Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 28 February 2011

Model VW Passat lebih murah


Oleh Ahmad Farizal Hajat
2011/02/28 BERITA HARIAN



MODEL Volkswagen Passat akan ditawarkan dengan harga 30 peratus lebih murah apabila ia dipasang di kilang DRB-Hicom. Dipasang di kilang DRB-Hicom, harga ditawar RM154,000 seunit

MODEL pemasangan tempatan (CKD) Volkswagen Passat hasil jalinan pakatan antara DRB-Hicom Bhd dan Volkswagen AG (VW) akan dijual pada harga amat berdaya saing, sekitar RM154,000 seunit, iaitu kira-kira 30 peratus lebih murah berbanding sekitar RM220,000 bagi yang diimport sepenuhnya (CBU).

Model perintis hasil pakatan kerjasama konglomerat automotif Malaysia dan syarikat automotif terbesar Eropah itu akan mula dipasarkan November ini. Sumber industri berkata, penurunan harga itu hasil pengecualian cukai susulan daripada program CKD serta pengurangan kos pengeluaran berikutan penggunaan komponen tempatan, iaitu sekitar 40 peratus. Katanya, meskipun harga bagi Passat CKD itu dikurangkan dengan ketara, namun dari segi kualiti, ia akan tetap mengikut dan menepati spesifikasi pengeluaran antarabangsa VW.

“Buat permulaan, harga Passat yang dipasang dan dikeluarkan di kilang pemasangan milik DRB-HICOM di Pekan, Pahang akan ditawarkan 30 peratus lebih rendah daripada model CBU, sebelum ia dikurangkan lagi secara berperingkat bergantung kepada peningkatan peratusan penggunaan kompo-nen tempatannya.

“Justeru, melihat kepada penurunan harga serta jangkaan sambutan menggalakkan, kami menjangkakan DRB-Hicom akan membuka tempahan bagi model itu selewat-lewatnya dua minggu sebelum pelancarannya di pasaran,” kata sumber industri itu kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, jika DRB-Hicom mampu meningkatkan peratusan kandungan komponen tempatan pada Passat dalam tempoh beberapa tahun akan datang, harga model itu dijangka mampu dikurangkan sehingga mencecah RM130,000 seunit. “Buat permulaan, program CKD Passat itu hanya membabitkan peratusan kandungan komponen tempatan yang kecil, iaitu sekitar 40 peratus, namun DRB-Hicom, menerusi program vendornya, sudah memiliki beberapa strategi untuk meningkatkannya sehingga 60 peratus dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang,” jelasnya.

Program CKD model Volkswagen itu susulan termeterainya perjanjian pelesenan dan pakatan antara DRB-Hicom dan VW pada Disember tahun lalu sehingga membolehkan konglomerat automotif tempatan itu memasang dan mengeluarkan kenderaan jenama Volkswagen di Malaysia.

Perjanjian yang dicapai selepas kira-kira dua tahun berunding itu, akan menyaksikan DRB-Hicom memperkenalkan tiga model Volkswagen dan mengeluarkan kira-kira 30,000 unit kenderaan VW setahun menjelang 2015, sebelum ditingkatkan lagi pengeluarannya kepada 60,000 unit pada 2020.

Volkswagen Passat adalah model sulung yang akan dikeluarkan di kemudahan milik DRB-Hicom itu, sebelum disusuli model Jetta dan satu lagi model yang akan diumumkan kelak.

Selain dipasarkan untuk pasaran tempatan, model Volkswagen yang dipasang DRB-Hicom itu, akan turut dieksport ke negara ASEAN lain mulai 2013.


KOMEN : MEMANG CANTIK DAN MEWAH. KUALITI DAN PRESTASI TERJAMIN.

1 comment:

Onna said...

JOM!!! hehehehehe....