Oleh ROHANA MAN
rohana.man@utusan.com.my
ELIOT Spitzer (gambar kecil) didapati melanggan pelacur.
PESONA wanita memang mengagumkan. Berbekalkan kejelitaan yang dimiliki, mereka mempunyai kuasa dan kekuatan semula jadi untuk melemahkan, menakluk dan menjatuhkan lelaki. Begitu banyak lelaki yang terpesona, tergoda, mahupun diperdaya oleh wanita-wanita jelita sehingga terpaksa menanggung malu, meletak jawatan atau turun dari takhta kerajaan.
Mereka ini biasanya dijatuhkan oleh wanita-wanita jelita melalui perangkap skandal seks, layanan seks atau khidmat seks. Banyak fakta sejarah dulu dan sekarang menunjukkan pemimpin atau individu lelaki terkenal jatuh kerana pesona wanita sama ada melalui konspirasi atau kelemahan diri sendiri.
Malah ada pemimpin negara, ahli perniagaan mahupun keluarga diraja yang terjejas karier atau terpaksa turun takhta kerana tewas dengan pujuk rayu wanita. Ia menjadi bukti betapa wanita mampu membuatkan lelaki kecundang.
Kes terbaru melibatkan seorang wakil rakyat dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Arifinto terpaksa meletak jawatan selepas media mendedahkan beliau menonton video lucah semasa persidangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di Indonesia.
Di negara kita juga, terdapat beberapa lelaki yang berada di tampuk kekuasaan terpaksa meletak jawatan apabila skandal seks mereka terdedah. Namun, anehnya terdapat juga pemimpin yang dikaitkan dengan kes moral masih mahu terus berkuasa.
Ruangan Manusia & Peristiwa minggu ini menyenaraikan kisah lapan pemimpin dunia yang terjejas karier politik, selain terpaksa meletak jawatan selepas terlibat dalam kes moral seperti mencabul, merogol dan skandal seks.
Raja Edward VIII dan Wallis Simpson
Apabila Raja George V mangkat pada 1936 di England, takhta diraja diturunkan kepada Raja Edward VIII. Namun baginda mencetuskan ‘huru-hara’ apabila mengahwini janda dari Amerika, Wallis Simpson walaupun Gereja England menentangnya.
Demi cinta sejati terhadap wanita itu, baginda memohon turun takhta. Parlimen menerima permohonan itu sekali gus mengeluarkan baginda, isteri dan anak-anak daripada senarai waris takhta.
Takhta diserahkan kepada adiknya, Raja George VI iaitu keturunan keluarga diraja England sekarang.
John Profumo dan Chritine Keeler
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Profumo terlibat dengan skandal yang dikenali The Profumo Affair pada 1963. Beliau menjalin hubungan intim dengan seorang ejen rahsia dari Rusia, Chritine Keeler, sedangkan ketika itu AS dan Rusia terlibat dengan Perang Dingin. Kes ini bukan sahaja memalukan AS, malah menjatuhkan reputasi John Profumo yang gagal mengesan bahawa Chritine ialah seorang ejen perisik yang sedang menyamar. Skandal ini memaksa Profumo mengundur diri.
Gary Hart dan Donna Rice
Hart merupakan tokoh pilihan bagi pencalonan Parti Demokrat pada pilihan raya tahun 1987. Ketika itu, khabar bertiup kencang menyatakan beliau tinggal serumah dengan Donna.
Beliau menafikan tetapi pihak media membuat penyiasatan yang mana terbukti, seorang wanita dilihat keluar dari kediamannya. Bukan hanya itu, pihak media juga berhasil merakamkan foto Gary dengan Donna yang sedang duduk di pangkuannya. Foto ini disiarkan di media dan kesan daripada itu, nama Gary dikeluarkan daripada senarai pencalonan.
Bill Clinton dan Monica Lewinsky
Skandal seks bekas Presiden AS, Bill Clinton dan Monica Lewinsky begitu menggemparkan dunia. Lewinsky baru berusia 22 tahun ketika dia bekerja di White House, kediaman rasmi Presiden AS. Hubungan intim mereka terbongkar selepas rakan karib Lewinsky, Linda Tripp mendedahkannya kepada umum. Lewinsky pernah bercerita kepada Tripp mengenai hubungan intimnya dengan Clinton melalui telefon.
Tanpa disangka Tripp merakam perbualan tersebut yang kemudian dijadikan bahan bukti kes ini. Satu penyiasatan dilakukan dan Clinton telah diminta menghadiri sidang khas, Impeachment pada 1998.
Beliau bernasib baik kerana masih diberi kepercayaan untuk berkuasa sehingga tamat tempoh. Skandal ini diberi bermacam nama seperti Monicagate, Lewinskygate, Tailgate, Sexgate, dan Zippergate.
Moshe Katsav
Bekas Presiden Israel ini dituduh memperkosa dan memperlecehkan pengadilan. Kes ini meletus pada 25 Januari 2007. Beliau dituduh merogol seorang wanita dan mencabul beberapa wanita lain yang pernah bekerja dengannya. Kes yang semakin hangat diperkatakan itu telah memaksa beliau meletak jawatan pada 1 Julai 2007.
Larry Craig
Dia terpaksa menanggung malu besar apabila perbuatannya mencabul menjadi berita hangat pada 2007. Skandal Larry berlaku pada 11 Julai 2007. Bekas senator Parti Republik dari Idaho ini melakukan perbuatan itu di tandas lelaki, lapangan terbang antarabangsa Minneapolis-St. Paul. Larry didapati bersalah pada 8 Ogos dan pada 1 September, beliau mengumumkan mengundur diri daripada Senat.
Silvio Berlusconi dan Karima el Mahrough
Perdana Menteri Itali yang masih berkuasa sehingga sekarang, Silvio Berlusconi kini berdepan dengan kes mahkamah apabila beliau dituduh melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur, Karima el Mahrough. Pada usia 72 tahun, beliau terkenal sebagai seorang yang ‘kaki perempuan’ dan didakwa sering melanggan pelacur bagi memuaskan nafsunya. Beliau dikatakan terjebak dengan skandal seks bersama sejumlah model, artis-artis muda, penyampai televisyen dan lain-lain.
Beliau juga dituduh suka menganjurkan parti seks liar di kediamannya. Kelakuan buruk itu membuatkan isterinya meminta cerai. Nampaknya surat perceraian itu seolah-olah lesen untuk memudahkannya melakukan ‘kejahatan’ bersama wanita-wanita cantik pilihannya.
Eliot Spitzer
Dia merupakan Gabenor New York dan dikaitkan dengan seorang pelacur kelas atasan. Beliau terkenal kerana bijak berpidato dan sentiasa bercakap mengenai memerangi rasuah dan pentingnya menjaga nama baik keluarga. Namun semua itu seperti kata ‘cakap tak serupa bikin’ apabila beliau didapati melanggan pelacur yang akhirnya telah memusnahkan karier politiknya.

No comments:
Post a Comment