Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 7 April 2011

BN DALAM BAHAYA JIKA SUPP KALAH DI SARAWAK


IMPIAN PEMBANGKANG DI SARAWAK
DARI UTUSAN MALAYSIA
7.4.2011


AKHBAR China Press terbitan 3 April 2011 menyiarkan artikel mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10 yang proses penamaan calonnya diadakan semalam. Artikel bertajuk ‘PRN di Sarawak menonjol’ itu tersiar dalam ruangan Perbincangan Rakyat pada halaman C13 akhbar berkenaan.

Menurut penulis, Goh Chee Chong, walaupun PRN Sarawak diadakan ketika kehangatan tsunami politik 2008 semakin sejuk, tetapi semangat mahukan kemenangan oleh pihak pembangkang begitu berkobar-kobar.

Walaupun dikatakan tidak akan dapat menawan Sarawak, mereka berharap sekurang-kurangnya dapat menghalang Barisan Nasional (BN) menguasai majoriti dua pertiga di negeri itu.

Jika dilihat keputusan PRN Sarawak yang lalu, tanpa dijangka DAP menang lapan kawasan yang sebelum ini dimonopoli anggota komponen BN iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). ‘Kecederaan’ yang dialami SUPP sama seperti yang dihadapi oleh MCA dan Gerakan di Semenanjung.

Jika dilihat dari sudut itu, tidak susah untuk kita melihat ‘angin memberontak’ di kalangan masyarakat Cina di Semenanjung telah bertiup ke Sabah dan Sarawak. Oleh itu, walaupun pada PRN kali ini DAP hanya bertanding 20 kerusi berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR) 52 kerusi, semua orang tahu, pilihan raya kali ini adalah pentas untuk DAP. PKR dan Pas pula hanya mengiringi rentak DAP sahaja.

DAP berharap dapat menawan semua kawasan yang bermajoriti Cina, supaya SUPP tidak lagi boleh dikatakan wakil kaum Cina yang sah di negeri itu, sama seperti nasib yang dialami MCA.

Inilah yang dijanjikan oleh pihak pembangkang dan ia dianggap satu kemenangan yang paling besar jika benar-benar berlaku.

Kegagalan SUPP menghalang serangan DAP akan menyebabkan masyarakat Cina Sarawak menjauhi BN dan mereka akan menjadi pembangkang manakala pihak yang akan berkuasa dalam kerajaan negeri sudah tentu kaum pribumi.

Jika dilihat secara kasar SUPP kini berada dalam keadaan bahaya dan terdapat kemungkinan semua ramalan itu akan menjadi kenyataan. Kemenangan calon DAP pada pilihan raya kecil Sibu pada Mei 2010 adalah salah satu amaran kepada SUPP.

Pada pilihan raya umum lalu, BN hanya mengharapkan sokongan kerusi dari Sabah dan Sarawak untuk berkuasa di Pusat. Jadi jika DAP dan lain-lain parti pembangkang yang bertanding di Sarawak menang, nyawa BN tidak dapat bertahan lama. Pihak pembangkang hanya menanti masa untuk berkuasa di Pusat.

Bagaimanapun, impian itu mungkin tidak menjadi kenyataan berikutan kerjasama di kalangan parti pembangkang yang tidak kemas terutama dalam soal pembahagian kawasan dan kerusi. Berlaku perbalahan sesama mereka, umpama sebelum pergi berperang sudah tewas.

Faktor lain yang boleh membuatkan pihak pembangkang begitu nazak adalah masalah pembahagian sumber dalam kawasan undi yang tidak seimbang. Jika masalah ini berterusan, maka BN sudah tentu boleh menang bergaya dengan majoriti dua pertiga.

KOMEN : SUPP DAN BN MESTI BERHATI-HATI MENAHAN SERANGAN DAP YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN BN SARAWAK JIKA ISU-ISU ORANG CINA DISANA TIDAK DIBERIKAN PERHATIAN DENGAN SERIUS.

No comments: