Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 19 April 2011

PRN SARAWAK - H1N1 DAP MENYERANG

Cina Sarawak dijangkiti virus perkauman
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 18 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berkata, masyarakat Cina di Sarawak telah dijangkiti dengan virus perkauman Cina yang selama ini menjadi dasar perjuangan DAP.

Beliau berkata, jika dahulu DAP ditolak mentah-mentah oleh masyarakat Cina Sarawak tetapi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini kedudukannya amat berbeza.

Katanya, DAP berjaya menjadikan masyarakat Cina Sarawak tidak lagi percaya kepada konsep hidup rakyat pelbagai kaum seperti yang pernah dilalui oleh kaum itu sebelum ini.

"Saya ucapkan tahniah kepada DAP kerana berjaya membawa masuk politik rasis ke Sarawak. Dahulu kita lihat semua kaum bekerjasama antara satu sama lain demi kebaikan negeri Sarawak.

"Namun pada hari ini kita lihat dengan begitu jelas bahawa masyarakat Cina di Sarawak telah menolak konsep rakyat pelbagai kaum,'' katanya dalam blognya di http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.

Mengulas isu sama, Dr. Mahathir berkata, kemungkinan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) serta beberapa pihak di dalam BN ada melakukan kesilapan tetapi apa yang pasti penolakan jelas berlaku di kalangan masyarakat Cina.

Sementara itu, beliau berkata, DAP akan bercakap mengenai Malaysian Malaysia yang bermaksud Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.

"Namun sekali lagi kita lihat ia hanya menyentuh sentimen rasis kaum Cina semata-mata. Dengan kata lain kaum Cina yang menolak parti ini akan dikira bukan Cina oleh DAP,'' katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Mahathir tidak menolak kemungkinan beliau akan digelar rasis kerana telah membangkitkan isu tersebut.

Hakikatnya, beliau berkata, lebih 50 tahun lalu semua kaum di Malaysia telah bekerjasama antara satu sama lain untuk membina negara ini.

Di dalam blognya, beliau turut menyentuh mengenai bahaya misi politik DAP yang mahu mewujudkan sistem dua parti berasaskan kaum kerana ia boleh menyebabkan negara tidak stabil selain akan berlaku perpecahan di kalangan rakyat.

"Misi DAP ini serupa dengan apa yang dilakukan oleh PAP di Singapura. PAP berjaya meminggirkan orang Melayu di republik itu.

"Walaupun orang Melayu di Singapura membentuk 15 peratus jumlah penduduk tetapi dari segi perkongsian kuasa politik dan kekayaan negara mereka hanya menikmati satu peratus sahaja,'' katanya.

Sehubungan itu, beliau amat berharap corak yang sama tidak berulang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kerana berjaya mengekalkan kemenangan BN di negeri itu.

KOMEN : KADANG-KADANG ORANG CINA NI LUPA ASAL USUL MEREKA?????

2 comments:

Onna said...

Assalam sayang daddy,

Tongsan mali mana tau sedor diri... dia ingat ini negale...lier yang munyer... hehehe... cakap bahasa malaysia terabur...mengaku rakyat malaysia... yang ni mami punya indonesia... samada bangsa dia cina ke india ke apa ke... bila dia bercakap... tak berbeza dari bangsa indonesia sendiri kan kan kan... we have to do that tooo.... ini tak.. apa dia mintak sumer kita bagi... cuba kita mintak dia ckp bahasa malaysia dengan fasih baru kita boleh consider dia sebagai rakyat malaysia... amacam?

AJAI62 said...

Assalam Syg Mum

Puncanya sebab sekolah vernacularlah tu. Mana mereka nak ajar anak-anak mereka bahasa Malaysia. Takan tercapai intergrasi Nasional lah kalau macam tu....