DARI UTUSAN MALAYSIA
19.4.2011
KUALA LUMPUR 18 April - Penolakan orang Cina terhadap Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 bukan disebabkan dasar Barisan Nasional (BN) tetapi berpunca daripada kegagalan parti komponen yang mewakili kaum itu memahami denyut nadi mereka.
Pada masa yang sama, penolakan orang Cina terhadap BN juga disebabkan kegagalan parti-parti komponen seperti MCA, Gerakan dan SUPP menangkis serangan berunsur sentimen perkauman yang dipalu oleh DAP sejak 2008 dan berterusan hingga Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd. Zahid Md. Arip (gambar) berkata, jika dasar BN ingin dijadikan 'kambing hitam', mana mungkin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mampu meraih kemenangan total, selain sokongan masyarakat bumiputera dan kaum India terhadap BN makin meningkat.
"Parti komponen BN yang mewakili orang Cina harus bermuhasabah mengapa mereka ditolak oleh masyarakat Tionghua dan bukannya cuba menyalahkan dasar BN. Tanya diri sendiri, apakah selama ini mereka yang mewakili SUPP, MCA dan Gerakan ini sentiasa turun padang untuk memahami denyut nadi rakyat atau tidak?.
"Dasar perkongsian kuasa BN tidak ada celanya. Dasar ini dibina atas semangat kejujuran bukannya perkauman. Ia terbukti apabila Perdana Menteri tetap melantik pemimpin parti komponen dalam barisan Kabinet meskipun pada 2008 parti-parti ini kalah teruk," katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan beberapa pemimpin parti komponen BN yang mewakili masyarakat Cina, bertindak menyalahkan dasar BN sebagai salah satu punca mengapa pengundi Tionghua di Sarawak menolak SUPP sehingga menyebabkan parti tersebut mengalami kekalahan terburuk.
Selain hanya sekadar mampu menang enam daripada 19 kerusi ditandingi, Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini juga turut menyaksikan kekalahan Presiden SUPP, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam kepada calon muda DAP, Ling Sie Kiong, dengan majoriti 1,582 undi.
Mengulas lanjut, Mohd. Zahid berkata, parti seperti MCA, Gerakan dan SUPP perlu merombak semula pendekatan politik mereka jika tidak mahu dikuburkan oleh pengundi Tionghua menjelang pilihan raya umum akan datang kerana sehingga sekarang semua pendekatan parti tersebut gagal mengembalikan sokongan rakyat.
Katanya, semua pemimpin parti komponen yang mewakili masyarakat Cina perlu turun padang bagi membetulkan persepsi kaum tersebut agar timbul perasaan bersyukur di kalangan mereka kerana mampu menikmati kehidupan yang jauh lebih baik berbanding nasib orang Cina di negara lain.
Dalam pada itu, beliau juga menyeru semua parti komponen agar berlapang dada dan tidak terlalu jumud dalam soal perkongsian kuasa, sehingga tidak boleh bertolak ansur antara satu sama lain berhubung kerusi yang patut ditandingi pada pilihan raya umum akan datang meskipun sedar bahawa kemenangan tidak berpihak kepada mereka.

KOMEN : ADAKAH PEMIMPIN-PEMIMPIN PARTI MCA, GERAKAN DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA AKAN MENGAKU KELEMAHAN MEREKA? SEJAK BILA MEREKA TIDAK PERNAH MENYALAHKAN DASAR-DASAR BN YANG MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA RAKYAT (UMPAMA MENYINDIR YANG DASAR TU SEMUANYA DATANG DARI UMNO TANPA PERSETUJUAN DARI MEREKA). SUDAH BEBERAPA PRK DAN PRN BERLANGSUNG SEHINGGA KINI TETAPI APAKAH PERANAN DAN SUMBANGAN YANG TELAH MCA DAN GERAKAN BERIKAN? PERLANTIKAN MEREKA YANG KALAH DIDALAM KABINET JUGA TIDAK DAPAT MENGEMBALIKAN SOKONGAN ORANG CINA PADA BN. APA SEBENARNYA YANG ORANG CINA MAHUKAN???
No comments:
Post a Comment