Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 28 April 2011

Video seks: Siri kedua di YouTube


Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my




RAKAMAN bahagian kedua berdurasi satu minit 47 saat yang dimuat naik ke laman sosial YouTube, semalam.



KUALA LUMPUR 27 April - Sebahagian lagi daripada rakaman video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang dimuat naik ke laman sosial YouTube hari ini.

Rakaman bahagian kedua berdurasi selama satu minit 47 saat itu diberi judul Papa Nurul Izzah Part II dan dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama ‘wakparjosudorno’.

Ia diyakini sambungan daripada rakaman video sama yang dimuat naik ke laman YouTube dengan judul VTS 01 1 pada 4 April lalu juga dalam tempoh durasi sama.

Ia dipercayai babak-babak akhir rakaman video asal selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di Seri Carcosa baru-baru ini melihat kepada aksi dua pelakon di dalamnya.

Dalam rakaman itu, kelihatan seorang lelaki dan seorang wanita sedang mengemaskan diri dengan memakai baju selepas dipercayai selesai melakukan hubungan seks.

Malah, wajah individu lelaki yang didakwa sebagai pemimpin kanan pembangkang itu juga dapat dilihat dengan jelas apabila menghampiri kamera sewaktu sedang memakai baju.

Rakaman kedua video seks itu juga sudah dipaut ke beberapa laman blog dan sehingga petang ini, video asalnya di YouTube sudah ditonton lebih 300 kali.

Antara laman blog yang turut memuatkan rakaman video seks itu adalah Pisau. Net di http://www.pisau. net/ dan Papa Gomo di http://www. papagomo.com/.

Bagaimanapun, rakaman video itu ditarik balik daripada laman YouTube pada petang ini.

Dalam catatan ringkas bersama video seks itu, blog Papa Gomo mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah laknat menafikan bahawa lelaki di dalam video seks itu adalah beliau.

Blog itu juga mencabar sahabat karib Anwar, Datuk Shazryl Eskay Abdullah turut bersumpah laknat bahawa video itu bukan satu rekaan semata-mata.

Pada 21 Februari lalu, dunia politik tanah air gempar apabila sekumpulan wartawan dipertontonkan rakaman video seks di hotel Seri Carcosa di sini oleh kumpulan tiga lelaki yang menggelarkan diri mereka Datuk T.

Rakaman video yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang itu didedahkan sebagai amaran supaya pemimpin tersebut serta isterinya berundur dari dunia politik.

Meskipun tidak menamakan siapa individu di dalam video seks terbabit, Anwar tampil membuat penafian bahawa beliau adalah individu yang dimaksudkan pada hari sama video seks itu ditayangkan.

Tiga hari kemudiannya, trio Datuk T akhirnya mendedahkan identiti mereka iaitu tiga ahli perniagaan termasuk Shazryl Eskay dan juga bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik serta Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Rakaman video seks itu juga sudah disahkan tulen oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada 1 April lalu selepas diteliti pakar profesional.

KOMEN : SEKTSA CERITA PENDEK SAMPAI KEPENGHUJUNG BILA TERSIAR BAHAGIAN KEDUA. NAK CAKAP APA LAGI? MASIH TAK PERCAYA DAN PUAS? TAKAN NAK TENGUK BAHAGIAN TENGAH PULAK, PAS KATA HARAM TENGUK TAKUT TERANGSANG NAFSU...HEHEHEHE... BUAT TAK APA... YANG BAGI TUNJUK BERDOSA... HUKUM RIMBA PAS DAN PUAK PEMBANGKANG. KITA TUNGGU ALASAN PUAK PEMBANGKANG NAK TEGAKAN BENANG BASAH?

No comments: