Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 14 April 2011

Keseriusan tindakan tingkat integriti, banteras rasuah


DARI UTUSAN MALAYSIA
14.4.2011



DALAM beberapa tahun kebelakangan ini, kemahuan politik atau political will di pihak kerajaan untuk membanteras gejala rasuah di negara ini, tampak begitu ketara dan meyakinkan.

Selepas bermula dengan gagasan menghapuskan rasuah menerusi program meningkatkan integriti rakyat dan kerajaan, melalui Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan pada 2004, kerajaan tidak terhenti di situ.

Bagi memperkukuhkan usaha itu supaya gerakan membasmi rasuah dan meningkatkan integriti dioperasikan secara berinstitusi atau berorganisasi, maka Institut Integriti Malaysia (IIM) ditubuhkan lima tahun kemudian iaitu pada 2009.

Pada tahun sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang lebih berautonomi dan dipantau beberapa jawatankuasa dan panel termasuk di peringkat Parlimen ditubuhkan, menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Ia serentak penggubalan undang-undang baru iaitu Akta SPRM yang lebih tegas dalam hukuman, bersifat mencegah, dan menyeluruh ruang lingkup bidang kuasanya, menggantikan Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Usaha itu diperkasa dan diperkemas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meletakkan sasaran meningkatkan integriti kerajaan dan rakyat serta menurunkan kes-kes rasuah sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), April tahun lalu.

Setiap agensi termasuk SPRM dan IIM perlu mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan.

Matlamatnya, meningkatkan ketegasan dalam penguatkuasaan iaitu pendakwaan di mahkamah. Selain itu, ia bagi mengurangkan jumlah kes baru serta meningkatkan integriti kerajaan dan rakyat sebagai pengukur kejayaan kempen pencegahan.

Jaminan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin bahawa kerajaan akan terus memerangi rasuah habis-habisan, satu lagi bukti bahawa kemahuan politik kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam hal ini tidak boleh dipersoal.

Langkah lain kerajaan termasuk menubuhkan Unit Pematuhan; mewujudkan pangkalan data pesalah rasuah; dan mewujudkan Akta Perlindungan Saksi.

Malaysia kini semakin diyakini dan berada pada kedudukan ke-56 Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI) dan ketiga di Asia Tenggara selepas Singapura dan Brunei.

Jika ada pihak yang masih mendakwa kerajaan tidak melakukan apa-apa, itu sebenarnya bersifat dangkal, nada berkepentingan atau sengaja menjadikan isu rasuah sebagai modal politik.

Apa tidaknya, menerusi pelbagai usaha yang dilakukan kerajaan itulah kesannya kini rakyat semakin tinggi kebencian terhadap perlakuan rasuah dan kesedaran menjauhi jenayah itu pula kian meningkat.

Semakin orang bercakap tentang isu rasuah, ia sebenarnya petanda positif yang bermakna tahap integriti dan kesedaran rakyat semakin meningkat, sekali gus membuktikan kejayaan usaha kerajaan selama ini.

Peningkatan jumlah tangkapan pelaku rasuah dan pendakwaan tidak boleh dijadikan alasan menuduh kerajaan korup atau tidak tegas. Sebaliknya, itulah sebenarnya kesan ketegasan kerajaan.

Seorang pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Menangani Rasuah (ICAC), Hong Kong iaitu agensi antirasuah paling dihormati di dunia menegaskan, kegelisahan rakyat apabila kes tangkapan perasuah meningkat merupakan perkara biasa dan suatu reaksi positif di sesebuah negara yang kerajaannya sedang serius membanteras jenayah itu.

Hakikatnya, kemahuan politik dan keseriusan kerajaan Malaysia itu diakui pelbagai pihak di peringkat antarabangsa termasuk Transparency International.

Namun, bagi meningkatkan keyakinan rakyat dan membentuk persepsi awam yang positif, sangat penting untuk agensi terlibat menterjemah hasrat kerajaan itu dalam bentuk keseriusan tindakan atau pelaksanaan.

KOMEN : SOKONG 100% KERAJAAN MEMERANGI RASUAH. PENERIMA DAN PEMBERI RASUAH HENDAKLAH DIDAKWA DAN DIHUKUM TANPA MENGIRA SIAPA MEREKA DAN PANGKAT YANG DISANDANG. USAH SESEKALI KITA MENGANGKAT PERASUAH SEBAGAI HERO... MEREKA MERUPAKAN SEORANG PENJENAYAH KERANA MENYALAH GUNAKAN KUASA YANG DIBERI UNTUK KEPENTINGAN DIRI DAN KELUARGA.

3 comments:

Onna said...

Assalam syang,

Boleh jadi bahan study sebelum gi interview this coming monday D

AJAI62 said...

Assalam Sayang Mum

Sebab tu ayah masukan sebab ada gunanya.

Onna said...

Thank You...D