Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 15 August 2014

MH17: 16 mangsa Malaysia dikenal pasti


JOSEPH KURUP

SEPANG 13 Ogos - Enam daripada 16 mangsa Malaysia yang telah dikenal pasti dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 disahkan sebagai beragama Islam, manakala 10 lagi bukan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan tarikh untuk membawa pulang 16 mayat tersebut ke tanah air, esok.

Menurut beliau, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) telah menghantar empat orang wakil ke Belanda untuk membantu menguruskan mayat bukan Islam.

"Empat wakil MCCBCHST ini mewakili agama Buddha, Hindu, Tao dan Sikh dan mereka akan diiringi dua pegawai dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ke Belanda.

"Untuk mangsa beragama Kristian pula, Persekutuan Kristian Malaysia telah menghubungi Majlis Gereja Belanda untuk mendapatkan bantuan gereja tempatan bagi membantu dalam urusan berkenaan," katanya di sini malam ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menemui empat wakil MCCBCHST yang bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Amsterdam, Belanda pada pukul 11.55 malam ini.

Empat wakil MCCBCHST tersebut ialah Presiden Malaysia Hindu Sangam, Datuk Mohan Shan; Presiden Lembaga Pendidikan Punjabi, Sardar Harcharan Singh; wakil agama Tao, Daozhang Tan Bon Sin dan wakil dari Persatuan Buddha Malaysia, Ven Sing Kan.

Joseph berkata, daripada 43 orang rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17, 22 daripadanya merupakan bukan Islam iaitu 10 beragama Buddha, Kristian (tujuh), Hindu (tiga), Sikh (dua).

Beliau berkata, perbelanjaan wakil-wakil MCCBCHST di Belanda akan ditanggung oleh Malaysia Airlines (MAS).

"Kerajaan menghormati hasrat ahli keluarga sama ada mereka mahu membawa pulang mayat ke Malaysia atau mahu mengadakan upacara pembakaran di Belanda," katanya.

Sementara itu, jenazah pembantu juruterbang Muhammad Firdaus Abdul Rahim adalah antara 16 mayat warga Malaysia terlibat dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang telah dikenal pasti dan akan dibawa pulang seawal-awalnya minggu depan.

Bapa saudara Muhammad Firdaus, Azman Ibrahim berkata, pihak MAS memaklumkan perkembangan itu kepada ibu dan kakak mangsa yang menetap di Shah Alam, semalam namun masih belum diberikan tarikh sebenar jenazah akan tiba di Malaysia.

"Kami diberitahu jenazah mangsa dikenal pasti menerusi padanan DNA. Kami juga diberitahu keluarga akan dibawa ke Amsterdam untuk mengiringi jenazah balik ke Malaysia," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140814/dn_08/MH17-16-mangsa-Malaysia-dikenal-pasti#ixzz3ARVCOb9R  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: