Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 21 April 2011

DEMOKRASI SEMAKIN MAJU DI MALAYSIA



Penulis artikel bertajuk ‘Rakyat yang untung besar’ ini menggunakan nama samaran Lee Rang dan ia bukan pandangan rasmi akhbar China Press.

Artikel yang diterbitkan pada 17 April 2011 disiarkan di ruangan Perbincangan Umum, halaman C19. Berikut adalah artikel yang ditulisnya.

Di Malaysia semuanya sedang mengalami perubahan, ada yang mundur ke belakang dan ada yang maju ke hadapan. Sama ada maju atau mundur, lebih baik berubah daripada tiada sebarang perubahan.

Sehubungan itu, keputusan PRN Sarawak kali ini membuatkan semua orang gembira kerana dikatakan Malaysia benar-benar sedang menghadapi perubahan.

Pengundi kini telah menunaikan tanggungjawab terhadap demokrasi dengan tidak lagi membiarkan diri mereka diperbodohkan oleh ahli-ahli politik. Kini rakyat sudah mula menang besar dan ini menunjukkan demokrasi di Malaysia telah menjadi seperti di negara maju.

Dalam pada itu, wujud juga satu lagi perubahan pemikiran apabila rakyat kini bersikap lebih prihatin terhadap kebajikan keluarga. Mereka tidak mahu ahli keluarga dicederakan tanpa sebab.

Ini terbukti apabila terdapat ramai penduduk yang membantah industri yang mencemarkan alam sekitar dibawa masuk ke negara ini. Contohnya, pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia milik Syarikat Lynas Corporation Ltd. di Kuantan, Pahang.

Dengar khabar, ada lagi satu isu baru yang akan timbul membabitkan sebuah syarikat petrokimia dari Taiwan yang akan melabur di negara ini.

Penduduk Taiwan sendiri telah membuat bantahan kerana kilang syarikat itu telah mencemar alam sekitar dan menjejaskan kesihatan orang awam, jadi ia merancang untuk berpindah ke Malaysia. Tapak yang dicadangkan adalah di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Bantahan terhadap projek Lynas dan syarikat dari Taiwan ini memberi satu mesej bahawa rakyat bukan sahaja sudah berubah dari segi pandangan politik, malah semakin berani untuk mempertahankan kepentingan diri mereka dalam isu yang berkait rapat dengan kesihatan penduduk.

KOMEN : ITU DIA DEMOKRASI ALA PUAK PEMBANGKANG. MASIH TIDAK BERUBAH WALAUPUN SIBUK DENGAN SLOGAN BERUBAHNYA. BANGKANG TETAP BANGKANG....

No comments: