Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 6 April 2011

KITA SERUPA- SEMUA SALAH UMNO

Mirip suami tetapi bukan Anwar - Wan Azizah
DARI UTUSAN MALAYSIA
6.5.2011



KUALA LUMPUR 5 April - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini menafikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu dalam rakaman video yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Bagaimanapun pada sidang akhbar khas di kediamannya di Segambut, di sini, Wan Azizah yang ditemani anaknya, Nurul Izzah dan beberapa pemimpin pembangkang dilihat agak emosi apabila menjawab soalan daripada wartawan terutamanya berkaitan jam Omega yang didakwa ada dalam simpanannya.

Menurut Wan Azizah, setelah menonton klip video itu menerusi Internet, beliau dan anggota keluarga percaya lelaki dalam video tersebut yang mirip suaminya, bukan Anwar.

"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berbeza daripada susuk badan Anwar.

"Sejak lebih setahun lalu, anak-anak sering menemani bapa mereka (Anwar) melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi. Ia sebahagian aktiviti pemulihan kesihatan tulang belakangnya.

"Anwar ketika ditahan dalam lokap sering bersenam, jadi badannya tegap. Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami," katanya.

Media hari ini melaporkan rakaman video itu yang dimuat naik ke laman sosial YouTube dipercayai sebahagian daripada rakaman selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di Hotel Seri Carcosa, baru-baru ini.

Wan Azizah berkata, walaupun polis mengesahkan video seks itu tulen, ia tidak membuktikan bahawa suaminya merupakan pelaku dalam video tersebut.

Ditanya berhubung jam tangan Omega milik Anwar yang dikatakan berada dalam simpanannya, Wan Azizah enggan menunjukkan barang bukti itu sebaliknya mempersoalkan tindakan wartawan yang dianggap cuba bertindak seperti polis.

"Kenapa saya mesti tunjuk kepada anda (wartawan), awak semua bukan pendakwa," katanya.

Jam tangan Omega dipercayai milik Anwar diserah trio Datuk T kepada polis bagi membantu siasatan rakaman video seks tersebut.

Dalam pada itu, Wan Azizah ketika ditanya mengenai kesediaan pihaknya untuk melakukan sumpah secara Islam atau dibukti secara saintifik menggunakan mesin poligraf menegaskan, kedua-dua kaedah itu tidak relevan kerana ia taktik UMNO.

Beliau turut menolak cadangan beberapa pihak supaya diwujudkan suruhanjaya diraja bagi siasatan terperinci skandal video seks tersebut atas alasan rakaman video itu sudah tersebar.

KOMEN : SUSUK TUBUH BUKAN MACAM ANWAR, TAPI PERSOALANNYA WAJAH SIAPAKAH YANG DICARI? TAK PAYAHLAH MELIBATKAN ANAK-ANAK DALAM HAL INI, ITU CARA LAMA UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN RAKYAT. RAKYAT CUMA NAK TAHU AJE SIAPA LELAKI ITU? JADI KENAPA DITOLAK SURUHANJAYA DIRAJA? ADA APA YANG DISEMBUNYIKAN? 2010 BARU NAK MULA BERSENAM TAPI TAHUN-TAHUN SEBELUM ITU TULANG BELAKANG TAK SAKIT KE? BILA ADA PIHAK TIMBULKAN KES LIWAT TERUS SAKIT BELAKANG KEMBALI...? JALAN CERITA 1998 YANG NAK DIJAJA KEMBALI. JALAN PALING SENANG SALAHKAN DAN TUDUH AJE UMNO YANG BERKONSPIRASI!!!!!

No comments: