Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 21 April 2011

PRN SARAWAK BERI KESAN DI SEMENANJUNG



AKHBAR Sin Chew Daily pada 18 April 2011 menerusi tulisan, Goh Kien Nan memaparkan artikel mengenai tindakan majoriti pengundi Cina yang menolak Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10.

Berikut adalah artikel yang ditulis beliau bertajuk ‘PRN Sarawak kelihatan orang Cina melawan arus’ yang disiarkan dalam ruangan Sudut Pendapat di halaman 32.

Baru-baru ini keputusan PRN Sarawak jelas menunjukkan orang Cina sudah berpatah arang meninggalkan SUPP. Walaupun ia parti Cina pertama didaftarkan di negeri itu dan telah banyak menabur jasa, tetapi kaum itu tetap menolaknya.

SUPP tetap mengalami kekalahan walaupun parti itu telah banyak membuat perubahan dengan menampilkan wajah baru dalam kepimpinan dan keahlian parti. Parti itu juga telah meningkatkan kemampuan propaganda dalam laman blognya.

Sebenarnya, masyarakat Cina kecewa kerana slogan kempen SUPP masih di takuk lama iaitu untuk mengekalkan orang Cina sebagai Timbalan Ketua Menteri. Pengundi di kawasan bandar sudah tidak makan dengan cakap-cakap seperti ini, malah mereka telah bertekad untuk membuat perubahan.

Ini sama seperti perasaan kaum Cina di Semenanjung yang kecewa kerana merasakan jasa masyarakat itu dalam membangunkan negara ini dilupakan apabila segala kemahuan mereka diabaikan. Akhirnya kekecewaan itu tidak boleh dikawal lagi dan mereka bertekad menolak MCA dan Gerakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Berikutan kekalahan calon-calon SUPP, timbul persoalan ke mana hala tuju parti berkenaan selepas ini. Adakah masih ada lagi hari esok untuk parti itu? Kita boleh ramalkan ranking parti itu dalam Barisan Nasional (BN) Sarawak akan turun daripada kedudukan kedua terbesar menjadi seperti parti nyamuk.

Bagaimanapun, dari sudut positif kita melihat SUPP tidak kekurangan kumpulan pelapis yang terdiri daripada golongan cerdik pandai. Cuma sebelum ini, mereka tidak dapat ditonjolkan berikutan perubahan dalaman yang dibuat parti itu tidak dapat dijalankan dengan berkesan.

Dalam pada itu, kita juga ingin tahu bagaimana MCA hendak menghadapi PRU akan datang berikutan fenomena orang Cina melawan arus bukan lagi hanya terbatas di Sarawak, sebaliknya rentak sama berlaku di seluruh negara.

Ia bukan sahaja tidak reda, malah nampaknya sudah menjadi begitu kuat, mungkin akan terus melarat, semarak dan membara sehingga PRU akan datang.

MCA juga perlu ingat isu yang selalu dimainkan parti itu seperti ‘orang Cina tangani orang Cina’ dan ‘negara Islam Pas’ tidak lagi dapat menarik sokongan masyarakat Cina.

Jika MCA mahu sokongan pengundi, parti itu perlu mengemukakan rancangan, dasar dan pandangan baru yang boleh menarik minat mereka terutama generasi muda.

KOMEN : AKHIRNYA UMNO JUGA YANG TERPAKSA BERJUANG SENDIRI KERANA KETIDAK MAMPUAN RAKAN BN YANG LAIN DALAM MENANGANI MASALAH ORANG CINA YANG MELAWAN ARUS DENGAN MENOLAK KERAJAAN. BAGAIMANA PULA DENGAN MIC?

No comments: