Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 28 April 2011

Wang rakyat untuk pembangunan negeri, bukan bertujuan kempen politik


DARI UTUSAN MALAYSIA
28.4.2011




SHAH ALAM 27 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri menyifatkan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyalahgunakan kuasa apabila menggunakan wang rakyat berjumlah RM600,000 untuk mengadakan kempen politik parti pembangkang.

Yang Dipertuanya, Abdullah Mansor berkata, penggunaan wang tersebut menunjukkan Kerajaan PKR Selangor, DAP dan Pas tidak bertanggungjawab selain cuba mencampuradukkan urusan pentadbiran negeri dengan politik.

"Sekiranya mereka hendak mengadakan kempen mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mereka boleh buat di peringkat parti dan menggunakan kewangan sendiri, bukannya wang rakyat.

"Wang rakyat adalah untuk pembangunan negeri, bukan untuk PKR, DAP atau Pas. Tindakan kerajaan negeri ini adalah salah guna kuasa dan bertentangan dengan amalan pentadbiran yang baik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sambil menyelar tindakan kerajaan negeri itu, Abdullah tidak menolak kemungkinan kempen yang akan diadakan itu adalah agenda parti pembangkang untuk menyemai rasa benci rakyat terhadap Kerajaan Persekutuan.

Katanya, ISA sebenarnya tidak membawa masalah kepada rakyat sejak ia diperkenalkan 51 tahun lalu sebaliknya secara keseluruhannya memberikan kesejahteraan dan keselamatan kepada rakyat dan negara sehingga hari ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Abdul Shukor Idrus meminta rakyat menilai sendiri tindakan PKR Selangor yang terus 'menyedut' dana negeri bagi kepentingan agenda politiknya di negeri ini selepas menyalahgunakan wang rakyat untuk melancarkan kempen Buku Jingga pada Mac lalu.

"Kita minta rakyat lihat sendiri, kalau sebelum ini mereka gunakan duit rakyat untuk lancarkan Buku Jingga, sekarang mereka gunakan jalan mudah iaitu kempen mansuhkan ISA,'' katanya.

Abdul Shukor berkata, kerajaan negeri ternyata sudah tidak mempunyai idea untuk membangunkan negeri dan membantu rakyat.

Sebaliknya beliau berkata, pentadbiran Abdul Khalid kian galak menyalahgunakan dana milik rakyat bagi tujuan persediaan ke arah pilihan raya umum.

"Ini betul-betul salah guna wang rakyat sedangkan dalam masa yang sama mereka gagal membangunkan negeri. Apa yang boleh rakyat banggakan dengan kerajaan negeri sekarang selain daripada program air percuma?" soalnya.

KOMEN : SONGLAP LAGI... MASALAH SALAH GUNA KUASA KERAJAAN PAKATAN SELANGOR SEMAKIN MENJADI-JADI. MEREKA SEPERTI BERADA DIKEDUDUKAN YANG LEBIH TINGGI DARI UNDANG-UNDANG. MEREKA TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN DIANTARA KERJA-KERJA KERAJAAN DAN AGENDA PARTI MEREKA.

2 comments:

hafiz said...

Duit tu better bagi kat rakyat Selangor, ni membazir buat apa..

AJAI62 said...

Assalam

Bro Hafiz. Macamana duit rakyat boleh digunakan untuk menentang undang-undang kerajaan Malaysia? Bayar duit peguam Adun derhaka dll. Memerintah macam mak bapak dia punya duit..