Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 18 April 2011

ADAKAH MCA DAN GERAKAN MASIH RELEVAN ?


Kemenangan DAP wajar diberi perhatian serius
DARI BERITA HARIAN ONLINE
2011/04/18


KUALA LUMPUR: Pertambahan jumlah kerusi dimenangi DAP pada pilihan raya negeri Sarawak kelmarin, boleh disifatkan sebagai lanjutan tsunami politik yang berlaku di Kuching pada 2006 dan perlu ditangani dengan serius, kata Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Justeru, katanya, parti komponen Barisan Nasional (BN) harus menganggap kekalahan beberapa kerusi yang sebelum ini dikuasai BN sebagai pengajaran dan cabaran yang perlu dikaji secara teliti serta ditangani dengan lebih berkesan. “Kita harus memandang serius bahawa fenomena ini memang menjadi cabaran besar kepada BN, khasnya kepada parti komponen yang bertanding di kawasan berkenaan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat GERAKAN di sini, semalam. Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyifatkan penguasaan beberapa kerusi yang sebelum ini dikuasai parti politik tempatan di Sarawak tetapi kini beralih kepada DAP dan PKR, jelas memperlihatkan persepsi bahawa hanya parti tempatan mampu menambat hati pengundi Sarawak sudah tidak lagi relevan.

Mengulas punca penolakan pengundi Cina terhadap calon dari parti komponen BN khususnya Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), beliau berkata, ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan, termasuk dari segi calon.

Walaupun ada calon SUPP adalah bekas wakil rakyat yang sudah banyak menabur jasa kepada penduduk diwakili, katanya, calon muda diketengahkan DAP berjaya mengubah persepsi pengundi terhadap apa yang mampu disumbangkan mereka pada masa depan jika terpilih.

Di KUALA LUMPUR, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata tindakan pengundi Cina memilih calon pembangkang sebagai wakil mereka, terutama di kawasan bandar, dilihat sebagai isyarat kepada MCA dan GERAKAN supaya tidak sambil lewa menangani masalah kaum itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, tidak lama lagi.
“Kekalahan calon BN itu menyaksikan pengundi Cina di kawasan bandar di Sarawak mahukan transformasi kepemimpinan parti itu sendiri. Kehendak pengundi amat penting dan kepemimpinan parti perlu peka mengenai apa yang diutarakan mereka. Begitu juga dengan isu kontroversi membabitkan pemimpin parti, antara penyebab mereka tidak dapat diterima pemilih pada pilihan raya kali ini.

“Pembangunan dan kemajuan di Sarawak begitu memberangsangkan, namun masalahnya ialah janji pemimpin harus dikotakan. Saya lihat kebanyakan pemimpin sudah lama mengemudikan parti dan sudah tiba masanya mereka memberi laluan kepada muka baru seperti diuar-uarkan pembangkang ketika berkempen,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) serta melancarkan kad ahli PPKK 2010-2013 di sini, semalam.

Di GOPENG, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata kekalahan SUPP menggambarkan masyarakat Cina di Sarawak tidak menghargai peranan parti itu yang mewakili kaum mereka.

“Sekiranya keputusan pilihan raya itu dijadikan kayu pengukur, SUPP kini dilihat sudah tidak relevan di kalangan masyarakat Cina di Sarawak.

“Kegagalan dengan undi sebanyak itu juga memperlihatkan seperti tiada sokongan untuk SUPP dan mereka perlu melihat keadaan ini sama ada masih mahu bersama komponen BN atau tidak,” katanya kepada media selepas merasmikan Rumah Warisan Gopeng, di sini, semalam.

KOMEN : GERAKAN DAN MCA TIDAK BERHAK BERSUARA TENTANG KEKALAHAN TERUK SUPP DI SARAWAK. BUKANKAH GERAKAN DAN MCA TIDAK RELEVAN LAGI DI SEMENANJUNG KERANA KALAH TERUK DI PRU 12. NG YEN YEN TU CAKAP IKUT SEDAP MULUT AJE, MCA PUN PATUT MELIHAT SAMA ADA PARTI MEREKA YANG KALAH TERUK LAYAK UNTUK BERSAMA BN DIPRU KE 13 NANTI? SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, ORANG CINA MEMANG TIDAK PERNAH MENGHARGAI JASA KERAJAAN BN YANG TELAH BANYAK MEMBERI KEKAYAAN PADA KAUM MEREKA. MEREKA MEMANG KAUM YANG RASIS...

No comments: