Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 27 April 2011

PEGAWAI DIUGUT KES TERUS TUTUP

Pegawai SPRM diugut – Shafik
Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my
27.4.2011




EAN YONG HIAN WAH, Ahmad Shafik




KUALA LUMPUR 26 April – Seorang pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu ekoran kematian Teoh Beng Hock, SPRM bukan sahaja tidak mendapat kerjasama saksi untuk meneruskan siasatan, malah pegawainya turut menerima ugutan.

Ekoran itu juga, tiada bukti dapat menunjukkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah terlibat dalam penyalahgunaan wang peruntukan Kerajaan Negeri Selangor.

Perkara itu dinyatakan oleh Pemangku Penguasa Kanan, Ahmad Shafik Abdul Rahman @ Alwee, 32, pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Beng Hock di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di sini hari ini.

Beliau yang bertugas di Unit Pemeriksaan dan Perundingan di Putrajaya telah mengambil alih siasatan terhadap Hian Wah daripada pegawai penyiasat SPRM Selangor, Mohd. Anuar Ismail pada 27 Ogos 2009 berikutan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu.

‘‘Tiada siasatan berkaitan dengan tandatangan Beng Hock di bawah cop Hian Wah kerana selepas kematian Beng Hock, keterangannya tidak dapat diambil.

‘‘Dokumen termasuk fakta kes dirujuk kepada Tuan Hishamuddin (bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim) dan beliau arahkan siasatan lanjut berhubung kes tersebut. Tetapi disebabkan kematian Beng Hock, tiada kerjasama saksi, siasatan diganggu dan ada pegawai-pegawai SPRM yang diugut,’’ jelas beliau.

Ahmad Shafik turut mengesahkan bahawa tiada sebarang keterangan yang membabitkan Hian Wah selain tiada bukti mencukupi untuk mendakwa beliau mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Kata beliau, kerja-kerja bagi empat projek yang dituntut oleh Hian Wah juga didapati telah siap dan dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan selain tiada tuntutan melampau ditemui dalam siasatannya.

Berikutan itu, jelas Ahmad Shafik, pihak SPRM mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya supaya siasatan terhadap kes tersebut dihentikan.

Berhubung kemasukan wang ke dalam akaun DAP, kata Ahmad Shafik, siasatan mendapati ia adalah tuntutan semula walaupun beliau tidak dapat memadankan 50 keping resit yang diserahkan oleh pegawai parti politik itu dengan projek- projek yang dilaksanakan.

Beliau turut mendapat arahan agar siasatan lanjut terhadap pembayaran kepada DAP tidak perlu dilakukan dengan alasan ia tiada kaitan dengan kes yang disiasat di bawah Seksyen 18 akta tersebut.

Semasa menyentuh tentang pendahuluan yang diberikan oleh DAP, anggota Suruhanjaya Siasatan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman menegur: ‘‘Tidak mungkin kontraktor tidak ada RM1,800 untuk mulakan projek sehingga terpaksa pinjam daripada DAP. Kalau saya kontraktor itu, saya akan merasa malu. Macam mana mahu raih projek yang lebih besar.’’

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik Exco Selangor, Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam dekat sini.

KOMEN : BERKUASA BETUL CINA DAP NI KAT MALAYSIA, SAMPAI BOLEH MENGUGUT PEGAWAI YANG MELAKUKAN SIASATAN DAN KES PUN DIGUGURKAN. SENANG CAKAPLAH ASAL CINA BERI DAN TERIMA RASUAH MESTI KONSPIRASI KERAJAAN UMNO YANG BUAT. TBH MATI TERJUN BUNUH DIRI PUN KONSPIRASI UMNO SEBAB PEGAWAI YANG MENYIASAT TU ORANG MELAYU.... ASAL YANG BERKAITAN DENGAN MELAYU, CINA DAP BOLEH UGUT. KOMUNIS RASIS DAP NI.

No comments: