraq ke Mekah. Beliau selamat tiba di rumah awal pagi sebelum matahari terbit.

Baitulmaqdis
Mungkin lahir soalan kenapa Baitulmaqdis menjadi destinasi Israk dan bukan tempat lain?

Baitulmaqdis adalah masjid kedua yang didirikan sebagai rumah ibadat menyembah Allah SWT. Yang pertama ialah Masjidil Haram di Mekah yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.
Masjid Al-Aqsa diasaskan oleh Nabi Yaakub, cucu Nabi Ibrahim. Selang masa antara pembinaan kedua-dua masjid ini adalah 40 tahun.

Abu Zar pernah bertanya kepada Nabi: "Wahai Rasulullah, masjid apa yang pertama kali dibina?" Baginda menjawab: "Masjidil Haram." Abu Zar bertanya lagi: "Lalu masjid apa?"
Rasulullah menjawab: "Al-Masjid al-Aqsa."

"Berapakah selang masa antara (pembinaan) kedua masjid ini?" tanya Abu Zar lagi.
Baginda menjawab: "Empat puluh tahun. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Simbolik
Israk dan Mikraj menyatukan dua masjid pertama di dunia. Kedua-duanya simbolik risalah tauhid yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu.

Kedatangan Rasulullah ke Baitulmaqdis menandakan bahawa Islam adalah lanjutan agama Ibrahim, Yakub, Musa, Isa dan seluruh nabi-nabi sebelumnya. Dan Muhammad adalah nabi terakhir yang menutup seluruh kenabian.

Berkata Ibnu Kathir dalam tafsirnya: "Baitulmaqdis adalah tempat asal nabi-nabi sejak Nabi Ibrahim.
"Itu sebabnya mereka lalu dikumpulkan di sana. Rasulullah SAW mengimami mereka di tempat mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa beliau adalah imam yang terbesar dan pemimpin yang dikedepankan."

PENULIS sedang menyambung pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM). Sebarang kemusykilan berkaitan ibadah harian boleh diajukan di www.facebook.com/umarmuhammadno

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130604/ba_01/Perjalanan-Israk-dan-Mikraj#ixzz2VJI59V3k
© Utusan Melayu (M) Bhd


SALAH TETAP SALAH... BELAJAR DARI KESILAPAN...

Salahkah Melissa Gooi? Ajarlah Asas Perlembagaan di sekolah




SAYA tidak salahkan Melissa Gooi yang mencetuskan kisah menghina Yang di-Pertuan Agong dalam facebooknya.

Sebenarnya, Melissa dan rakan-rakan facebooknya, Shuh Chien Loo, Hun Kiet Wong, Carol Tay yang berbicara mengenai titah Yang di-Pertuan Agong itu mungkin tidak kenal pun siapa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mereka tidak tahu pun fungsi-fungsi baginda.

Bagi Melissa dan rakan-rakan Cinanya, mungkin istilah Yang di-Pertuan Agong tiada makna bagi mereka.

Saya andaikan Melissa dan rakan-rakannya berada dalam kategori umur 30 ke bawah atau lebih rendah lagi.

Difahamkan pihak keselamatan sudah menahan dia untuk bantu siasatan. Namun sehingga Cuit ini ditulis, rakan dia masih belum ditemui. Adakah rakan Melissa ini wujud atau sebaliknya di alam maya itu masih belum diketahui.

Perlu disebut banyak akaun facebook kini adalah palsu atau fake yang diwujudkan dengan niat jahat. Namun apa pun, kisah Melissa Gooi itu seharusnya menjadi satu kisah teladan oleh kita semua, juga oleh kerajaan BN yang diberi mandat baru dan oleh barisan jemaah Kabinet yang baru dilantik tempoh hari.

Bukan masa lagi mahu menongkat dagu memandang ke langit. Sesuatu harus dilakukan terhadap orang seperti Melissa yang semakin hari, semakin tahun, semakin dekad semakin generasi, semakin bertambah.

Ia memperlihatkan berlakunya satu fenomena kejahilan atau ignorant mengenai sistem kebudayaan kita, sistem kenegaraan kita yang menjalar kepada sistem Perlembagaan Negara kita.

Walaupun Melissa jahil, saya tidak akan membelanya jika dia dengan sengaja menghina Yang di-Pertuan Agong. Semua orang yang waras tahu itu adalah satu perbuatan yang salah.

Hakikatnya, oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan. Cadangan jawatan Yang di-Pertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu.

Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Namun begitu, adakah orang dalam bidang guaman dan undang-undang, siapa yang boleh bercakap mengenai bab Perlembagaan ini?

Saya menguji anak saya di Tingkatan 2, tahu atau tidak apa itu Perlembagaan Malaysia, jawapan pendeknya, Tak!

Saya menguji pula dalam kalangan pelajar universiti, ada yang kurang jelas. Ada yang tahu hanya untuk perkara-perkara tertentu yang popular sahaja seperti Perkara 153. Itu pun bukan semua. Yang lain-lain kurang jelas, termasuk mengenai soal bahasa dan kebebasan individu.

Mereka kelabu hitam apabila saya bertanya lanjut mengenai Perlembagaan Negara.

Saya tanya mereka tidak belajarkah di sekolah dulu: “Tidak".

Oleh itu saya tidak salahkan Melissa Gooi. Jika Melissa mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina maka saya rasa jatidiri kemalaysiaan dia akan lebih jauh lagi.

Jika di Sekolah Kebangsaan sendiri pun para pelajarnya jahil, apatah lagi di SRJK Cina atau Tamil? Maka itu, saya tidak salahkan Melissa Gooi. Tetapi saya salahkan sistem pendidikan negara ini.

Saya masih ingat apabila saya perlu menduduki satu peperiksaan untuk kemasukan ke universiti di Amerika Syarikat lama dulu, kita perlu menjawab soalan-soalan mengenai Perlembagaan Amerika Syarikat. Ujian itu diadakan di Kuala Lumpur.

Salah satu soalan mudah yang perlu dijawab kalau tak salah saya ialah: Which of the following were Presidents of the United States: a) John Adams b) John Hancock c) John Henry d) John Kennedy. Selain Perlembagaan AS, calon juga diminta menjawab soalan-soalan berkaitan dengan sejarah negara itu.

Apabila membaca modulnya, saya tertarik dengan penjelasannya yang berbunyi: An understanding of the past is necessary for solving the problems of the present. (Pemahaman mengenai masa silam adalah penting untuk menyelesaikan masalah-masalah sekarang). Kita perlu menulis esei mengenainya.

Kita yang tidak kena mengena dengan sistem negara itu pun kena lulus ujian GRE itu, sebagai prasyarat memasuki ke sesetengah universitinya. Itu pengalaman saya.

Di Malaysia, saya tidak nampak ujian seperti ini dijalankan.

Di negara kita tercinta ini, saya tidak nampak ia diajar di sekolah-sekolah. Jika ada, sudah tentu salah satu soalannya ialah: Berikut manakah nama-nama Yang di-Pertuan Agong Malaysia: a) Sultan Muaazam Shah b) Sultan Abdul Malik Shah c) Sultan Ibrahim Shah d) Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Jika ia diajar sudah tentu ia boleh dijawab. Jika ia diajar sudah tentu Melissa Gooi dan rakan-rakannya “tidak tergamak" untuk mempersendakan baginda Yang di-Pertuan Agong dan institusi raja Melayu negara ini.

Oleh itu saya syorkan Kementerian Pendidikan yang kini sudah disatukan dan mempunyai dua orang menteri, termasuk oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, dengan timbalan-timbalan menteri mula memikirkan soal ini. Ia bukan untuk soal hari ini sahaja, atau untuk penggal ini sahaja, tetapi untuk generasi rakyat Malaysia.

Tak kenal maka tidak cinta. Jika subjek atau mata pelajaran Asas Perlembagaan, misalnya tidak diperkenalkan, seperti mana subjek U.S. Constitution itu, maka selama itulah orang kita akan terus-menerus mempertikaikan Perlembagaan Negara.

Jangan salahkan pelajar kita atau generasi itu jika mereka juga sudah tidak faham kepada erti dan falsafah Rukun Negara dan Perlembagaan Negara.

Di Indonesia, pemahaman mengenai Pancasila atau teras Perlembagaan negara itu adalah satu kewajipan.

Maka itu tidak kira mereka itu Jawa, Cina, Acheh, Padang, Papua dan apa saja etnik di Indonesia, Pancasila telah menyatupadukan jati diri bangsa negara itu.

Orang Cina Indonesia sesama kaum mereka bercakap bahasa Indonesia di negara itu dengan loghat dan fonetik yang seragam. Orang Cina Malaysia pula bercakap bahasa Melayu dalam pelat kecinaan, kerana orang Melayu pun bercakap dalam pelat kedaerahan masing-masing.

Saya buat ujian lagi. Kali ini kepada pembantu rumah saya warga Indonesia berusia 35 tahun. Dengan lancar dia menjawab: Pancasila itu ialah asas kenegaraan Indonesia.

Sepatutnya Malaysia yang mempunyai etnik dan kaum yang semakin menjurang ini sudah lama menekankan konsep itu.

Namun kita masih berperang kepada perkara-perkara asas mengenai soal keperkasaan bahasa Inggeris, bahasa Melayu, subjek matematik, sains - tanpa mengambil berat mengenai soal teras atau core kenegaraan itu sendiri iaitu Perlembagaan Negara.

Saya berharap Kementerian Pendidikan dapat memikirkan perkara ini supaya kita tidak lagi melahirkan Melissa Gooi dan rakan-rakannya, untuk hari ini dan generasi akan datang. Ajar subjek Asas Perlembagaan itu mulai di Tingkatan Satu sehingga seterusnya, di semua aliran sekolah.

Lantiklah pakar-pakar Perlembagaan merangka subjek itu. Lantik juga bekas-bekas hakim seperti Yang Arif Datuk Mohd Nor Abdullah - yang sungguh ironik, penjelasannya mengenai Perlembagaan negara dalam satu wacana baru-baru ini telah disalahtafsirkan oleh orang ramai dan media.

Bukan salah bekas Hakim Mahkamah Rayuan itu, tetapi kerana jahilnya rakyat kita mengenai Perlembagaan sendiri.

Oleh itu, jangan salahkan Melissa Gooi dan rakan-rakannya. Salahkan diri kita sendiri.

SUDAH-SUDAHLAH TU...

Persoalan ditimbulkan pembangkang sudah terjawab
Kiri Atiqur Rahman, Ismail Mina

KUALA LUMPUR 4 Jun - Dakwaan kemasukan 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini jelas merupakan propaganda jahat pihak pembangkang bertujuan menghasut rakyat untuk membenci dan menentang kerajaan.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, panggilan 'penipu' cukup sesuai dilabelkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah lama bercita-cita untuk menguasai negara ini walaupun dengan cara bertentangan dengan amalan demokrasi.

"Saya pernah bekerja di bawah PKR dahulu dan kami memang dididik untuk membuat propaganda serta penipuan bagi memusnahkan agenda kerajaan tanpa memikirkan nasib rakyat.

"Kami dulu dilatih untuk menimbulkan isu yang bertentangan dengan kerajaan untuk ditunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan yang melakukan kesalahan walaupun kesalahan itu datang daripada pihak pembangkang sendiri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M Atiqur Rahman semalam menyifatkan dakwaan kemasukan 40,000 rakyat negara itu sebagai pengundi hantu ketika PRU-13 lalu tidak masuk akal dan merupakan propaganda jahat.

Jelasnya, adalah amat mustahil untuk membawa seramai 40,000 rakyat Bangladesh dalam tempoh yang singkat seperti didakwa oleh pakatan pembangkang termasuk di laman media sosial.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, rakyat negara ini perlu lebih berhati-hati dengan pelbagai agenda pembangkang yang ingin menjatuhkan kerajaan.

"Anwar dilihat sanggup melakukan apa sahaja cara dan muslihat untuk mencapai cita-cita beliau yang ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan menjanjikan pelbagai perubahan sedangkan itu hanyalah sandiwara semata-mata.

"Jika betul kerajaan buat salah, kemukakan bukti di mahkamah, bukan dengan mengadakan provokasi jalanan dan perhimpunan haram yang boleh merosakkan nama baik negara kita," ujarnya. Ismail Mina juga meminta pihak pembangkang segera berhenti meracuni fikiran rakyat dan menghormati keputusan PRU-13 lalu.


"MANA ADA TIPU" : GUA PENGECUT..

Tindakan pengecut Ketua Menteri Pulau Pinang alih isu Red Bean Army




KUALA LUMPUR 4 Jun - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng cuba mengalihkan isu yang mengaitkan parti itu dengan tentera siber, Red Bean Army disifatkan sebagai pengecut.

Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia, Zulkifli Sharif berkata, Guan Eng tidak perlu takut untuk mengakuinya jika beliau berpegang kepada kebenaran.

Menurutnya, sikap Guan Eng mengecam Utusan Malaysia menggunakan sentimen perkauman itu turut menunjukkan sikap sebenar pemimpin pembangkang tersebut yang berdolak-dalik.

"Guan Eng tidak perlu menafikan hakikat penglibatan DAP sebagai penaja Red Bean Army kerana sudah ramai tampil dan membuktikannya.

"Hentikan sikap 'baling batu sembunyi tangan', sebagai seorang pemimpin, beliau sepatutnya malu terhadap sikap tidak bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng seolah-olah cuba menutup kaitan parti itu dengan pergerakan Red Bean Army dan mengalih isu sebenar dengan mengecam Utusan Malaysia kononnya mengaitkan isu tersebut dengan sentimen perkauman.

Sambil menunjukkan laporan akhbar Utusan Malaysia yang disiarkan Sabtu dan Ahad lalu, Guan  Eng menegaskan, laporan-laporan tersebut sangat bahaya dan mampu merugikan negara kerana melibatkan keyakinan pelabur asing.

Zulkifli menambah, operasi tentera siber itu yang sering menimbulkan kemarahan, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu perlu dikenakan tindakan segera oleh pihak berkuasa.

"Ini demi keselamatan negara serta keamanan penduduk supaya tidak timbul isu perkauman yang sering dilaung-laungkan mereka," katanya.

Sementara itu, Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Guan Eng tidak menyedari tindakannya yang cuba untuk menipu rakyat akan memakan diri sendiri.

Jelasnya, sikap tersebut tidak sepatutnya dimiliki oleh seorang pemimpin yang bercita-cita untuk mengetuai rakyat di negara ini.

"Guan Eng seperti cuba menutup bangkai gajah, tindakan itu tidak mampu menyembunyikan perbuatannya," kata beliau.


KATA-KATA HIKMAH YANG MEMUNAH UMMAH!!!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!




KOMEN : TERIMA KASIH BLOG KUTUKAN DEWATA

SIAPA TINDAS SIAPA?

Graduan Melayu didiskriminasi



KUALA LUMPUR 4 Jun - Satu kajian yang dilakukan seorang penyelidik sebuah universiti awam mengesahkan wujud diskriminasi terhadap graduan Melayu yang memohon pekerjaan di syarikat swasta yang majoriti dimiliki kaum Cina dan asing.

Menurut kajian itu, faktor kaum lebih diutamakan berbanding kualiti pendidikan dengan graduan kaum Cina menjadi pilihan untuk dipanggil temu duga berbanding kaum Melayu yang merupakan penduduk teramai di negara ini.

Kajian selama enam bulan itu mendapati, syarikat yang dimiliki oleh kaum Cina dan pihak asing lebih mengutamakan graduan kaum Cina untuk bekerja dengan mereka.

"Daripada lebih 3,000 resume yang dihantar kepada syarikat terbabit, kaum Melayu hanya mempunyai 4.2 peratus peluang untuk dipanggil menghadiri temu duga.

"Kaum Cina pula mempunyai sebanyak 22.1 peratus peluang walaupun mereka mempunyai kelulusan setara dan lepasan universiti sama dengan kaum Melayu," menurut kajian itu.

Kajian tersebut hanya melibatkan graduan yang baru menamatkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) tempatan yang memohon bekerja dalam bidang kejuruteraan, perakaunan dan kewangan.

Menurut kajian itu, graduan daripada IPTA yang dikenali dan diiktiraf iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) lebih diutamakan majikan.

"Sambutan majikan terhadap graduan IPTS adalah rendah dan hanya graduan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) termasuk kaum Melayu yang belajar di situ menjadi pilihan terutama dalam bidang perakaunan.

"Graduan kaum Melayu yang boleh menulis, bertutur dan membaca dalam bahasa Cina juga lebih berkemungkinan dipanggil menghadiri temu duga berbanding yang tidak mempunyai kebolehan itu," mengikut kajian itu.

Kajian itu merumuskan supaya kerajaan memandang serius isu berkenaan bagi memastikan diskriminasi terhadap graduan Melayu tidak berterusan.

"Sudah sampai masa kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia menggubal Akta Peluang Saksama dan menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi memantau pelaksanaan akta ini supaya tiada sebarang diskriminasi berlaku di negara ini," menurut kajian itu.
 
KOMEN : TAPI PELIK KAN KENAPA RAMAI SANGAT MELAYU ELITE YANG KONONNYA PANDAI BELAKA TERUS MENYOKONG PARTI YANG NAK HAPUSKAN HAK ORANG MELAYU ISLAM/BUMIPUTRA... NASIB BAIK KERAJAAN AMBIL BERKERJA TU PUN MASIH MARAHKAN DAN TIDAK MENYOKONG KERAJAAN... BERHENTILAH HOI ADA BERANI...

PARTI ADA KASTA A & B.... WAKAKAKAAAA....

Dedah taktik terbaharu DAP

R. RAMANAN
Naib Pengerusi Strategik MIC

KUALA LUMPUR 4 Jun - DAP mungkin berdepan dengan satu lagi kemelut dalam kalangan ahlinya sendiri berikutan keputusan 'tergesa-gesa' kepemimpinan tertinggi untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) setiap cawangan parti itu sejak dua minggu lalu.

Seorang pemimpin kanan DAP yang enggan namanya disiarkan mendakwa, AGM itu dipercayai bagi 'mencantas' mana-mana cawangan yang bertindak lantang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lepas.

Jelasnya, setiap Pengerusi Negeri telah diberi arahan untuk segera mengadakan AGM di negeri masing-masing dengan segera namun yang menjadi persoalan ialah ramai ketua cawangan masih samar-samar dengan keputusan itu.

"Sejak pemilihan CEC lepas, banyak cawangan yang tampil mengkritik kepemimpinan parti selain menyoal kesahihan pemilihan tersebut melalui media dan pemimpin tertinggi DAP itu sendiri. Kumpulan ini terlampau lantang mendedahkan kepincangan parti kepada umum.

"Mungkin dengan mengadakan pemilihan di peringkat negeri dan cawangan, beberapa cawangan akan dicantas atau diturunkan dari gred 'A' kepada 'B' supaya tidak boleh mengundi jika pemilihan semula CEC diadakan dalam masa terdekat. Mengikut peraturan parti, hanya cawangan gred A sahaja layak mengundi pada pemilihan parti.

"Antara alasan yang akan diberikan kepada cawangan-cawangan ini ialah yuran tahunan tidak dijelaskan atau tidak membuat AGM dalam tempoh ditetapkan, walhal mereka sebenarnya tidak diberikan notis untuk mengendalikan AGM di cawangan masing-masing. Saya sendiri tidak tahu apa akan berlaku andainya perkara ini terjadi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu pemilihan CEC DAP menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh ahlinya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 perwakilan untuk mengundi pada pemilihan tahun lalu, selain timbul kemusykilan insiden memalukan iaitu salah kira undi.

Berdasarkan Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966, ROS tidak memberikan pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan CEC parti itu pada 15 Disember tahun lalu dan mengarahkan pemilihan semula diadakan.

Menurut pemimpin itu lagi, AGM cawangan yang terakhir diadakan pada 2010 dan terpaksa ditunda bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini.

Tambah beliau, sebelum ini beberapa pemimpin tertinggi telah cuba 'memujuk' Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya segera mengadakan pemilihan semula berikutan desakan pelbagai pihak termasuk ROS kerana imej parti semakin buruk namun tidak diendahkan.

"Saya tidak tahu apa yang sedang difikirkan oleh beliau, mungkin baginya ini bukan satu perkara yang besar walaupun sudah terlalu ramai tampil mendesak. Mungkin juga beliau mempunyai 'rancangan' lain untuk menangani kemelut ini," ujarnya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa, Guan Eng berterusan bermain 'tarik tali' berhubung pemilihan semula CEC kerana dikatakan mempunyai agendanya sendiri.

"Mengapa sehingga hari ini beliau masih enggan mengadakan pemilihan semula? Jika benar telus dan bersih, mengapa masih hendak memanjangkan isu ini? Apakah sebenarnya motif beliau dan bapanya, Lim Kit Siang?

"Kit Siang pernah berdrama sehingga mengalirkan air mata sebelum PRU lepas, kemudian anaknya, Guan Eng pula manipulasi isi kandungan ROS selain 'membuang masa' selama satu jam pada pertemuan beliau dengan Pengarah ROS dengan bercakap tentang perkara yang tiada kaitan dengan CEC, apakah niat mereka sebenarnya?" katanya.

Ramanan turut melahirkan rasa hairan dengan tindakan Guan Eng yang asyik mengulangi dakwaannya bahawa ROS berniat untuk membatalkan pendaftaran parti itu.

"Daripada gaya beliau bercakap, seolah-olah beliau mahu partinya dibatalkan.ROS tidak pernah kata hendak batalkan pendaftaran.

"Adakah dengan membatalkan pendaftaran parti, maka cita-cita Guan Eng untuk 'menutup' segala kekotoran parti itu tercapai? Mengapa beria-ia benar beliau mahu partinya dibatalkan?," ujarnya.
 
KOMEN : GRED A TU CINA RASIS... GRED B SIAPA PULAK?....WAKAKAKAAA

Tuesday, 4 June 2013

Suatu hikayat buat renungan bersama



BACALAH dengan minda yang terbuka pepatah lama karangan orang dulu kala. Tentu banyak yang tersirat di dalamnya meskipun tidak ramai yang memahaminya kerana sudah terlalu moden adanya sehingga kehilangan jati diri dan rupa bangsa. Maka tentulah sukar untuk memahami duduk perkara dan buah bicara Melayu yang begitu hebat susun aturnya.

Arakian maka berlarilah semua para pembesar ke seluruh negara apabila melihat huru hara bakal menjelma. Sudah gemuruh bunyi garuda, sudah gegak gempita seantero benua bahawa malapetaka sudah menunggu hanya bala belum tentu bila ketikanya.

Ditanya oleh memanda menteri kepada sekelian pembesar negara bagaimana keadaan cuaca dan duduk bangun rakyat jelata semua?

Tanpa ragu, melompat-lompat seperti kera kena belacan para pembesar memberi laporan bahawa semuanya dalam sejahtera wahai mamanda. Janganlah bimbang, rakyat sangat gembira, hidup bagaikan dalam syurga loka. Makanan melimpah ruah, ayam itik penuh di kandang, padi beras penuh di gudang. Rakyat jelata semua jelas kekenyangan hingga mata puteh bundar dan buntang.

Mafhum aula sungguh gembira menteri memanda apabila mendengar perkhabaran itu. Lantas apakah yang riuh rendah dan gegak gempita di hujung sana soal memanda lagi. Oh, itu sebenarnya kumpulan pedagang yang datang menumpang kasih dan melulur sayang dari kita. Ada si Kitul dan juga ada Sang Li Po juga turut serta.

Lantas kerana rakyat jelata sudah cukup semua, moleklah juga kita tumpukan perhatian kepada mereka yang ke mari menumpang kasih. Berikanlah segala bantuan selagi terdaya walaupun tidak diminta oleh mereka kerana kita ini memang terkenal sebagai pemurah yang melimpah ruah sehingga tidak luak susu sebelanga, tidak surut air di sumur jika sekadar dikongsi dengan mereka. Berikanlah selagi mereka mahu.

Gagasan satu negara kita kongsikan juga, tidak mengapa kerana mereka itu tamu kita. Kena muliakan dan berikan perhatian. Bangsa kita sudah senang lenang, campaklah sebiji benih di belakang kandang nescaya esoknya tumbuh subur hingga menjadi ladang. Tentulah ayam di kepuk tidak mati kelaparan dan itik di air tidak akan mati kehausan.

Melopong dan terngangalah sekelian rakyat jelata, bila mana memanda menteri terus-terusan memberi tanpa henti kepada para tamu itu adanya. Malah tanpa diminta, diberi juga. Lalu fikir mereka barangkali hanya untuk sementara sahaja. Mungkin ada nazarnya sebab beroleh kebajikan atau mimpi terpijak batu permata berjuta-juta. Lantas ditanya rakyat jelata kepada pembesar daerah, pembesar negeri dan juga pembesar negara apa makna ini semua.

Lantas kata para pembesar itulah perkongsian pintar namanya. Hak kita biar diberi sama rata, hak mereka tentulah mereka akan jaga sebab sudah jauh mereka berkelana dari benua nun jauh di sana ke negara kita. Berikanlah kesenangan kepada mereka sebab nanti mereka lebih gembira untuk tinggal bersama kita. Makan bersama malah disuapkan pula adanya.

Makin melopong lagilah rakyat marhaen yang sudah sekian lama tidak disapa. Malah jalan ke desa juga sudah terlupa agaknya.

Sahibul hikayat mengirim pesan dan menitip khabar pada memanda menteri katanya sudah terlupakah kami di sini sana hingga atap tiris sini sana, anak perut kembung angin sahaja, nak santap untuk hari ini pun susah sungguh rasanya entah esok lupa bagaimana pula. Kenapa gah benar memberi, tidak kasihankah kepada kami, segala bakti telah kami beri tapi kami dipandang sepi. Perkiriman dikhabarkan pada pembesar, tidak disampai kepada memanda sebab bunyinya berbeza sudah tentu nanti dimurka.

Purnama berlalu pergi, sudah sekian lama dinanti umpama elegi dalam sepi. Harapan hanya tinggal harapan, yang ada di hadapan cuma kegelapan. Tidak dilihat lagi semarak kasih kepada pertiwi, malah segala harapan luntur di bawa angin sepi.

Memanda menteri amatlah gembira, sebab rakyat makin makmur adanya. Dikhabarkan lagi bahawa rakyat tersangatlah menyayangi memanda menteri yang sentiasa dipandang tinggi kerana seluruh negara diberikan perhatian yang berlebihan sehingga tidak ada lagi ruang untuk berbakti dan memberi sumbangan. Sudah lebih dari kecukupan, sehingga ramai pula yang ditimpa musibah akibat terlalu senang hidup mereka.

Kerana itu perlu berhati-hati untuk memberi lagi sebab dikhuatiri mendatangkan musibah kepada rakyat sendiri. Yang buncit perutnya ditakuti busung, yang besar kenderaannya khuatir tidak muat di aspal sana. Malah sudah ramai yang mata, hidung dan telinga mereka juga tersumbat akibat terlalu senang dan mewah adanya sampai terpaksa menyumbat segala macam lebihan ke segenap ruang yang berlubang.

Memanda menteri bertanya lagi, di mana pula perlu dilawati, siapa pula patut diberi bantuan duniawi.
Dicarilah orang bijak pandai, maka dipalu genderang riuh rendah merata-rata sehingga ke tepi belantara. Akhirnya datanglah sekumpulan kera mengadap memanda menteri dan terus menangis dan merayu katanya mereka kekurangan susu.

Kasihan sungguh memanda menteri yang tulus orangnya sangat hebat kasihnya pada rakyat jelata. Lantas dititahkan kepada pembesar yang turut serta, segeralah kalian berkejar mencari susu untuk si kera ini kerana terlalu sedihnya wajah dan kurusnya tubuh, dan kuningnya kulit dan sebahagian mereka pula sudah hitam seperti terbakar matahari kerana terlalu kuat berusaha untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.

Lalu dicarilah segera si ibu dan bapa penyusuan, kerbau lembu rakyat juga diambil bagi memenuhi keperluan kera di hutan. Melompatlah rakyat marhaen anak yang di pangkuan juga sudah kering susuan, hanya mengharap ternakan bagi mengganti susuan.

Hijau kuning mata, berdesing juga telinga, rambut lebat juga gugur semua. Apakah ini maknanya, berikan betis mahukan paha. Ini sudah terlebih agaknya siapalah punya angkara.

Di kalangan rakyat jelata, ada Luncai namanya. Amat santai orangnya, bila ditanya apa cara mahu dipinta hak kita apa guna bernegara bila mana terlepas semuanya. Lantas dijawab oleh si Luncai 'biarkan biarkan, biar terjun dengan labu-labunya'.

Memanda menteri semakin leka, hingga seluruh negara dilawatinya kerana kebajikan ingin diberi. Katanya biarlah kita korbankan jiwa raga asalkan rakyat gembira umpama hidup dalam syurga meriah sungguh siang malamnya sentiasa umpama sedang berpesta. Berarak dan berusunglah ke sini sana.

Sudah kering air mata, sudah kurus anak di pangkuannya tapi terpinggir tidak dipeduli. Para kera semua hebat sungguh mutakhir ini adanya. Besar tubuh menjangkau enau, habis dilanggar kalau tidak ketepi, pengsan atau boleh mati jika tidak dituruti.

Beginilah onarnya mereka, berdusta setiap masa, mengadu domba tanpa sebarang rasa, malah terasa hebat sungguh adanya kera memanda menteri percaya umpama dipusing seperti roda dan terkesimalah dulu kini dan selamanya.

Bukalah mata segera, bukalah minda sentiasa, jauhkan sengketa kerana sangat merbahaya. Jurang dalam menunggu kita, rakyat marhaen tidak lupa akan segala auta umpama kancil dan pelanduk nampak serupa tapi ia tetap berbeza. Hanya jauhari mengenal manikam mereka meskipun jenisnya berbeza.

l PENULIS ialah Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris).
KOMEN : KALAU TAK FAHAM, BALIKLAH KE SEKOLAH SEMULA....

Perlukah menjadi secina-cinanya?


Masyarakat Cina sungguh beruntung tinggal di negara ini kerana dasar-dasar sederhana kerajaan Malaysia. - Gambar hiasan.

PANTANG saya menulis dalam akhbar Mingguan Malaysia minggu lalu, menyentuh sedikit isu mengenai orang Cina, dunia bagai nak kiamat. Diperbesar-besarkan oleh laman web ultra kiasu untuk dijadikan bahan makian dan cacian. Seperti biasa, bukan hujah yang dibahas, peribadi menjadi mangsa dan diserang.

Saya tidak percaya bila ultra kiasu selalu berkata, "I am Malaysian 1st." Jika Malaysia didahulukan, bermakna agenda nasional mesti diutamakan. Misalnya, bahasa kebangsaan, sekolah kebangsaan, kebudayaan kebangsaan, pakaian kebangsaan, upacara rasmi kebangsaan dan banyak lagi yang bersifat kebangsaan.

Adakah semua ini dihormati dan disambut oleh ultra kiasu dengan baik dan berlapang dada. Lihatlah sahaja majlis angkat sumpah pelantikan Exco di hadapan Sultan Selangor dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Itulah ragam ultra kiasu.

Paling sedih, sehinggakan ke peringkat mereka mahukan mensyaratkan menteri (timbalan) pendidikan mesti boleh berbahasa Cina untuk berurusan dengan Cina dan menjaga sekolah Cina. Mereka mempertikaikan pelantikan Datuk Mary Yap sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, kerana tidak memenuhi syarat tersebut. Banyak cantik muka. Nasihat saya, berhijrahlah ke tempat yang ada menteri sedemikian.

Ketika memberi respon, Mary Yap dengan bangga berkata, beliau tidak perlu malu kerana tidak boleh berbahasa Mandarin, yang penting kena buat kerja.

MP Tawau ini berpendapat, beliau tidak mewakili kaum Cina tetapi wakil kepada rakyat Malaysia. Beliau telah berkhidmat di bawah kementerian pendidikan hampir 36 tahun dan telah berjumpa dengan pelbagai kaum dan guru. "Saya tak lihat diri sebagai mewakili orang Cina tetapi sebagai orang Malaysia. Inilah 1Malaysia. Tapi bila cakap mengenai pendidikan Cina, ia merupakan sebahagian daripada tugas saya untuk menyelesaikannya".

Terus terang, untuk setakat ini, saya kagum dengan pandangan sebegini, bertepatan dengan amalan 1Malaysia. Inilah yang membezakan antara bukan Melayu (Cina) di Semenanjung dengan Cina Sabah dan Sarawak. Cina Sabah Sarawak lebih terbuka dan tidak ultra kiasu, semangat 1Malaysia amat tinggi, berbanding sebahagian mereka di sini. Kita perlu banyakkan menteri (timbalan) bukan Melayu seperti ini.

Kenapa Mary Yap agak berbeza dengan ultra kiasu yang lain? Hujahnya mudah, mereka lebih terdedah kepada pribumi dan bumiputera di sana. Berbanding di sini, setiap hari sosialisasi politik mereka dalam apa jua bidang amat bersifat ultra kiasu (perkauman).

Kita tentu masih ingat, sebelum ini ultra kiasu mensyaratkan, guru-guru bukan Cina yang mengajar Bahasa Malaysia (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) di SJKC mesti mendapat kredit bahasa Cina dalam SPM. Jika tidak, mereka tidak layak untuk mengajar di SJKC. Kerajaan terpaksa akur kerana mahukan undi mereka. Sebahagian besar guru BM dan BI bukan Cina telah dikeluarkan daripada SJKC. Begitu juga dengan kerani-kerani Melayu pun perlu menguasai bahasa Cina.

Saya tidak faham, sedangkan semua sekolah ini berada dalam sistem pendidikan negara berpaksikan Perlembagaan, menjunjung agenda negara. Semua gaji mereka dan prasarana disediakan oleh kerajaan. PRU-13 membuktikan, bahawa pemberian tidak dibalas. Apakah kita akan teruskan permainan ini?

Bandingkan, sekolah agama (kebangsaan) tidak pula mensyaratkan guru-guru bukan Melayu yang mengajar BI mesti boleh menguasai bahasa Arab. Jika itulah yang dilakukan, bayangkan berapa banyak bantahan akan dikemukakan kepada kerajaan kerana tidak berlaku adil.

Melalui sistem ini, bahasa Arab masih boleh dikuasai, walaupun tidak sepenuhnya. Melayu tidak perlu menjadi orang Arab untuk menguasai bahasa Arab. Sebab itu, sukar untuk saya terima idea untuk mencinakan sekolah Cina secina-cinanya, barulah bahasa Cina boleh dikuasai dengan baik dan menjadi Cina tulen. Itupun kerajaan membenarkan operasinya. Inilah toleransi orang Melayu yang tidak ada pada bangsa lain. Malangya tidak dihargai.

Ingatan saya kepada kerajaan, jangan terlalu mengemis untuk mendapat simpati mereka. Jika madu yang diberi, tuba yang dibalas, segerakan pelaksanaan BM sebagai pengantar. Gunakan akta pelajaran 1996 untuk kuat kuasakan BM di semua jenis sekolah, walaupun kuasa untuk menghapus sekolah vernakular sudah tidak ada lagi, kerana peruntukan akta tersebut telah dihapuskan dengan kewujudan Akta Pelajaran 1996.

Terbaharu, berlaku 'percanggahan' pendapat antara Ahli Lembaga Sekolah Chong Hwa dengan Dong Zong mengenai kedudukan Sekolah Persendirian Cina (SPC) di Kuantan. Ahli lembaga SPC Chung Hwa hanya mahukan satu sahaja di Kuantan. Jika Dong Zong mahukan SPC lain, cari tempat lain, tetapi bukan di Kuantan, takut berlaku persaingan.

Dong Zong tetap berkeras mahukan sebuah lagi SPC di Kuantan. Persoalan saya, tidak cukupkah lagi apa yang ada? Perlukan SPC menjadi secina-cinanya? Chong Hwa mahukan pelajarnya mengambil SPM dan UEC sebagai menyahut seruan kerajaan. Manakala Dong Zong tidak bersetuju dengan idea kerajaan (juga Chong Hwa) untuk menggunakan silibus kebangsaan dan medium bahasa Melayu. Chong Hwa dilarang menduduki UEC yang dikendalikan Dong Zong jika mahu mengikut syarat kerajaan.

Dong Zong hanya mahukan UEC yang tulen. Dong Zong tidak mahu pelajarnya cair kecinaan, jika berada di Chong Hwa yang mahu bertolak ansur dengan kerajaan dalam menjunjung agenda kebangsaan.

Saya harap Kementerian Pendidikan yang baharu dapat melihat perkara ini dengan serius. Apakah kita ingin terus lahirkan manusia yang menterbalikkan Jalur Gemilang seperti yang dilakukan oleh bekas pelajar UEC di Taiwan? Perkara ini tidak mustahil berlaku lagi kerana jiwa ultra kiasu mereka sudah lama bersarang dalam sanubari melalui pendidikan yang telah diperolehi.

Lebih ultra lagi, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) sebelum ini bersungut mengenai komposisi dalam senarai anggota Kabinet yang didakwa tidak banyak membariskan wakil daripada kaum Cina untuk menyelesaikan masalah mereka.

Persoalan saya, di manakah kita berada? Perlukah sangat menteri Cina untuk jaga orang Cina? Adakah selama ini menteri Melayu tidak menjaga orang Cina? Siapa yang perlu menjaga siapa? Siapa yang harus mengenang budi dan membalas jasa siapa?

Di China dan India, siapakah yang mewakili Cina (India) Muslim di sana untuk mendengar masalah mereka? Sedarkah kita betapa beruntungnya bukan Melayu di negara bertuah ini?

Dengan sebab itu, saya amat risau idea menjadikan BN satu parti. Kita mungkin bersangka baik. Orang lain bagaimana? Bahayanya, apabila undian dijalankan, sudah tentu undi UMNO (Melayu) hanya ada satu, berbanding 12 wakil parti komponen yang lain. Hanya UMNO sahaja yang akan bercakap soal kepentingan Melayu (Islam). Itupun jika semua faham. Ada segelintir dalam UMNO yang telah mati hati Melayunya kerana dikaburi oleh wang yang digula-gulakan oleh ultra kiasu.

Selain itu, apa yang tergambar dalam fikiran ultra kiasu ini? Bila idea ini dibangkitkan, ultra kiasu tanpa melihat kedudukan mereka, mengeluarkan kenyataan, Timbalan Perdana Menteri (TPM), paling kurang mesti ada tiga iaitu TPM mewakili Sabah Sarawak, Cina dan India. Yang peliknya, orang Sabah dan Sarawak tidak pula kedengaran membincangkannya dengan serius!

Kenapa ultra kiasu di Semenanjung begitu obsess dengan jawatan TPM? Kenapa tidak sebut sahaja perlu ada jawatan 3 jenis PM?

Dalam kepala otak mereka, tidak ada perkara lain, soal bangsa, bangsa, bangsa. Bagaimana dengan Orang Asli dan etnik minoriti yang lain? Berapa banyak jawatan TPM hendak diwujudkan untuk memuaskan hati semua pihak.

Pada saya, yang paling layak untuk jadi TPM adalah orang Melayu, Orang Asli dan wakil Sabah serta Sarawak. Titik. Kedudukan mereka begitu jelas. Mereka layak menjadi TPM untuk Malaysia, kerana mereka tahu dan faham sejarah Malaysia. Mereka menyahut agenda kebangsaan dan bahasa Malaysia mereka tip-top. Yang lain belum tentu.

Cuba intai-intai perbahasan ultra kiasu dalam Dewan Rakyat selepas ini. Kalau boleh, kita tidak mahu dengar lagi kata-kata; "Tuan Speaker, dengan izin". Hanya kerana mereka tidak terjumpa atau terlintas perkataan dalam BM.

Sebagai menghormati negara ini berasaskan kepada ketuanan Melayu dan Islam, tidak salah jika jawatan PM dan TPM hanya dikhususkan untuk orang Melayu (Islam). Jawatan lain, kongsilah dengan bangsa lain. Perkara ini adalah biasa dan lumrah. Apakah bukan Melayu tidak belajar daripada Singapura. Pernahkah jawatan menteri kanan (perkhidmatan awam) diserahkan kepada orang Melayu walaupun Singapura itu negara berasaskan ketuanan Melayu (Islam). Janganlah hipokrit.

Saya yakin selepas bosan jadi TPM, mereka menuntut untuk menjadi PM pula. Sekarang ini memanglah mereka berkata kononnya tidak berminat.

Agenda Melayu (Islam) mesti diteruskan. Jati diri mesti diperkasakan. Melayu tidak boleh hanyut dalam arus sekular. Hati Melayu tidak boleh mati. Ini kerana bangsa lain, tidak pernah cairkan identiti mereka atas semangat 1Malaysia. Misalnya, aktiviti belia dan sukan. Identiti atau jati diri apakah yang akan mengakari? Di manakah kedudukan kebudayaan kebangsaan, cara berpakaian dan sebagainya. Tidak cukup sekadar menyanyi lagu IM4U. Tidak ke mana, jika kita tidak bertegas dalam soal jati diri.

PROF. MADYA DR. MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH
Ketua Program Pengajian Kenegaraan, Kepimpinan dan KetamadunanFakulti Pengajian Pengurusan dan PertahananUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia


NIK AZIZ TAK KATA APA PUN... OK AJE...

Anwar dan DAP merosakkan Pas



KUALA LUMPUR 3 Jun - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP telah merosakkan pendirian dan manhaj Pas yang mendidik ahli-ahlinya supaya reda dengan ketentuan Allah SWT.

Aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin berkata, ahli-ahli Pas telah menghayati pendirian dan mengamalkan manhaj itu sejak Pilihan Raya Umum Pertama lagi.

Sebab itu katanya, tidak timbul sebelum ini Pas menganjurkan gerakan di jalanan untuk memprotes keputusan pilihan raya umum.

Jelasnya, kebanyakan ahli parti yang turut terjerumus dalam gerakan tersebut dan menyertai siri perhimpunan haram, adalah mereka yang baru memasuki Pas malah ada di antara mereka sekadar penyokong parti sahaja.

"Mereka menyertai Pas atas alasan tertentu tanpa mengikuti program-program parti seperti usrah dan tamrin, jadi mereka hanya menjadi penyokong tegar umpama tin kosong tanpa pengisian serta taujihad perjuangan yang jelas.

"Tidak dinafikan ramai dalam kalangan mereka menyertai Pas semata-mata kerana kebencian terhadap UMNO hasil momokan berterusan daripada pelbagai sumber," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian beberapa pemimpin kanan Pas yang menolak kaedah politik ganas bagi menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat secara sah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Pendirian itu disuarakan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din; Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib; Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah; Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa.

Menurut Mohd. Riza, ahli-ahli Pas yang sering mengikuti program tarbiah haraki seperti usrah dan tamrin sentiasa mendengar nasihat serta patuh kepada arahan parti.

Kata beliau, ahli Pas di semua peringkat wajar menyambut baik seruan badan tertinggi parti yang membantah dan menolak segala bentuk cubaan menggulingkan kerajaan melalui protes jalanan.

"Biarkan sahaja kumpulan 'sakit jiwa' yang diketuai Anwar dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang terus meroyan bagaikan hilang akal," ujarnya.

Mohd. Riza memberitahu, ahli-ahli Pas semakin sedar tentang penipuan dan manipulasi berhubung PRU-13 yang sengaja dimainkan oleh Anwar.

"Sebenarnya mereka melihat permainan Anwar ini sebagai sesuatu yang sangat berbahaya dan bermotif sangat jahat.

"Mana mungkin dalam siri ceramah jalanannya Anwar melemparkan pelbagai tuduhan liar terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi tidak melaporkannya semasa membuat laporan polis. Adakah ini tidak pelik?," katanya.

Menurut beliau, Pas kini memikul ujian berat untuk menolak segala anasir yang boleh menjurus kepada rusuhan kaum dan menggugat kestabilan negara.

"Pas wajib menolak segala perhimpunan anjuran 'Bapa Kekecewaan Negara' iaitu Anwar dan sekutunya Kit Siang," ujarnya.

Mohd. Riza juga menyeru ahli-ahli Pas menghormati saranan dan nasihat pemimpin kanan parti dengan tidak menyertai perhimpunan haram di Kelantan pada 12 Jun ini.
 

MANA LAPORAN POLIS 40,000 PENGUNDI HANTU?

Hanya propaganda jahat pembangkang

A.K.M. Atiqur Rahman ketika mengadakan sidang akhbar mengenai isu pengundi hantu warga Bangladesh di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari

KUALA LUMPUR 3 Jun - Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman menyifatkan dakwaan kemasukan kira-kira 40,000 rakyat negara itu sebagai pengundi hantu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu sebagai tidak masuk akal dan jelas merupakan propaganda jahat parti pembangkang.

Jelasnya, adalah amat mustahil untuk membawa masuk seramai 40,000 rakyat Bangladesh dalam tempoh yang singkat seperti yang didakwa pembangkang termasuk di laman media sosial.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak pernah menerima sebarang maklumat ada warganegara mereka yang didapati telah mengundi pada hari pengundian.

"Saya yakin tuduhan itu direka oleh mereka yang berkepentingan dengan memberi gambaran serta maklumat yang salah.

"Diharapkan, semua pihak dapat berhenti daripada terus menyebar khabar angin itu sama ada dalam media cetak, elektronik mahupun di media sosial serta tidak perlu lagi mengaitkan Bangladesh dalam isu domestik Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas berhubung tuduhan rakyat Bangladesh menjadi pengundi hantu dalam PRU-13 di pejabatnya di sini hari ini.

Sebelum PRU-13 lalu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya lebih 40,000 pengundi hantu telah dibawa dari Bangladesh menaiki pesawat komersial untuk mengundi.

Malah, media sosial propembangkang terus menggunakan dakwaan jahat itu sehingga ramai warganegara Malaysia sendiri telah menjadi mangsa fitnah apabila dituduh sebagai pengundi hantu kerana wajah mereka memiliki mirip seperti orang Bangladesh.

Namun, sehingga kini, Anwar dan pembangkang belum membuat sebarang laporan polis berhubung dakwaan itu sebaliknya hanya membuat laporan berhubung isu dakwat kekal.

Dalam pada itu, Atiqur Rahman memberitahu, pihaknya bersedia untuk menerima sebarang bukti jika ada warga Bangladesh yang menjadi pengundi.

Sementara itu, beliau juga menjelaskan, dakwaan jahat tersebut juga telah meningkatkan ancaman kepada warga mereka yang tidak bersalah selain memberi imej negatif kepada negara Bangladesh secara tidak adil.
 

SAMPAI BILA NAK DIBIAR?

Anwar rancang cetus huru-hara?
Oleh HUSSAINI AMRAN

Ng Lum Yong

KUALA LUMPUR 3 Jun - Kekecohan dan huru-hara dijangka berlaku dalam salah satu daripada lima demonstrasi jalanan yang dirancang oleh pembangkang bulan ini.

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, maklumat tentang perancangan itu diperolehinya daripada sumber dalaman pembangkang.

Beliau mendakwa, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang mencetuskan suasana huru-hara itu bagi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

"Walaupun pakatan pembangkang mendakwa mereka berhimpun secara aman, kita khuatir insiden tidak diingini seperti letupan akan berlaku sehingga mengakibatkan peserta demonstrasi tercedera.

"Anwar seterusnya akan menyalahkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO sebagai dalang di sebalik insiden tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lum Yong mengulas kenyataan Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor yang mendakwa Anwar menganjurkan perhimpunan haram di seluruh negara kerana mahu mengalihkan tumpuan rakyat daripada tiga perkara yang paling ditakutinya.

Tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau.

Tambah Lum Yong, Anwar merancang untuk melakukan sesuatu yang drastik apabila menyedari momentum perhimpunan haram yang dianjurkannya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin berkurangan.

"Anwar akan tetap meneruskan perancangannya walaupun tidak mendapat persetujuan daripada Pas dan Bersih," ujarnya.

Beliau juga berpandangan, motif utama Anwar menganjurkan siri perhimpunan haram adalah untuk memuaskan keghairahannya menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar memberitahu, rakyat mahu melihat kerajaan bertindak tegas untuk mengekang perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang.

"Kita tidak sepatutnya membiarkan Anwar terus membohongi rakyat dengan tuduhan palsu terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi siri perhimpunan haram," ujarnya.

Jelas beliau, tindakan Anwar selepas PRU-13 tidak menghairankan kerana segalanya telah dirancang 
sejak sekian lama.


Belum sampai masa BN jadi parti tunggal berbilang kaum - Dr. M








Dr. Mahathir

YOGYAKARTA 3 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, belum sampai masanya bagi Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia. Bekas Perdana Menteri itu berkata, pendekatan terbaik pada masa ini ialah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.

"Kita tak boleh ketepikan parti-parti yang mewakili kaum mereka. Walaupun dalam BN terdapat parti-parti yang berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya parti yang mendakwa dirinya sebagai berbilang kaum juga didominasi oleh satu kaum sahaja.

"Kalau kita lihat parti Gerakan sebagai sebuah parti berbilang kaum, tapi ia dikuasai oleh orang Cina, jadi belum sampai masa kita boleh ketepikan kaum dan kita adakan satu parti," katanya di sini hari ini.

"Kita lihat DAP umpamanya dikatakan berbilang kaum, tapi sebenarnya dikuasai oleh orang Cina. Demikian juga dengan PKR dikuasai oleh orang Melayu.

"Jadi biasanya, walaupun diadakan satu parti berbilang kaum, satu-satu kaum akan mendominasi dan ini tidak menjadikannya sebuah parti berbilang kaum," kata Dr. Mahathir.

Beliau berada di sini kerana memberi syarahan umum mengenai Keamanan Global dan Penyelesaian Konflik sempena perasmian Mahathir Global Peace School di Universiti Muhammadiyah Yogyakarta (UMY).

Dr. Mahathir berkata, BN tidak boleh tergesa-gesa menerima sesuatu cadangan tentang corak dan bentuk parti itu di masa depan, sebaliknya semua cadangan perlu dikaji dengan mendalam akan kesan baik dan buruknya.

Beliau turut ditanya mengenai sama ada BN boleh menerima kemasukan parti-parti pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebagaimana Perikatan pada suatu masa lalu membawa masuk parti pembangkang ke dalam parti gabungan itu.

Dr. Mahathir berkata, BN terbuka kepada parti pembangkang, tetapi mereka mestilah membelakangkan prinsip mereka yang bertentangan dengan perjuangan BN.

Mengenai prestasi UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mahathir berkata, walaupun parti itu menjadi parti terbesar yang menang dalam pilihan raya itu, ia masih berdepan dengan banyak kelemahan.

"Kemenangan UMNO kali ini bukan kerana kekuatan UMNO ataupun perpaduan dalam UMNO, kemenangan UMNO kali ini disebabkan oleh perasaan takut orang Melayu, terutamanya kalau-kalau parti lawan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim bersama dengan DAP mendirikan kerajaan di Malaysia.

"Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberi sokongan kepada UMNO," kata Dr. Mahathir. - BERNAMA