Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 25 April 2011

PEDIRIAN PAS TERCALAR


Kenyataan asal Mustafa pendirian sebenar Pas
DARI UTUSAN MALAYSIA
25.4.2011



KUALA LUMPUR 24 April - Kenyataan asal Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bahawa parti itu akan membuat ketetapan baru mengenai masa depannya dalam pakatan pembangkang setelah siasatan kes rakaman video aksi seks selesai, adalah pendirian sebenar Pas.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selaku Setiausaha Agung Pas, sudah tentu Mustafa tidak akan berani membuat kenyataan tersebut jika perkara itu belum dibincangkan dengan pucuk pimpinan parti kerana ia akan mendahului presiden.

Malah jelas beliau, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali juga mempunyai sebab yang jelas untuk melenting dengan kenyataan tersebut kerana selaku orang politik, Ahli Parlimen Gombak itu sedar bahawa Pas dalam diam sudah membuat ketetapan baru.

"Kita kena sedar bahawa Mustafa ialah Setiausaha Agung Pas, maknanya suara Mustafa adalah suara parti bagi mewakili Hadi Awang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Jadi saya percaya apa yang dilontarkan oleh Mustafa merupakan suara sebenar Pas.

"Soal Mustafa tarik balik kenyataan dan salahkan media, kita tidak terkejut sangat kerana memang selama ini itulah sikap Pas yang terlalu takut walaupun untuk menyuarakan kebenaran sejak menyertai pakatan pembangkang," katanya di sini hari ini.

Kelmarin, Mustafa dalam sidang akhbar memberitahu Pas akan membuat ketetapan baru jika terbukti pelaku dalam rakaman video aksi seks yang kini disiasat ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana didakwa oleh trio 'Datuk T'.

Namun, tidak sampai 24 jam kemudian, Mustafa menafikan beliau pernah membuat kenyataan sebegitu, dipercayai akibat tekanan daripada PKR terutama Azmin yang menyelar Setiausaha Agung Pas itu secara terbuka menerusi Twitter.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Pas perlu percaya kepada kekuatan sendiri dan sudah sampai masanya untuk parti itu menilai semula masa depan bersama pakatan pembangkang kerana tidak banyak keuntungan yang dapat diraih oleh Pas.

Sebaliknya beliau berkata, parti yang memperoleh keuntungan mutlak hasil daripada kerjasama tersebut adalah DAP dan ia terbukti dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 baru-baru ini apabila parti itu menang besar dengan menguasai 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Cukuplah. Demi kepentingan negara, agama dan bangsa Melayu, Pas perlu kaji semula kedudukan dalam pakatan pembangkang. Pas sebenarnya ada pengaruh sendiri dan mereka tidak memerlukan sokongan PKR pun. PKR dan DAP yang memerlukan sokongan Pas," jelasnya.

KOMEN : ITULAH PENDIRIAN PAS TUNDUK PADA TEKANAN PKR... HARI INI CAKAP AKAN MENILAI SEMULA MASA DEPAN BERSAMA PAKATAN, ESOKNYA TIDAK MENGAKU TELAH MENGELUARKAN KENYATAAN SEPERTI YANG DINYATAKAN SEMALAM. ITU SEMUA KONSPIRASI AKHBAR ARUS PERDANA. PEMIMPIN MACAM INIKAH YANG HENDAK DIJADIKAN MENTERI ATAU PM...HEHEHEH, CAKAP TAK SERUPA BIKIN. BARU KENA SERGAH SIKIT DAH HILANG KEJANTANAN...

No comments: