Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 20 April 2011

KEBERANIAN UMNO/MELAYU DITUNTUT


Hentikan amalan kuota calon
HANIZA AHMAD
Muar, Johor



SAYA terpanggil untuk mengulas tentang keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini. Ternyata para pengundi Cina menunjukkan sokongan padu kepada DAP. Namun pada saya ini ada hikmahnya.

Pertama: UMNO sudah boleh dengan berani dan jelasnya meletakkan calon Melayu di tempat majoriti Melayu tanpa perlu bermurah hati memberikan kuota kepada parti-parti komponen lain yang tidak perform. Jika kembali mahu dicalonkan haruslah menunjukkan keberhasilan di pihak mereka juga.

Kedua: Tidak ada lagi apa yang dikatakan pembahagian kuota pada satu-satu pilihan raya. Ertinya, jika Pulau Pinang kembali kepada Barisan Nasional (BN) dan orang-orang Melayu yang memberi kemenangan tersebut, maka Pulau Pinang akan diterajui oleh UMNO.

Ketiga: UMNO tidak lagi perlu terlalu mengikut kehendak MCA dan Gerakan yang pelbagai dan kadang-kadang melampau. UMNO sudah boleh membuat keputusan mereka sendiri atas kepentingan negara sahaja.

Kepada orang-orang Melayu yang masih juga ingin menjadi barua DAP, anda akan berhutang dengan hampir keseluruhan umat Melayu yang sayangkan agama Islam dan bangsanya.

Kepada Nik Aziz yang menerima salam persaudaraan daripada Lee Kuan Yew, kroni Lim Kit Siang dan kroni Karpal Singh dengan mesra, sambil menolak salam persaudaraan daripada saudara seagama yang berlainan parti politik, kamu akan berhutang selama-lamanya dengan kami, orang-orang Melayu yang sayangkan agama Islam dan bangsa Melayu. Apakah kamu tidak nampak atau sengaja membutakan hati?

Kamu tidak bangga menjadi orang Melayu. Berbeza dengan saya yang bangga menjadi orang Melayu walaupun nenek berbangsa Cina. Melalui kesetiaan dan kesedaran orang Melayu lah maka agama Islam sampai ke tanah ini, sehingga semua Melayu itu adalah Islam pada hari ini.

Kamu mendoakan keburukan bagi pemimpin kami, mengkafirkan kami dan menjahiliyahkan kami sedangkan lidah kami mengucap syahadah, solat lima waktu setiap hari, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan diterima menjadi tetamu Allah di Mekah bagi menunaikan haji. Namun kami tetap mendoakan kebaikan sahaja bagi kamu.

Saya cuma doakan hati dan fikiranmu dibukakan Allah kepada kebenaran yang nyata. Hilangkan dendam kesumat kepada UMNO.

Orang-orang Melayu dalam UMNO hari ini sudah punya kesedaran bahawa tidak ada satu kaum pun di Tanah Jawi ini yang boleh memayungi orang-orang Melayu kecuali UMNO. Bukan Pas yang boleh diperkudakan, digunakan dan dihenyak pijakkan DAP; yang berbondong-bondong mengibarkan bendera DAP dengan megah; rela berbaring atas jalan raya bagi menghalang Sultan mereka sendiri demi kerajaan boneka Pas yang dimiliki empayar keluarga Nga dan Ngo.

Tentulah juga bukan PKR yang sekejap ke kiri sekejap ke kanan yang tidak dapat dipastikan arahnya kecuali demi kelangsungan seorang manusia biasa dengan masalah moral yang bertan-tan beratnya. Walaupun kamu membutakan hati terhadap kebenaran yang kamu juga mohon daripada Allah, terpulanglah...

KOMEN : SELAMA INI ORANG MELAYU YANG MENYOKONG UMNO HANYA DIAM MEMBISU MELIHAT GELAGAT PEMBESAR-PEMBESAR UMNO MELAYAN TUNTUT KAUM CINA DARI SEKOLAH VERNECULAR HINGGALAH KEPADA TUNTUTAN YANG TIDAK MASUK AKAL. ADA PULA WAKIL YANG KALAH DILANTIK KEDALAM KABINET SEMATA-MATA UNTUK MENJAGA HATI ORANG CINA. MASALAHNYA HATI ORANG MELAYU YANG SEPATUTNYA DIBELAI HANCUR DIHIRIS SAKIT BAGAIKAN TIADA HARGA. SIAPA PULA YANG NAK MENGUBATI HATI ORANG MELAYU YANG TERHIRIS?

2 comments:

Onna said...

Assalam sayang daddy,

Selalunya macam itulah... adat dunia.. hati orang yang ambil berat yang sayang itulah yang dihancurkan.. sama jugalah dalam dunia politik ni.. hati pengundi melayu yang mengundi ahli politik berkenaan dihancur luluhkan semata2 nak mengambil hati pengundi cina yang memangkah parti selain BN... macam2 diberikan dan disogokkan.. umpana susukan kera dihutan, anak dirumah mati kelaparan... entah sampai bila keadaan ini akan berlarutan.. dah tu mintak kita org melayu ni berpikir aje... jangan tak undi UMNO... yang pemimpin UMNO ni takder otak ke... sebab dia tak pikir...dia soh kita yang pikir... cer citer cer citer...

AJAI62 said...

Assalam Syg Mum

Susahnya rakyat dipaksa dengar dan terima apa saja tindakan pemimpin. tetapi pemimpin sebab ada keegoan yang tinggi tidak akan mendengar keluhan dan rintihan rakyat terutama orang Melayulah sebab cina dah jadi rakyat yang tak pernah berterima kasih. Itu pasal PRU 12 kalah teruk. Takanlah PRU 13 pun nak kalah lagi teruk...?