Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 18 April 2011

Hamilton sekat dominasi Vettel







BANGGA... Hamilton menjulang trofi selepas menjuarai GP China semalam.



SHANGHAI – Pelumba sensasi McLaren, Lewis Hamilton menyekat penguasaan Red Bull dan pelumbanya, Sebastian Vettel daripada mencipta kejuaraan hatrik musim ini dengan menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) China di Litar Antarabangsa Shanghai semalam.

Sebaliknya, Vettel yang menjuarai GP Australia dan Malaysia sebelum ini terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan ketinggalan 5.1 saat di belakang Hamilton yang merekodkan masa 1 jam 36 minit 58.226 saat.

Ini merupakan kekalahan pertama Vettel selepas lima perlumbaan berturut-turut termasuk dua perlumbaan pada musim lalu.

Rakan sepasukan Vettel, Mark Webber pula menduduki tempat ketiga walaupun terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-18.

Hamilton bagaimanapun dicemaskan dengan insiden enjin ‘meragam’ sebelum perlumbaan tetapi kemudiannya berjaya mengawal keadaan, sekali gus mengelakkan diri daripada terpaksa memulakan perlumbaan menerusi hentian pit.

“Enjin kereta tiba-tiba gagal dihidupkan. Tetapi mujur segala-galanya berjalan lancar selepas itu. Memang menakjubkan,” kata Hamilton.

Berikutan insiden itu, mekanik McLaren terpaksa bertungkus-lumus dalam tempoh tidak sampai seminit memperbaiki enjin kereta Hamilton.

Sebaik Hamilton menyertai pelumba lain di garisan permulaan, dia hanya satu saat sahaja lebih cepat daripada masa yang dibenarkan.

Dengan kemenangan itu, Hamilton, 26, akhirnya meraih kejuaraan pertama sejak kali terakhir melakukannya pada GP Belgium, Ogos tahun lalu.

Di samping itu, pelumba Britain ini menjadi pelumba pertama pernah menang dua kali di GP China sejak perlumbaan F1 mula diadakan di negara itu pada 2004. Kali pertama Hamilton menang ialah pada 2008.

Vettel yang memulakan perlumbaan di petak depan semalam bagaimanapun hanya mampu mengucapkan tahniah kepada McLaren dan Hamilton.

“Mereka melakukan kerja rumah yang bagus,” kata Vettel yang menganggap kekalahannya berpunca daripada strategi di hentian pit.

– Reuters

No comments: