Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 20 April 2011

Pasca modenisme bahayakan ummah


BERITA HARIAN ONLINE
2011/04/20




Aliran pengaruhi dengan seruan pinggirkan agama

KUALA LUMPUR: Umat Islam kini sedang berdepan dengan pelbagai cabaran yang bersifat luaran dan dalaman berbentuk pemikiran yang datang dari kebudayaan asing iaitu aliran pasca modenisme. Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, berkata fahaman pasca modenisme itu menyatakan bahawa manusia mempunyai kebebasan mutlak untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk ajaran agama.

“Aliran pasca modenisme bermula daripada pergolakan pemikiran Barat yang menentang pengaruh kekuasaan gereja serta manusia bebas melakukan apa saja tanpa perlu memikirkan kebajikan orang lain,” katanya ketika merasmikan Majlis Seminar Wanita dan Cabaran Aliran Pasca Modenisasi: Penilaian Dari Perspektif Islam di Dewan Besar IKIM di sini, semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Othman Mustapha dan Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Prof Datin Paduka Zaleha Kamaruddin.

Nik Mustapha berkata, aliran pasca modenisme menjadi satu cabaran besar kerana ia sudah mempengaruhi dunia Islam dengan seruan untuk meminggirkan agama. “Dengan berkembang pasca modenisme pada era globalisasi ini, maka fahaman dan gerakan kebebasan manusia semakin berkembang. “Impak daripada kemunculan pasca modenisme ini juga menyaksikan kemunculan gerakan feminis atau hak asasi persamaan jantina,” katanya.

Beliau berkata, golongan terbabit mengatakan bahawa dalam al-Quran amat menekankan persamaan antara lelaki dan perempuan.

“Bagi golongan terbabit, persamaan bererti penyamarataan atau kesamaan hak dalam semua bidang yang diceburi oleh lelaki dan perempuan, oleh itu semua bentuk perbezaan yang wujud dalam apa perkara sekalipun dianggap diskriminasi,” katanya.

Nik Mustapha turut menjelaskan bahawa di dalam agama Islam, persamaan tidak semestinya bermakna penyamarataan.

Beliau berkata, permasalahan dalaman yang ketara berpunca dari kedangkalan ilmu pengetahuan, kefahaman dan penghayatan agama yang akhirnya memberi kesan kepada pelbagai aspek kehidupan sosial, perundingan, politik dan ekonomi. – BERNAMA

No comments: