Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 7 April 2011

MARI KENALI LENSA KAMERA

Penggunaan lensa tertentu antara faktor seseorang kelihatan berbeza
DARI BERITA HARIAN ONLINE
2011/04/07


KUALA LUMPUR: Penggunaan lensa tertentu, penataan cahaya, format rakaman adalah antara faktor mengapa seseorang kelihatan berbeza ketika dalam sesuatu rakaman berbanding ketika ditemui secara berdepan di luar.

Ia dinyatakan beberapa pengarah perfileman, ahli sinematografi dan pakar peralatan intipan ketika mengupas persoalan yang sering ditimbulkan banyak pihak mengenai mengapa gambar dalam sesuatu rakaman dilihat berbeza dengan orang sebenar. Seorang pengarah perfileman terkemuka tempatan menyatakan, aspek nisbah pada format sesuatu rakaman boleh menjadi faktor mengapa imej rakaman menghasilkan gambar kelihatan lebih besar dan lebar berbanding hakikat sebenar.

“Apabila rakaman dibuat pada aspect ratio (aspek nisbah) 12x8 tetapi ditayangkan dalam format 16x9, ia menyebabkan sesuatu objek kelihatan lebih gempal atau besar daripada biasa. Begitu juga jika rakaman dibuat pada aspect ratio 4:3 dan disiarkan pada paparan 16:9, seseorang pelakon boleh kelihatan gempal,” katanya yang enggan namanya disiarkan.

Beliau diminta mengulas mengenai persoalan ditimbulkan berhubung kesahihan sedutan klip video didakwa mirip pemimpin pembangkang yang tersebar di laman perkongsian video YouTube sebelum ini.

Pada sidang media kelmarin, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail menyatakan jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video itu amat berlainan daripada susuk tubuh suaminya yang juga penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah filem itu berkata, sebenarnya tidak sukar untuk mengesahkan ketulenan video sukar kerana setiap penonton boleh mengesan penataan cahaya berbeza dan perbezaan antara satu frame dengan frame lain.
Seorang ahli sinematografi berkata, penggunaan lensa atau kanta tertentu turut menjadi faktor mengapa sesuatu imej terutama pada sesuatu objek lurus kelihatan melengkung atau bengkok apabila disiarkan.

“Andai lensa cembong digunakan seperti lensa ‘fish eye’ sesuatu objek lurus berada dekat dengan lensa, kelihatan bengkok. Ini kerana fungsi fish eye adalah untuk memastikan semua objek di suatu kawasan sempit dapat dirakam sepenuhnya,” katanya

KOMEN : KALAU TAK BIJAK JANGAN NAK KOMEN WAHAI PUAK PEMBANGKANG

No comments: