MB Kedah hina Kerajaan Pusat
Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my
ALOR SETAR 4 April - Perumpamaan 'macam beruk naik pokok nyiur' yang dilemparkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada Kerajaan Pusat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini menimbulkan rasa tidak puas hati wakil rakyat pembangkang.
Azizan melemparkan ungkapan itu sewaktu menjawab soalan tambahan Mohd. Tajudin Abdullah (BN-Belantik) mengenai seorang penuntut yang tidak mendapat wang saku RM500 untuk pulang ke Mesir seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri.
Beliau berkata, kerajaan negeri membelanjakan RM2 juta untuk penghantaran pulang penuntut-penuntut dari Mesir semasa Ops Piramid tempoh hari.
"Kerajaan Pusat pandai bawa balik tetapi tak reti (tak tahu) hantar mereka balik, jadi umpama beruk naik pokok nyiur, bila panjat dapat upah, bila turun tak dapat apa," kata Azizan.
Sebaik sahaja istilah tersebut digunakan oleh Azizan, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (BN-Bakar Bata) bangun dan menyuarakan rasa tidak puas hati dan kesal dengan perumpamaan yang digunakan oleh Azizan itu.
Azizan kemudian berseloroh dengan mengatakan penuntut tersebut 'tertidur' ketika penuntut lain dari Kedah menaiki penerbangan kembali ke Mesir dan apabila disiasat, penuntut tersebut tidak mahu kembali ke negara itu kerana terkejut dengan keadaan di sana.
"Kalau dia (penuntut) ini masih mahu duit RM500, sila datang jumpa Yayasan Islam Kedah dan kita boleh bagi duit itu," katanya.
Ketika ditemui selepas persidangan itu Azizan berkata, perumpamaan itu digunakan kerana Kerajaan Pusat hanya membawa pulang penuntut dari Mesir sewaktu Ops Piramid dan membiarkan kerajaan negeri menguruskan penghantaran mereka kembali ke negara itu.
"Itu hanya perumpamaan sahaja, saya kata begitu kerana Kerajaan Pusat lepas tangan. Masa Kerajaan Pusat bawa balik penuntut Kedah, tiada siapa yang datang jumpa saya tetapi bila kembali kita kena hantar sendiri," jelasnya.
Ahmad Bashah berkata, pihaknya kecewa dengan bahasa kasar yang digunakan oleh Azizan di dalam Dewan.
"Perumpamaan 'macam beruk naik pokok nyiur' adalah satu penghinaan kepada Kerajaan Pusat yang telah berusaha membawa pulang penuntut-penuntut yang menghadapi situasi tidak aman di Mesir.
"Kerajaan Pusat juga menawarkan bantuan kepada kerajaan negeri jika mereka tidak mampu. Kerajaan Pusat sedia bantu namun tawaran tersebut tidak diterima," jelasnya.

KOMEN : NAMPAK SANGAT MB KEDAH TAK IKHLAS MEMBANTU ANAK KEDAH YANG INGIN PULANG KE MESIR. DIA SIAP MENYALAHKAN KERAJAAN PUSAT, INILAH DIA KALAU MEMBANTU MELEPASKAN ANJING TERSEPIT, TANGAN KITA JUGA YANG NAK DIGIGITNYA. BUKANKAH ITU CADANGAN DAN KALAU KERAJAAN NEGERI TAK SANGGUP BOLEH TOLAK? PELAJAR AKAN TERUS DIBANTU OLEH KERAJAAN PUSAT. DAH TAK ADA CARA LAIN KE NAK MENCIPTA DAKYAH POLITIK.... PERUPAMAAN UNTUK MB KEDAH INI 'MACAM KERA DAPAT BUNGA'. LIHAT AJELAH KEROSAKAN YANG DIBUAT DINEGERI KEDAH BILA TAK TERSANGKA MENDAPAT KUASA...
No comments:
Post a Comment