Hassan Mohd Noor
DARI UTUSAN MALAYSIA
11.4.2011
Poster yang tertera 1Malaysia vs 3 Malaysia yang dipasang di Jalan Padungan, Kuching.
Sebut pasal Pulau Pinang, teringat isu flat Rifle Range atau Flat Padang Tembak. Menyelak kembali kenangan lalu, dua puluh lima tahun lalu, ketika mula-mula mengenali dunia pekerjaan di negeri itu, penulis pernah menumpang tinggal bersama Abang Chak (sepupu) di salah satu blok flat ini. Hari-hari naik bas MPPP atau ‘bas hijau’ ke tempat kerja di Jalan Argyll. Waktu pagi, ada kanak-kanak yang naik dari satu tingkat ke satu tingkat sambil melaungkan nasi...lemak...kuih....kuih.
Waktu malam ketika pulang, singgah beli mi kuah di gerai Melayu yang menumpang di restoran Cina. Begitulah kehidupan di flat Padang Tembak yang rata-rata penghuninya bukan orang senang. Tetapi ketika itu era Dr. Lim Chong Eu.
Kini di bawah era Lim Guan Eng. Baru-baru ini beliau gelabah sikit apabila mendapat tahu pemimpin 1Malaysia akan turun padang ke Padang Tembak. Guang Eng terpa ke sana untuk melawat flat itu. Semuanya gara-gara pengundi ‘menyanyikan’ lagu mana janji mu. Dulu, pada 2007 sebelum pilihan raya, Anwar Ibrahim pernah berkempen. Katanya:‘‘Saya cakap kalau piihan raya umum bulan 12, kalau PKR menang bagi saya satu bulan sama-sama dengan DAP dan Pas, bagi saya satu bulan saja, saya kasi bersih dan cat seluruh Padang Tembak”. (Selak isu ini dalam YouTube)
Tetapi dah masuk 37 bulan, jangankan cat, berus pun belum ada. Yang ada hanya slogan CAT (competency, accountability, transparency) kerajaan negeri. DAP pula seperti ‘cuci tangan’ dengan janji Anwar malahan menawarkan kepada orang lain ‘menjilat ludah’ mereka. Padahal DAP, PKR, Pas menggelarkan diri pakatan rakyat tetapi hakikatnya di kalangan mereka ada yang lontar batu sembunyi tangan.
Betullah kata sahabat saya: Kalau ini macam punya kelentong rakyat, depa ada pakat ka? Depa auta penduduk, sana sini auta, penduduk akhirnya susah.
Itu baru sekelumit janji. Entah bagaimana dengan janji Buku Jingga? Harap-harap Buku Jingga tidak bertukar menjadi janji peringkat jingga (istilah amaran tahap bahaya satu-satu bencana).
Apa pun Selak tertarik dengan kenyataan seorang penduduk Padang Tembak dalam Buletin Utama TV3 baru-baru ini. Lebih kurang begini: ‘‘Tipu pun lima tahun saja, tak boleh lama punya...lima tahun dia habis ...hantar balik kampung’’.
Seorang lagi berkata: ‘‘Bukan sikit punya tipu, cakap pandai bikin tak boleh’’.
Ada pula yang kata: ‘‘Kalau tak boleh bikin jangan cakap, kalau sudah cakap mesti mau bikin’’. Janganlah perguna kuasa rakyat semasa pilihan raya kerana akhirnya pengundi akan sengsara.

KOMEN : SEBAB TU PUAK PEMBANGKANG TIDAK AKAN BUBAR DUN KALAU NAJIB NAK ADAKAN PILIHANRAYA MALAYSIA KE 13 DALAM MASA TERDEKAT NI SEBAB TAKUT DAN MASIH TAK PUAS MENIPU DAN KELENTONG RAKYAT SAMPAI SENGSARA. BANYAK LAGI HARTA RAKYAT MASIH BELUM DAPAT DITEROKAI UNTUK MENGKAYAKAN DIRI DAN KAUM KERABAT MEREKA.... BUKAN AJE TIPAH YANG TERTIPU TAPI SELURUH RAKYAT YANG MENYOKONG PUAK PEMBANGKANG TURUT TERTIPU....
No comments:
Post a Comment