Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 29 April 2011

RAMAINYA YANG DISUAP?


944 pesalah rasuah diberkas 2010
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL dan MOHD. RAFIE AZIMI
pengarang@utusan.com




ABU Kassim Mohamed (kiri) menyerahkan Laporan Tahunan SPRM 2010 kepada Mohd. Radzi Sheikh Ahmad (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Tan Sing Giaw dan Zamri Yahya di Parlimen, semalam.

KUALA LUMPUR 28 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai 944 pesalah rasuah tahun lepas, jumlah tangkapan tertinggi dalam sejarah pencegahan rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 444 tangkapan atau 88.8 peratus berbanding 500 tangkapan pada 2009.

''Daripada jumlah itu, sebanyak 293 tangkapan membabitkan penjawat awam, 102 di kalangan kakitangan sektor swasta, 545 orang awam dan seorang ahli politik," katanya selepas majlis penyerahan Laporan Tahunan SPRM 2010 kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi JKMR, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad.

Abu Kassim berkata, sepanjang tahun lepas juga, seramai 381 orang dituduh di mahkamah bersabit kesalahan rasuah iaitu merupakan peningkatan sebanyak 119 peratus atau 207 orang berbanding tahun sebelumnya.

Ia melibatkan seramai 131 orang penjawat awam, 56 orang kakitangan sektor swasta, 193 dari kalangan orang awam dan seorang bekas menteri besar.

''Malah, kadar sabitan kes di peringkat perbicaraan awal juga berjaya ditingkatkan daripada 64.4 peratus pada 2009 kepada 71 peratus pada tahun semasa," katanya.

Sepanjang 2010, tambah Abu Kassim, sejumlah 1,220 kertas siasatan dibuka daripada 5,646 maklumat berunsur rasuah yang diterima iaitu peningkatan sebanyak 29.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, kata beliau, sebanyak 900 kertas siasatan atau 73.8 peratus berjaya disiapkan dalam tahun semasa berbanding 67.4 peratus pada 2009.

''Peningkatan 6.4 peratus penyiapan kertas siasatan itu merupakan satu perkembangan positif yang menggambarkan kecekapan SPRM dalam menyelesaikan siasatan yang dijalankan," katanya.

KOMEN : BILA ADANYA PENAWARAN DAN PERMINTAAN... YANG MENANG ADALAH SYAITAN!!!!

No comments: