Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
DI tengah-tengah bandar Miri pagi semalam ketika penulis dan dua lagi rakan tiba di bandar telaga minyak utama negara ini, kelihatan terpampang mural sirip beberapa jerung seolah-olah mahu membaham peta Sarawak.
Mural sirip 'jerung-jerung' yang diletakkan simbol DAP, PKR dan Pas dengan diketuai seekor jerung besar memberikan mesej yang mudah difahami oleh sesiapapun yang melihatnya. Ia tidak memerlukan seseorang memikir terlalu lama. Bagi sebahagian besar rakyat Sarawak terutama pengundi tempatan dapat 'menangkap' pantas tentang mesej manifesto pembangkang 'Jom Ubah Sarawak' apakah boleh diterima bulat-bulat, sekadar seloka atau dijadikan pengajaran dan peringatan tentang bentuk kepimpinan mana diharapkan untuk menerajui Sarawak pada tengah malam Sabtu ini.
Jika dinilai kepesatan kemajuan Sarawak sendiri, mana-mana pihak termasuk Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng pasti mengakuinya. Malah, kalau mereka 'non-partisan', pasti terpaksa tabik hormat kepada Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Miri, dari segi faktanya ketika ini menyaksikan kepesatan perkembangan industri minyak dan gas yang menjadi pemangkin kepada pembangunan sekitar bandar raya itu. Ia bermula dengan penemuan 'The Grand Old Lady' iaitu gelaran bagi telaga minyak Miri terawal (Oil Well No.1) pada 1910 di atas nama Canada Hill. Selepas enam dekad beroperasi dan menghasilkan 660,000 tong minyak, ia ditutup pada 1972, seterusnya diisytiharkan sebagai monumen kebangsaan.
Pada 20 Mei 2004, kerajaan negeri Sarawak meluluskan permohonan menaik taraf bandar Miri menjadi bandar raya dan sejak itu lonjakan kepesatan Miri semakin ketara. Antaranya, Miri menjadi tumpuan utama kepada belia-belia untuk mencari rezeki dalam industri minyak dan gas.
Itu kepesatan Miri. Tetapi cuba dijenguk pula Marudi, sebuah pekan tertua di utara Sarawak yang dikunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini. Di pekan ini, Najib menyempurnakan pelancaran Bot Klinik Bergerak 1Malaysia. Penulis dan wartawan Sopi Samaile bersama jurugambar Mohd. Zaki Amiruddin yang tiba di pekan Marudi petang semalam setelah mengharung perjalanan hampir dua jam menggunakan pacuan empat roda yang disewa sekitar RM700 sehala, terkejut dengan kepesatan Marudi meskipun jalan yang kami lalui masih berselaput tanah merah.
Jika dulu, kata Sopi, hanya bangunan yang dibina daripada papan dan kayu kelihatan, kini pekan itu cantik dikelilingi bangunan konkrit. Kalau panorama agak suram pun hanyalah sederet kedai papan di depan Hotel Mulu.
Meskipun terpencil, pekan Marudi lengkap dengan kemudahan asas seperti tujuh hotel, bank, hospital dan lapangan terbang kecil. Waktu ini, laluan utama ke pekan itu yang paling popular adalah melalui jalan air menggunakan bot ekspres dan menaiki pesawat Twin Otter yang dikendalikan syarikat penerbangan MASwings.
Begitu juga kalau bercakap tentang daerah Asajaya di Samarahan. Terletak 70 kilometer dari bandar raya Kuching, daerah yang dikenali sebagai Nonok itu bermula sebagai daerah kecil pada 1960-an di bawah pentadbiran Kuching dan namanya ditukar kepada Asajaya pada 1988 sebelum dinaik taraf ke daerah penuh pada 1999. Jika pada asalnya hanya satu perkampungan, Asajaya berubah pesat menjadi daerah.
Tumpuan utama pembangunan di situ ialah penyediaan lebih banyak kemudahan asas bekalan elektrik, air dan jalan raya di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Kerana itu, manifesto pakatan pembangkang dikepalai PKR (meskipun di mata pembangkang di Sarawak tidak layak diiktiraf sebagai ketua berbanding SNAP) sentiasa mencanang-canangkan 'jom ubah' dan 'jom ubah', namun bagi sesiapa yang mengerti taktik kempen ini, pasti gusar dan gundah gulana seandainya ia diterjemahkan pada hari pengundian nanti.
Bimbang kerana manifesto ini berisiko memperjudikan masa depan rakyat Sarawak daripada yang baik ketika ini kepada tidak baik. Ketika kerajaan negeri sedang rancak memaju kepesatan Sarawak, manifesto pembangkang dibimbangi akan menimbulkan gangguan kacau untuk melicinkan transformasi negeri.
Memerhatikan isu ini lebih jauh, Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abang Johari Tun Abang Openg mengibaratkan kempen parti lawan tampak 'berpusing-pusing' tatkala menggunakan taktik budaya memesong pemikiran rakyat dengan pelbagai dakyah. Kata Abang Johari, bukan setakat inti pati kempen pembangkang ibarat 'si tikus membaiki labu', malah kata beliau, jika budaya kempen sebegitu dicanang-canangkan, ia dibimbangi akan menyemarakkan api perkauman di negeri itu.
Semalam pada satu majlis di Balai Ringin, Lipeh Mawi dekat Kuching, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Major Huan Cheng Guan mengingatkan pengundi Sarawak. Kata beliau:"Jika anda mengundi lusa ini, pilihlah sama ada PCM, bebas atau BN. Rakyat Sarawak tidak seharusnya terperangkap dengan janji-janji manis DAP dan PKR."

KOMEN : PUAK PEMBANGKANG BUKAN AJE SI TIKUS NAK BAIKI LABU YANG DAH ROSAK, MEREKA CUBA NAK BINA LABU DARI BATU DI SARAWAK WALAUPUN TAHU TIDAK PUNYA KEMAMPUAN BAGI MENUNAIKAN JANJI-JANJI MANIS PILIHANRAYA SEPERTI DI NEGERI SELANGOR, KEDAH, PENANG DAN KELANTAN YANG BERADA BAWAH PEMERINTAHAN MEREKA. KITA PERLU BERUBAH UNTUK BERTAMBAH MAJU DAN BUKA BERUBAH MENGIKUT ACUAN PUAK PEMBANGKANG YANG HANYA TAHU BERPOLITIK SEPANJANG MASA. UNDILAH UNTUK KEMAJUAN DAN KESEJAHTERAAN ANAK CUCU KITA. SELAMAT MENGUNDI DAN TERUSKAN SOKONGAN KEPADA KERAJAAN BN.
No comments:
Post a Comment