Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 1 April 2011

PARLIMEN - ADA SYAITAN TERASA


Bung Moktar gegarkan Dewan lagi
DARI UTUSAN MALAYSIA 1.4.2011


KUALA LUMPUR 31 Mac - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang sejak beberapa hari lalu mencetuskan kemarahan wanita akibat kritikannya terhadap gaya pemanduan golongan itu, hari ini sekali lagi menggegarkan sidang Dewan Rakyat.

Ia berlaku apabila Bung Moktar beberapa kali menuturkan perkataan 'syaitan' serta 'syaitan bodoh' apabila tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek terhadap soalan yang dikemukakannya.

Dalam soalan asalnya, beliau ingin tahu mengenai cadangan kerajaan dalam menaik taraf jalan di kawasan Parlimennya serta langkah pihak berwajib untuk mengeluarkan masyarakat luar bandar dari kepompong kemiskinan dalam jangka masa panjang.

"Saya cuma bertanya kepada menteri, bagaimana tindakan kerajaan ke arah mempertingkatkan kualiti rakyat dalam memastikan mereka dapat keluar dari kepompong sebab sasaran kita, 2015, tinggal beberapa tahun lagi. Saya minta penjelasan, saya tanya kepada menteri kalau ada bisikan-bisikan syaitan di pagi ini.

"Hari ini banyak syaitan biasa, syaitan akan direjam Allah. Saya tidak marah, kalau seseorang berhujah orang mengangguk itu dipanggil macam syaitan," katanya.

Ekoran kata-kata itu, sidang Dewan terpaksa ditangguhkan selama kira-kira 15 minit apabila Khalid Abd. Samad (Pas-Shah Alam); M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) bangkit membantah perbuatan Bung Moktar.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut menasihatkan Bung Moktar supaya menjaga kemuliaan Dewan dengan tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

"Apa yang tidak betul sama ada dari saya atau menteri tetap tidak betul jangan dipakai, saya berharap perkara ini tidak berlaku lagi kerana kalau keluar juga, ini bermakna seperti peraturan (Dewan) kita sudah masuk ke dalam tong sampah," katanya.

KOMEN : BUNG KATA HARI INI ADA BANYAK SYAITAN. TETIBA ADA ORANG KEPANASAN DAN ANGKAT BONTOT UNTUK MEMBANTAH... BUNG KATA ITU DIA SYAITAN ANGGUK-ANGGUK... DIA TAK MARAH PUN. PARLIMEN TERPAKSA MEMBUANG MASA SELAMA 15 MINIT UNTUK MEREDAKAN KEADAAN... ALMAKLUMLAH SYAITAN TENGAH MENGAMUK. KENAPA PERLU TERASA SANGAT??????

No comments: