Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 25 April 2011

MCA TERDESAK UTUSAN JADI MANGSA

Utusan wadah pemikiran terjemah denyut nadi Melayu - Zahid Hamidi
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 24 April - Pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) sepatutnya memberi fokus kepada akhbar berbahasa Cina agar ia tidak diperalatkan oleh DAP dan bukan hanya memburuk-burukkan akhbar Utusan Malaysia.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, akhbar Utusan Malaysia (Utusan) merupakan wadah pemikiran yang menterjemah denyut nadi orang Melayu bagi memastikan kepentingan kaum itu sentiasa terpelihara tanpa mengetepikan hak-hak kaum lain di negara ini.

Sambil membidas pihak yang cuba memburukkan Utusan, beliau berkata, selaku akhbar yang menerapkan nilai nasionalisme, adalah wajar baginya untuk memperjuangkan kepentingan kaum tersebut kerana hal-hal yang melibatkan orang Melayu adalah isu nasional dan ia sentiasa relevan.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok yang menggesa rakyat memulaukan Utusan dengan mendakwa konsep '1Melayu, 1Bumi' yang diilhamkan akhbar itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.

Menteri Pertahanan itu berkata, sebelum pemimpin MCA mengkritik dan memboikot akhbar itu, mereka terlebih dahulu perlu memastikan akhbar berbahasa Cina tidak memainkan isu yang menyentuh perkauman sebagaimana pendekatan politik yang dilakukan DAP.

Katanya, akhbar arus perdana yang cukup berpengaruh itu juga bertindak sebagai sebuah institusi yang menjadi pemangkin kepada kesinambungan semangat nasionalisme Melayu dan bukannya akhbar perkauman.

"Salahkah Utusan membangkitkan apa yang menjadi keresahan orang Melayu? Isu Melayu merupakan isu yang sentiasa relevan dan berkait rapat dengan isu nasional.

"Jadi, tidak berbangkit apa yang disuarakan Utusan selama ini kononnya perkauman. Utusan hanya memperjuangkan 'keindukan' kaum Melayu tanpa mengetepi hak kaum lain.

"Apa yang disuarakan Utusan mewakili suara orang Melayu keseluruhannya. Memang orang Melayu sudah berpecah, jadi salahkah Utusan menyeru supaya kaum ini kembali bersatu?

"Mengapa hanya Utusan diserang sedangkan akhbar lain terutama yang berbahasa Cina lebih teruk memainkan sentimen perkauman? Mengapa akhbar-akhbar ini tidak dilabel sebagai perkauman," katanya semasa merasmikan mesyuarat agung Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Presiden KVUM, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail.

Pada majlis itu, Pengerusi Glomac, Tan Sri F.D. Iskandar menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada KVUM.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, 'serangan' yang 'dihala' kepada Utusan bukan bertujuan melumpuhkan akhbar tersebut, tetapi pihak berkenaan sebenarnya mahu melenyapkan suara orang Melayu.

Jelasnya, ini kerana pihak terbabit tidak senang dengan pelbagai pendedahan berani akhbar itu dan mereka menggunakan label perkauman bagi membolehkan Utusan dipinggirkan secara sistematik.

"Utusan tidak boleh berada di persimpangan hanya kerana serangan sebegini. Utusan kena sentiasa menyuarakan denyut nadi orang Melayu meskipun ia bukan pendirian kerajaan.

"Perjuangan ini perlu bagi menyedarkan generasi muda Melayu tentang semangat nasionalisme. Mereka ini harus diberi kesedaran bahawa apa yang dinikmati hari ini tidak mungkin dapat dikecapi tanpa perjuangan pemimpin terdahulu," katanya.

KOMEN : APA RASIONALNYA ORANG MELAYU MESTI TUNDUK PADA MCA DENGAN MEMBOIKOT AKHBAR UTUSAN? BERAPA RAMAI SANGATKAH ORANG CINA YANG MEMBACA UTUSAN? MENJADI TANGGUNGJAWAB ORANG MELAYU UNTUK MEMPERTAHANKAN AKHBAR UTUSAN YANG MENJADI WADAH PERJUANGAN ORANG MELAYU SELAMA INI. SEBENARNYA MCA SAMA RASIS DENGAN DAP. MCA SEPERTI PARTI CINA LAIN TIDAK SENANG KALAU BANGSA MELAYU BERSATU. KONONNYA DENGAN UTUSAN DIKAMBING HITAMKAN ORANG CINA AKAN MENGEMBALIKAN SOKONGAN MEREKA PADA MCA. MAAF CAKAPLAH MCA DAH TERKUBUR BILA KALAH TERUK DI PRU 12. MCA SEKARANG INI UMPAMA PEMBANGKANG DALAM BN. API DALAM SERKAM DAN GUNTING DALAM LIPATAN.

No comments: